Sejurus selepas melahirkan bayi yang sekian bulan dikandungkan, para ibu semestinya akan berasa sangat teruja untuk mula membelai, menjaga dan menyusu badan bayi mereka selepas bersalin bukan?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor · Dokter Umum · Hello Health Group
Sejurus selepas melahirkan bayi yang sekian bulan dikandungkan, para ibu semestinya akan berasa sangat teruja untuk mula membelai, menjaga dan menyusu badan bayi mereka selepas bersalin bukan?
Namun begitu, tidak semua para ibu berpeluang bersalin secara normal sebaliknya terpaksa menggunakan kaedah pembedahan iaitu caesarean atau lebih dikenali sebagai C-section.
Persoalannya, adakah selamat untuk menyusu badan bayi anda sekiranya anda melahirkan anak menggunakan kaedah caesarean? Ikuti artikel ini untuk mengetahui jawapannya dengan lebih mendalam lagi!
Terdapat beberapa perkara penting yang para ibu perlu tahu berkenaan menyusu badan bayi sekiranya anda melahirkan anak menggunakan kaedah caesarean iaitu:
Terdapat beberapa tip yang anda boleh ikuti berkenaan penyusuan susu ibu sekiranya anda melahirkan anak menggunakan kaedah caesarean seperti yang berikut:
Paling penting, anda perlu bersedia dengan menghadiri kelas-kelas menyusukan anak yang dianjurkan oleh pihak hospital. Anda perlu tahu apa yang bakal berlaku sebelum melakukannya agar tidak terkejut kelak.
Jika anda merupakan ibu buat pertama kali, menyusukan bayi mungkin merupakan satu kesukaran untuk anda. Selain itu, anda juga perlu bersabar sekiranya susu anda mula mengering.
Ini mungkin disebabkan susu kolostrum anda telah kering dan akan digantikan dengan susu matang.
Oleh itu, gunakan waktu ini dengan sebetulnya agar susu kolostrum yang penuh dengan manfaat untuk bayi dapat diberikan kepada bayi secukupnya.
Elakkan daripada meletakkan bayi anda dekat dengan kawasan perut anda yang memerlukan masa untuk sembuh seperti sediakala.
Sebaliknya, anda boleh cuba menyusukan anak anda dengan meletakkan bayi anda sedikit ke tepi tanpa membebankan perut.
Atau lebih mudah, susukan bayi anda ketika berbaring menghadap bayi anda. Ini secara tak langsung akan memberikan keselesaan kepada anda dan juga bayi.
Untuk memberi lebih keselesaan, gunakan bantal ketika melakukan penyusuan. Letakkan bantal-bantal ini pada kawasan badan anda yang mungkin masih lagi letih dan sakit sejurus selepas melahirkan bayi.
Sebagai contoh, letakkan bantal-bantal ini pada bahagian belakang atau pada riba anda ketika anda sedang menyusukan anak anda dalam keadaan anda sedang duduk di kerusi yang boleh bersandar.
Walaupun agak sukar untuk melakukannya akibat keletihan dan kesakitan yang mungkin masih dialami, anda masih perlu menyusukan anak dengan susu ibu untuk mengelakkan berlakunya pembengkakan pada bahagian payudara.
Akhir sekali, penting untuk anda mendapatkan rehat yang mencukupi. Minta bantuan daripada pasangan atau rakan-rakan dalam hal menguruskan kerja rumah dan sedikit sebanyak penjagaan bayi anda. Selain kesihatan bayi, kesihatan anda juga perlu diutamakan bagi menjamin kualiti hidup anda dan bayi anda kelak.
Baca juga:
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen