backup og meta

Cara Menangani Anak yang Pemalu

Cara Menangani Anak yang Pemalu

Tiada salahnya menjadi seorang yang pemalu

Pada kebanyakan waktu, kanak-kanak yang pemalu tidak cenderung untuk melakukan masalah di sekolah. Mereka juga selalunya lebih berkelakuan baik. Jadi, rasa malu itu secara amnya bukan perkara yang perlu dirisaukan jika ia tidak membuatkan anak anda terganggu. Walau bagaimanapun, cari bantuan dari profesional jika anak anda:

  • Tidak suka pergi ke sekolah
  • Tidak berkawan
  • Takut akan perjumpaan sosial seperti sambutan hari jadi
  • Risau akan diri mereka yang pemalu

Kanak-kanak pemalu biasanya percaya pada diri sendiri, bertimbang rasa dan empati. Orang selalu beranggapan kanak-kanak yang pemalu tidak suka bersosial. Sebenarnya, mereka berkemungkinan hanya tidak tahu bagaimana melakukannya dan juga takut jika mereka melakukannya dengan cara yang salah. Mereka memerlukan lebih masa untuk bersedia dan membiasakan diri dengan situasi yang baru. Anda patut memberikan mereka masa yang diperlukan dan membiasakan diri dengan keadaan yang mereka selesa.

Mengapakah anak anda terlalu pemalu?

Mengikut statistik, rasa malu tidak sukar untuk dijumpai. Lebih kurang 20% hingga 48% dari populasi manusia memilikinya. Sementara pengalaman yang negatif mungkin menimbulkan rasa malu, kebanyakan orang memang sahaja lahir dengan sifat sedemikian. Jika anak anda seorang yang peramah tetapi tiba-tiba berubah menjadi pendiam dan pemalu, mereka mungkin mengalami sesuatu yang buruk dan mereka memerlukan pertolongan profesional untuk mengatasi masalah tersebut.

Cara yang betul untuk mendidik anak yang pemalu

Tawarkan ayat pemecah kedinginan

Amat penting untuk mengajar anak anda bagaimana mendekati orang baru, bagaimana mahu mencelah dalam perbualan. Anda boleh mengajar mereka beberapa ayat untuk membantu memecah kedinginan seperti “Oh, saya juga sukakannya”.

Memberi sokongan

Pastikan anak anda tahu yang anda bersimpati dengan mereka. Ceritakan kepada mereka bagaimana anda mengatasi rasa malu yang anda alami.

Menjadi contoh teladan yang baik

Kanak-kanak suka meniru ibu bapa mereka. Jadi, adalah sangat membantu jika anda boleh memberi contoh yang baik kepada mereka untuk dipelajari. Apabila anda berjumpa dengan orang, cuba yang terbaik untuk menjadi peramah dan mudah mesra supaya anak anda boleh mempelajarinya.

Tips praktikal untuk membantu anak yang pemalu

Berlatih membawa kepada kesempurnaan. Anda boleh membantu anak anda yang pemalu berlatih bersosial dengan membenarkan mereka:

  • Menjawab panggilan telefon rumah
  • Memesan makanan jika anda makan di luar
  • Berikan duit kepada juruwang ketika membeli belah
  • Menghubungi kawan-kawan mereka
  • Mengucapkan ‘tolong’ dan ‘terima kasih’ kepada orang dewasa yang mereka tidak biasa bertemu (tetapi anda perlu mengenali orang itu atau jika tidak, jangan benarkan anak anda mendekati mereka)

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tips to Parent Your Shy Child.

http://www.webmd.com/parenting/features/parent-shy-child#1 Accessed April 8, 2017.

How to Help Your Shy Child.

ttp://www.parents.com/toddlers-preschoolers/development/social/help-shy-child/ Accessed April 8, 2017.

Versi Terbaru

13/05/2022

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Mak Ayah, Fikir Dahulu Sebelum Hantar Anak Anda Duduk Bersama Datuk Nenek!

Anak Selalu Main Gajet? Jom Cuba Aktiviti Luar & Dalam Rumah Yang Bermanfaat Untuk Anak!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan