backup og meta

Tanda-tanda Penderaan Kanak-kanak

Tanda-tanda Penderaan Kanak-kanak

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), hampir ¼ individu dewasa dilaporkan mengalami penderaan fizikal sebagai kanak-kanak. Penderaan kanak-kanak adalah penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak. Penderaan kanak-kanak tidak selalu jelas yang menyebabkan ia sering diabaikan atau tidak diambil peduli. Tambahan pula, kanak-kanak yang menderita akibat penderaan mungkin tidak memberitahu kepada sesiapa atau tidak memahami apa yang berlaku. Tanpa kesedaran dan pemantauan individu dewasa, kanak-kanak tidak mungkin akan mendapat pembelaan dan pertolongan. Jadi ia adalah sangat penting untuk ibu bapa memahami tentang penderaan kanak-kanak, tanda-tanda penderaan dan bagaimana untuk memberi sokongan.

Apakah simptom biasa penderaan kanak-kanak?

Penderaan kanak-kanak adalah lebih dari sekadar penderaan fizikal. Walaupun penderaan secara fizikal adalah lebih jelas, tetapi terdapat penderaan lain yang ada masanya diabaikan. Sebagai contoh, mengabaikan keperluan kanak-kanak, membiarkan mereka tanpa pengawasan dan situasi berbahaya atau membuatkan kanak-kanak merasakan tidak berguna atau bodoh, juga merupakan penderaan kanak-kanak.

Tidak kira apa sekalipun penderaan yang dilakukan, ia tetap memberikan impak yang sama. Penderaan kanak-kanak boleh menyebabkan impak negatif terhadap pertumbesaran sosial dan psikologi kanak-kanak. Berikut adalah beberapa jenis penderaan yang boleh berlaku:

  • Penderaan fizikal. Kanak-kanak didera atau diletakkan dalam keadaan bahaya
  • Penderaan seksual. Melakukan sebarang aktiviti seksual dengan kanak-kanak
  • Penderaan emosi. Melibatkan serangan lisan atau emosi, seperti menjerit, memaki-hamun, mengabaikan
  • Penderaan kesihatan. Jika seorang kanak-kanak sengaja dibiarkan untuk sakit, ia dianggap sebagai penderaan kesihatan, kerana meletakkan kanak-kanak dalam bahaya atau kecederaan
  • Pengabaian. Kanak-kanak tidak diberikan makanan, tempat tinggal, kasih sayang, pendidikan atau perubatan yang secukupnya.

Tanda amaran penderaan kanak-kanak

Penderaan kanak-kanak boleh berlaku dalam kalangan mana-mana keluarga atau sekolah. Adalah sukar untuk kanak-kanak untuk mendedahkan bahawa mereka didera, biasanya ini kerana pendera adalah seseorang yang dianggap sebagai ibu bapa atau guru. Berikut adalah beberapa tanda yang boleh anda lihat untuk mengetahui bahawa kanak-kanak tersebut didera, antaranya:

  • Kanak-kanak mengasingkan diri dari rakan dan aktiviti normal
  • Mudah menjadi marah, agresif atau bermusuhan
  • Menunjukkan prestasi yang buruk di sekolah
  • Menunjukkan tanda kemurungan atau ketakutan luar biasa, hilang keyakinan
  • Kerap tidak hadir ke sekolah atau aktiviti sosial
  • Sering memberontak atau gemar menipu
  • Mencuba untuk membunuh diri

Tanda penderaan fizikal

Penderaan fizikal itu boleh dikategorikan kepada sama ada secara sengaja atau tidak sengaja ingin mencederakan kanak-kanak terbabit. Ia boleh berlaku dari bentuk disiplin dan hukuman yang tidak bersesuaian. Sebagai contoh: menggunakan tali pinggang ke atas kanak-kanak. Kanak-kanak yang didera secara fizikal akan mempunyai tanda-tanda berikut:

  • Kecederaan yang tidak dapat dijelaskan atau dengan alasan
  • Masalah perubatan dan pergigian yang tidak dirawat

Tanda penderaan seksual

Penderaan seksual adalah sesuatu yang rumit kerana mangsa akan merasa bersalah dan malu. Oleh kerana ini, penderaan seksual kanak-kanak jarang dilaporkan. Harus sentiasa diingatkan, penderaan seksual tidak bermakna ia melibatkan perhubungan secara fizikal. Mendedahkan kanak-kanak kepada situasi dan kandungan berbaur seksual juga dianggap sebagai penderaan seksual. Berikut beberapa tanda penderaan seksual:

  • Mempunyai tingkah laku seksual yang tidak sesuai
  • Hamil atau mengalami masalah jangkitan seksual
  • Mempunyai masalah pada alat sulit, seperti kesakitan atau mempunyai masalah berjalan atau duduk
  • Terdapat darah pada seluar dalam

Tanda penderaan emosi

Penderaan emosi boleh menjejaskan kesihatan mental dan perkembangan sosial kanak-kanak, meninggalkan parut dalam sepanjang kehidupan psikologi. Walaupun penderaan emosi mungkin tidak menunjukkan sebarang simptom fizikal, berikut adalah beberapa tanda yang boleh anda perhatikan:

  • Hilang keyakinan diri atau harga diri
  • Alami kemurungan atau kegelisahan
  • Sakit kepala atau sakit perut yang ketara dan tidak dapat dijelaskan
  • Mengasingkan diri dari aktiviti sosial, rakan, atau ibu bapa
  • Terdesak mencari perhatian dan kasih sayang
  • Perkembangan emosi yang terganggu
  • Kerap tidak hadir ke sekolah atau penurunan dalam prestasi sekolah, hilang minat
  • Mengelakkan situasi tertentu
  • Hilang kemahiran pembangunan yang ada sebelum

Tanda pengabaian

Masalah pengabaian kanak-kanak sukar untuk dikenal pasti. Pengabaian ini adalah kegagalan memberikan perlindungan kepada kanak-kanak. Ibu bapa atau individu dewasa mungkin tidak berupaya memberikan perlindungan disebabkan ketidakupayaan, masalah kesihatan seperti kemurungan atau kecederaan serius. Berikut adalah beberapa tanda-tanda pengabaian kanak-kanak:

  • Kanak-kanak bersikap acuh tidak acuh
  • Masalah penjagaan kebersihan diri
  • Masalah pertumbesaran; berat dan ketinggian
  • Kekurangan dalam keperluan fizikal seperti pakaian
  • Mencuri makanan atau duit
  • Prestasi merosot di sekolah
  • Kurang penjagaan dari aspek perubatan dan psikologi
  • Makan banyak atau menyembunyikan makanan
  • Gangguan emosi; mudah marah dan kecewa
  • Kehilangan berat badan yang keterlaluan

Ada masa, tanda penderaan kanak-kanak boleh dilihat pada ibu bapa dan guru. Antaranya seperti:

  • Membenarkan disiplin secara fizikal dan mengalakkan individu lain untuk melakukan perkara yang sama
  • Mengabaikan ketidakselesaan fizikal atau mental kanak-kanak
  • Memberikan alasan tidak logik berkaitan kecederaan kanak-kanak
  • Menyalahkan kanak-kanak untuk setiap kesilapan, memaki hamun dan menggunakan panggilan atau istilah negatif
  • Inginkan perhatian dan penjagaan dari kanak-kanak, dan menjadi cemburu apabila kanak-kanak terbabit melebihkan individu lain
  • Menafikan segala masalah yang wujud di sekolah mahupun di rumah, atau menyalahkan kanak-kanak tersebut untuk masalah yang wujud
  • Menuntut tahap prestasi fizikal atau akademik yang tidak bersesuaian
  • Membataskan pergaulan atau perhubungan kanak-kanak dengan individu lain

Jika anda mendapati anak anda atau kanak-kanak lain mula menunjukkan tanda-tanda seperti di atas, adalah terbaik untuk anda mendapatkan bantuan dan sokongan daripada individu lain, seperti doktor atau polis secepat yang mungkin. Polis pastinya dapat membantu anda dalam melaporkan sebarang kes penderaan kanak-kanak kepada pihak berkuasa.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Versi Terbaru

14/08/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Anak Nak Masuk Prasekolah, Latih Si Kecil Menulis Dengan Betul! Ikut 7 Tip Ini

5 Model SUV Terbaik Tahun 2024 Jika Anda Ada Keluarga Besar, Luas & Selesa!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan