Terlalu banyak pilihan jenama diaper atau lampin pakai buang di pasaran sehingga anda tidak tahu untuk memilih yang mana satu? Klik artikel ini untuk mengetahui jenama pampers terbaik yang boleh anda jadikan pilihan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Pemilihan lampin pakai buang
Dalam pemilihan diaper ini, aspek kesesuaian merupakan perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh setiap ibu bapa.
Ini kerana jika tersalah pilih, ia boleh mengakibatkan bayi mengalami ruam kemerahan atau disebut sebagai ruam lampin.
Namun dengan lambakan pelbagai jenama diaper, sudah tentu ia boleh mendatangkan kekeliruan untuk memilih jenama pampers terbaik untuk bayi, betul tak?
Untuk membantu anda, berikut antara beberapa aspek penting perlu dipertimbangkan sebelum membeli lampin untuk si kecil.
[embed-health-tool-child-growth-chart]
Saiz bersesuaian
Pastikan lampin dibeli mengikut saiz berat bayi. Kebanyakan jenama lampin menawarkan pelbagai saiz daripada newborn hinggalah besar.
Anda harus ingat penentuan saiz lampin bukan bergantung kepada umur si kecil tetapi adalah mengikut berat badan mereka.
Penyerapan
Merupakan faktor utama dalam memilih diaper bayi.
Lampin yang dipilih haruslah mempunyai lapisan paling cepat kering dan mampu mencegah masalah kebocoran. Ini penting untuk menghindari risiko bayi mengalami ruam lampin.
Jika si kecil kerap menyusu dengan banyak pada waktu malam, sebaiknya pilihlah lampin yang menawarkan kadar penyerapan tinggi bagi mengelakkan risiko kebocoran.
Pelekat atau seluar
Anda disarankan memilih jenis lampin mengikut tahap keaktifan si manja. Biasanya untuk anak yang masih kecil, lampin jenis berpelekat (tape) adalah yang lebih sesuai.
Apabila meraka sudah mula aktif dan boleh berjalan, bertukarlah kepada lampin jenis seluar (pants) kerana ia mudah untuk disarungkan.
Namun pastikan lampin pants ini mengikut saiz yang betul pada badan bayi dan tidak longgar. Jika tidak, risiko kebocoran sangat tinggi untuk berlaku.
Harga
Jenama pampers terbaik yang mahal tidak semestinya sesuai untuk si kecil dan murah bukan bermakna tidak bagus kualitinya.
Teknik try and error perlu diaplikasikan dalam mencari lampin yang paling sesuai dengan si manja.
9 jenama pampers terbaik buat si manja
Berikut merupakan antara jenama lampin yang menjadi pilihan kebanyakan ibu bapa di luar sana:
PETPET Softy+
Dengan soft bubble layer dapat memberikan keselesaan untuk kulit halus si manja. Malah dengan penyerapan dan pengedaran air kencing maksimum ke seluruh lampin, ia dapat memastikan kulit bayi sentiasa kering.
Dapat mencegah kebocoran sehingga tempoh 10 jam, lampin ini ditawarkan dalam pilihan saiz untuk newborn, S, M, L dan XL.
HUGGIES AirSoft
Selain menawarkan kadar tempoh penyerapan sehingga 12 jam, diaper dengan teknologi Bubble-Bed ini juga dapat memberikan si manja keselesaan maksimum, sekali gus mencegah ruam kulit.
Ia juga mempunyai indikator kelembapan untuk menunjukkan tempoh masa lampin perlu ditukar. Lampin ini juga menawarkan kesegaran berpanjangan kepada si manja kerana bahagian luarnya diperbuat daripada material yang membolehkan pengaliran udara.
Offspring Fashion Diaper Pants, antara jenama pampers terbaik
Hadir dengan beberapa pilihan corak menarik, Offspring, merupakan antara pilihan jenama lampin berkualiti tinggi yang dilengkapi dengan teknologi dual-core untuk membolehkan penyerapan cecair lebih pantas dan cekap.
Selain menawarkan keselesaan, lampin ini juga sesuai untuk bayi dengan masalah kulit sensitif kerana tidak mengandungi pewarna, pewangi, klorin atau bahan berbahaya.
Applecrumby Chlorine Free
Sesuai untuk si kecil yang mempunyai kulit sensitif atau masalah ekzema kerana ia 100% bebas klorin.
Selain itu lampin pakai buang jenama Applecrumby ini juga tidak mengandungi bahan pewangi dan pewarna.
Dengan penunjuk kelembapan, ia pastinya memudahkan anda mengetahui masanya untuk menukar lampin.
MamyPoko Air Fit, antara jenama pampers terbaik
Hadir dalam pilihan tape atau pant serta rekaan untuk bayi lelaki, perempuan atau unisex, lampin paling popular di Jepun ini menawarkan indikator kelembapan untuk memudahkan tugas ibu bapa mengetahui tempoh menukar lampin.
Walaupun nipis, tetapi daya penyerapannya tidak boleh disangkal, malah dapat mencegah masalah ruam pada kulit bayi walaupun digunakan semalaman.
Genki
Dibangunkan dengan teknologi All Cushion Touch, produk keluaran Jepun ini menjanjikan keselesaan lampin selembut kusyen untuk si manja.
Sesuai untuk bayi dengan kulit sensitif, sistem Ultra Absorption Core menawarkan daya serapan tinggi dan dapat mencegah kulit si manja daripada masalah ruam lampin.
Antara jenama pampers terbaik #Drypers Wee Wee Dry
Merupakan jenama lampin keluaran Malaysia yang menawarkan lampin pakai buang berkualiti dengan daya serapan baik, sekali gus menjadikan kulit bayi kering dan mencegah masalah ruam.
Hadir dalam pilihan untuk newborn hingga XXL, lampin ini menjanjikan keselesaan buat si kecil kerana ia diperbuat daripada bahan yang membenarkan pengaliran udara.
Merries
Dipercayai sebagai lampin pakai buang menawarkan penyerapan pantas dan amat lembut pada kulit bayi, diaper keluaran Jepun ini mempunyai 3 lapisan pengudaraan yang menghapuskan bau dan ketidakselesaan pada kulit bayi.
Rekaan bentuk ‘W’ pada bahagian bawah lampin membolehkan bayi bergerak dengan lebih selesa.
Whoopee, antara jenama pampers terbaik
Walaupun harganya jauh lebih murah berbanding jenama pampers lain di pasaran, namun lampin pakai buang ini tetap menjanjikan kadar penyerapan baik dengan teknologi Drylock Absorbent Core.
Ia diperbuat daripada 100% kapas bersama lapisan luar lampin lembut, sekali gus membolehkan pengudaraan dan menjadikan kulit bayi lebih segar dan selesa.
Tidak kiralah yang mana satu jenama pampers yang menjadi pilihan hati, pastikan anda tidak lupa untuk mencuci tangan sebelum dan selepas menukar lampin si manja.