backup og meta

Penyusuan Susu Ibu Sewaktu Ramadan

Penyusuan Susu Ibu Sewaktu Ramadan

Bulan puasa sangat dinantikan umat Islam. Bulan ibadah ini hanya datang setahun sekali, maka begitu ramai orang yang sanggup menjalani puasa, termasuklah ibu menyusu. Walaupun ibu menyusu memerlukan banyak nutrien untuk menghasilkan susu dan menyokong perkembangan bayi mereka, menyusu semasa berpuasa masih boleh dilakukan. Apa yang perlu diawasi semasa puasa?

Patutkah meneruskan penyusuan susu ibu sewaktu berpuasa?

Tidak mengapa untuk para ibu berpuasa, tetapi ia bergantung kepada keupayaan anda dan bayi anda. Memilih untuk berpuasa mungkin mempunyai kesan negatif terhadap kesihatan anda dan juga perkembangan bayi. Jika anda berpuasa semasa menyusu, anda harus memberi perhatian kepada pengambilan nutrien anda.

Adakah penyusuan sewaktu berpuasa boleh memberi kesan buruk?

Puasa tidak akan membahayakan jika anda tahu bagaimana untuk memenuhi keperluan nutrien anda. Anda tidak perlu risau tentang pengeluaran susu berkurangan semasa berpuasa. Kajian telah menunjukkan bahawa puasa jangka pendek tidak akan mengurangkan pengeluaran susu, tetapi dehidrasi teruk boleh mengurangkan pengeluaran susu ibu. Jadi, pastikan anda minum cecair yang mencukupi semasa berbuka untuk mengelakkan dehidrasi semasa berpuasa.

Mengenai kualiti susu ibu, puasa tidak akan menjejaskan nutrisi dalam susu ibu. Tubuh anda akan menyesuaikan diri untuk mengubah cara penggunaan kalori dan nutrien yang tersedia untuk menghasilkan susu, jadi kualiti susu ibu dapat dikekalkan. Oleh itu, anda tidak perlu bimbang bahawa puasa mempunyai kesan buruk pada bayi anda. Perlu diingat bahawa anda masih perlu makan banyak makanan berkhasiat untuk menyediakan nutrien yang diperlukan badan untuk penghasilan susu.

Tip untuk selamat berpuasa

Untuk memastikan nutrien biasa yang diperlukan oleh bayi dalam susu ibu semasa berpuasa, anda harus lebih memberi perhatiankepada pengambilan makanan anda. Beberapa tip yang boleh anda lakukan untuk menyusu semasa berpuasa ialah:

Penuhi keperluan cecair anda

Ini penting untuk memastikan penghasilan susu lancar. Ubah suai pengambilan cecair untuk memenuhi keperluan cecair badan anda dan elakkan dehidrasi. Minum banyak cecair sewaktu berbuka puasa untuk mengekalkan penghidratan badan anda.

Jika anda mempunyai tanda-tanda dehidrasi, seperti merasa sangat dahaga, kencing berwarna gelap, kekerapan kencing berkurang, berasa lemah atau ingin pengsan, dan sakit kepala, anda harus berhenti berpuasa untuk minum air dan berehat.

Penuhi keperluan pemakanan anda

Memenuhi keperluan pemakanan sangat penting untuk mengekalkan kualiti susu ibu. Pastikan anda makan pelbagai makanan semasa berbuka, terutamanya makanan yang mengandungi kandungan zink, magnesium, dan kalium yang tinggi. Isi pinggan anda dengan sumber karbohidrat (beras, mi, kentang), protein haiwan (daging, ayam, ikan, telur), protein sayuran (tauhu, tempe, kacang), dan pelbagai sayur-sayuran dan buah-buahan.

Semasa berpuasa, anda perlu makan sekurang-kurangnya 1800 kalori setiap hari. Ini penting untuk memastikan tubuh mendapatkan tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk menghasilkan susu. Jangan biarkan berat badan anda turun terlalu cepat, lebih daripada 2 kg sebulan. Kehilangan berat badan terlalu cepat bermakna anda tidak memenuhi keperluan pemakanan anda dan boleh memberi kesan negatif terhadap penghasilan susu.

Pastikan anda mendapat rehat yang cukup

Mendapatkan rehat yang cukup adalah penting untuk mengelakkan diri daripada kekurangan tenaga semasa berpuasa. Luangkan masa untuk tidur pada siang hari untuk menjimatkan tenaga anda. Kurangkan aktiviti berat dan senaman semasa berpuasa. Dan duduk di rumah ketika cuaca panas dan lembap.

Awasi perubahan pada bayi anda

Apabila anda berpuasa dan menyusu, awasi jika bayi anda menunjukkan sebarang perubahan. Mungkin bayi anda tidak mendapat susu yang mencukupi. Tanda-tanda bayi anda tidak mendapat susu yang mencukupi ialah:

  • Lampin bayi kurang basah
  • Najis bayi berwarna kehijauan
  • Bayi menangis lebih kerap dan sukar ditenangkan
  • Bayi kehilangan berat badan atau tidak bertambah berat badan

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Breastfeeding and fasting . https://www.babycenter.in/a1028957/breastfeeding-and-fasting. Accessed June 1, 2017.

Breastfeeding and fasting . https://www.babycenter.ca/a1028957/breastfeeding-and-fasting. Accessed June 1, 2017.

5 Useful Tips To Make Fasting While Breastfeeding Easy. http://www.momjunction.com/articles/tips-to-make-fasting-easier-while-breastfeeding_00119775/#gref. Accessed June 1, 2017.

Religious Fasting and Breastfeeding. http://kellymom.com/nutrition/mothers-diet/fasting/. Accessed June 1, 2017.

Religious fasting and breastfeeding. https://www.breastfeeding.asn.au/bfinfo/religious-fasting-and-breastfeeding. Accessed June 1, 2017.

Versi Terbaru

07/09/2023

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ibu Alami Bengkak Susu, Boleh Cuba Sendiri Petua Orang Lama Ini Di Rumah!

Mama Stres Bayi Sering Meragam Kerana Perut Kembung? Jom Cuba Petua Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 07/09/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan