backup og meta

Fahami Bahasa Bayi Baru Lahir

Fahami Bahasa Bayi Baru Lahir

Bayi baru lahir mempunyai pelbagai perkara baru dan menerujakan untuk dilihat, dirasa dan dialami. Namun, bagaimana untuk ibu bapa tahu jika bayi baru lahir dalam keadaan baik atau terganggu, sedangkan si manja masih belum boleh bercakap? Sebenarnya, semua bayi dilahirkan pintar. Bayi baru lahir mempunyai pelbagai cara untuk berkomunikasi dengan ibu bapa mereka.

Menangis: Komunikasi pertama bayi 

Bermula detik kelahiran, bayi secara semula jadinya mengembangkan cara berkesan untuk memberitahu apa yang mereka sukai dan tidak sukai. Menangis adalah cara bagaimana bayi baru lahir mengekspresikan emosi, perasaan, dan kemahuan mereka. Contohnya, jika bayi anda berasa terlalu sejuk, terlalu panas, lapar atau letih, anda tentunya akan mendengar bayi menangis. Ingatlah bahawa bayi bukan suka-suka menangis, jadi perhatikan si manja anda. 

Fahami bayi dengan cara bercakap dengan bayi 

Sesetengah ibu bapa berasa ‘bodoh’ dan tidak masuk akal untuk bercakap dengan bayi baru lahir, yang tentunya kita tahu bahawa bayi masih belum mampu berkata-kata. Bagaimanapun, dengan cara bercakap boleh membantu bayi baru lahir mengembangkan kemampuan bahasa mereka. Semakin bnyak anda bercakap dengan si manja, semakin cepat bayi anda belajar untuk meniru dan memulakan kemahiran bahasa mereka.

Berikut adalah beberapa tips untuk ibu bapa berkomunikasi dengan bayi baru lahir: 

  1. Anda boleh memberitahu bayi tentang aktiviti harian. Contohnya, cuba terangkan kepada bayi apa yang anda akan lakukan seperti “Ibu akan letak adik dalam bekas mandian supaya adik boleh mandi dan wangi.” Anda boleh berbicara dalam sebarang bahasa yang anda tahu, atau bertukar-tukar menggunakan bahasa lain.
  2. Nyanyikan bayi anda lagu dan irama. Walaupun anda bukan penyanyi yang bagus, tetapi tiada salahnya untuk anda menghiburkan bayi. Anda akan dapati si manja cepat tidur dan lena jika anda mendodoikannya lagu.
  3. Bacakan si manja buku, bercerita pada bayi anda atau anda boleh perdengarkan bayi kepada muzik. Si manja akan mengenali suara anda walaupun dia ketika itu berada dalam kandungan anda. Dengan bercerita kepada bayi akan mewujudkan ikatan istimewa antara anda berdua. 

Apakah kebaikan jika anda memahami apa yang bayi baru lahir mahukan?

Berkomunikasi dengan bayi baru lahir tentunya memberikan banyak faedah: 

Jika keperluan bayi baru lahir dipenuhi, dia akan lebih tenang dan selesa, jadi memberikan anda kurang masalah berbanding jika si manja berada dalam keadaan menangis dan gelisah.

Anda akan mengetahui apa kesukaan si manja ataupun perkara yang tidak digemarinya. Selain itu, dengan memerhatikan bayi juga dapat membantu anda melihat pendekatan bayi kepada dunia dan cara mereka bertindak balas kepada pelbagai perkara.

Anda akan rasa bangga menjadi ibu bapa terbaik untuk anak anda. 

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Talking to your baby. http://raisingchildren.net.au/articles/newborn_talking.html. Accessed December 9, 2016.

Understanding your newborn. http://www.babycentre.co.uk/a1047903/understanding-your-newborn. Accessed December 9, 2016.

Communication & Your Newborn. http://kidshealth.org/en/parents/cnewborn.html. Accessed December 9, 2016.

Versi Terbaru

17/01/2023

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ibu Alami Bengkak Susu, Boleh Cuba Sendiri Petua Orang Lama Ini Di Rumah!

Mama Stres Bayi Sering Meragam Kerana Perut Kembung? Jom Cuba Petua Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 17/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan