backup og meta

Wah! Bayi Ada 300 Tulang, Lebih Banyak Dari Orang Dewasa, Ada 10 Fakta Menarik Tentang Baby Baru Lahir

Wah! Bayi Ada 300 Tulang, Lebih Banyak Dari Orang Dewasa, Ada 10 Fakta Menarik Tentang Baby Baru Lahir

Kelahiran si manja memang mengujakan ibu bapa. Kami sediakan 10 fakta menarik tentang bayi baru lahir yang mesti ibu bapa tahu. Oh ya! Jangan terkejut jika ada antara info di bawah yang kedengaran pelik dan anda tidak tahu.

1 Tiada kepala lutut

Tahukah anda bahawa bayi baru lahir tidak mempunyai kepala lutut. Ya! Bayi hanya mempunyai struktur tulang rawan yang menyerupai kepala lutut. Tulang rawan ini akan mula terbentuk selepas enam bulan.

2 Bayi baru lahir tidak menangis

Ya! Suara yang anda dengar semasa bayi baru dilahirkan itu adalah bunyi bayi meraung dan menjerit. Bayi tidak menangis kerana mereka tidak boleh mengeluarkan air mata. Air mata bayi hanya keluar selepas tiga minggu kelahiran mereka. Luar biasa, kan?

3 Berambut lebat

Tentu anda gembira melihat rambut lebat si manja sewaktu lahir. Namun, jangan terkejut kerana selepas beberapa minggu, anda akan lihat rambut bayi mulai luruh. Kebiasaannya, rambut si manja akan hanya kembali tumbuh selepas setahun.

4 Bayi ada 300 tulang

Tidak seperti orang dewasa, bayi dilahirkan dengan 300 tulang, iaitu kira-kira 50 peratus lebih banyak daripada orang dewasa. Walau bagaimanapun, semakin bayi membesar, tulang-tulang ini akan bercantum dan akhirnya menjadi 206 tulang, sama seperti orang dewasa.

5 Tanda lahir

Tanda lahir bagi bayi adalah normal, dan ia datang dalam pelbagai bentuk, saiz serta warna. Menurut pakar pediatrik, Dr Martin Ward Platt, tanda lahir terjadi apabila saluran darah halus di bawah kulit mengembang semasa proses bersalin. Ada tanda lahir yang kekal dan ada juga yang akan hilang apabila bayi semakin meningkat usia.

6 Kenal muzik

Menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti Helsinki, bayi mengenali muzik yang mereka dengar sewaktu di alam rahim sehinggalah empat bulan selepas lahir. Malahan, jangan terkejut jika bayi anda yang meragam tiba-tiba akan berasa tenang selepas mendengar lagu yang biasa anda mainkan sewaktu hamil.

7 Rambut selain di kepala

Jangan terkejut jika anda mendapati bulu-bulu halus tumbuh di beberapa bahagian tubuh bayi baru lahir, terutama di belakang telinga dan belakang badan bayi. Bulu-bulu ini tidak akan kekal dan mungkin akan gugur selepas beberapa minggu kelahirannya.

8 Kegemaran utama si manja

Bayi baru lahir juga mempunyai hobi tidur. Jangan pelik jika kebanyakan masa bayi anda banyak dihabiskan untuk tidur.  

9 Kulit menggelupas

Pernahkah anda lihat kulit bayi baru lahir kering dan menggelupas? Ini bukan bermakna kulit bayi anda kering! Dan, jangan pula anda menyapu losen pada kulit si manja. Pengelupasan adalah normal di kalangan bayi baru lahir kerana ini merupakan proses semula jadi untuk si manja. Ini kerana kandungan minyak yang dihasilkan oleh kulit bayi masih belum stabil.

10 Bayi kenal suara ibunya

Tahukah anda bahawa bayi baru lahir sudah boleh mengenali suara ibunya, lebih-lebih lagi jika si ibu memang banyak berkomunikasi dengan bayi semasa dalam kandungan. Jadi, selalulah berinteraksi dengan bayi anda semasa dalam kandungan lagi.  

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

25 Truly Amazing Facts About Babies

http://www.momjunction.com/articles/truly-amazing-facts-about-babies_00389141/#gref

20 Amazing Facts About Your Newborn

https://www.motherandbaby.co.uk/baby-and-toddler/baby/looking-after-your-baby/20-amazing-facts-about-your-newborn

 

Versi Terbaru

17/01/2023

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

5 Stroller Baby Yang Best & Memudahkan Ibu Bapa Untuk Bawa Anak Berjalan!

Anak Selalu Sangat Demam? Parents, Ini 5 Vitamin Untuk Kuatkan Imuniti Si Manja!



Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 17/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan