backup og meta

Bagaimana Memilih Produk Penjagaan Kulit Bayi

Bagaimana Memilih Produk Penjagaan Kulit Bayi

Sedarkah anda bahawa kulit dan daya tahan tubuh bayi tidak sama seperti orang dewasa? Jadi, bayi memerlukan produk penjagaan kulit yang diperbuat khusus untuk kulit bayi. Ini bermakna bayi tidak boleh memakai sabun mandi, pembersih badan, syampu ataupun losen yang digunakan oleh ibu bapanya.

Penggunaan produk penjagaan yang tidak sesuai dengan kulit bayi bukan sahaja boleh menjejaskan kulitnya, bahkan juga boleh mengancam keselamatan dan kesihatan bayi.

Bayangkan jika bayi anda dipakaikan produk penjagaan kulit yang mengandungi bahan kimia, sudah tentu kandungan dalam produk tersebut akan menyerap terus ke kulit bayi sekali gus memberi kesan kepada kesihatan tubuhnya.

Penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia atau bahan toksik mungkin tidak akan menunjukkan kesan yang cepat, tetapi penggunaan berulang boleh memberi kesan kepada kesihatan bayi untuk jangka masa panjang.

Jika bayi dipakaikan produk yang tidak sesuai atau mengandungi bahan kimia, mereka akan menerima masalah kulit seperti keradangan, kemerah-merahan, gatal, ruam dan juga ekzema. Malah, sesetengah bayi juga boleh mengalami masalah pernafasan. Ini kerana, kulit bayi adalah nipis dan sensitif. Disebabkan itulah ibu bapa perlu meneliti dahulu label pada produk bayi sebelum membeli.

Salah satu cara untuk memastikan bayi menggunakan produk penjagaan kulit yang selamat adalah dengan memilih produk organik.

Bagaimana memilih produk penjagaan bayi yang betul?

Produk yang dibuat menggunakan bahan-bahan asli seperti yang ada dalam produk organik adalah selamat untuk bayi kerana tidak mengandungi bahan yang menyebabkan alergi dan toksik. Elakkan daripada membeli produk penjagaan bayi yang mengandungi bahan seperti di bawah:

  • Bahan kimia berbahaya
  • Silikon
  • Paraben
  • Phthalates
  • Minyak galian
  • Lemak haiwan
  • SLS & SLES
  • Wangian

Sebaliknya, semasa memilih produk penjagaan bayi, carilah produk dengan kandungan berikut:

Bebas paraben: Paraben adalah bahan yang sering digunakan untuk membuat pewarna rambut dan kosmetik. Paraben juga merupakan antara bahan pengawet yang merbahaya. Justeru itu, carilah produk yang mengandungi bebas paraben.

Bebas kimia: Jika kandungan dalam produk mengandungi air, garam, gula dan berlian, ia adalah dikira sebagai bahan kimia. Selain itu, lihatlah nama-nama kandungan ini; Formaldehyde, DMDM Hydantoin (LS1) dan natrium sulfat- ini juga adalah nama-nama bahan kimia.

Vegan: Kandungan vegan dalam sesuatu produk bermaksud produk tersebut bebas daripada lemak haiwan atau sisa haiwan.

Panduan memilih produk penjagaan bayi

Produk penjagaan diri bayi yang sering digunakan adalah seperti bedak, losen, minyak urut, salap dan tisu basah. Selain itu, antara produk lain yang perlu diberi perhatian ialah barangan mandian bayi seperti syampu, sabun badan, pencuci baju dan sebagainya.

Bedak- Elakkan menggunakan bedak yang mengandungi talkum atau karsinogen dan carilah bedak yang diperbuat daripada mineral semula jadi dan tanah liat atau tepung jagung.

Losen- Jika anda berhasrat untuk memakaikan bayi anda losen, ketahui tujuan anda ingin memakaikan losen pada bayi. Adakah untuk melembapkan kulit bayi atau sebagai pelindung cahaya matahari atau pencegah serangga atau mengubati ruam lampin? Selain itu, pilih losen yang bertindak lembut pada kulit bayi. Kenal pasti kandungan bahan asli yang berkualiti yang dapat melindungi kulit bayi anda. Pilih juga losen yang bebas wangian.

Minyak urut- Minyak urut adalah salah satu produk yang perlu ada di rumah. Selain bertujuan untuk mengelakkan kembung perut bayi, minyak urut juga dapat merapatkan jalinan ikatan antara ibu dan bayi. Sesi mengurut bayi sebaik-baiknya dilakukan selepas waktu mandi atau sebelum bayi tidur. Ada minyak urut yang berfungsi untuk melegakan ruam lampin dan menghalang ruam baru daripada tumbuh. Pilih minyak urut yang mengandungi minyak lavender atau rosmeri yang berfungsi untuk memelihara kulit dan melawan bakteria. Selain itu, gabungan dua minyak ini juga boleh memudahkan minyak meresap ke dalam kulit dan mengekalkan lembapan supaya kulit kekal halus dan lembut.

Pelindung matahari- Ada ibu bapa yang menggunakan pelindung matahari untuk bayi khususnya jika membawa bayi keluar dari rumah. Walau bagaimanapun, lazimnya pelindung matahari ini dibuat khas untuk bayi seawal usia 6 bulan dan ke atas. Carilah pelindung matahari yang diformulasikan khusus untuk bayi. Kandungannya pula perlulah tidak berminyak atau menyebabkan iritasi pada kulit si manja. Selain itu, pilihlah pelindung matahari yang bersifat bukan-comedogenic (tidak menghalang pori).

Syampu- Carilah syampu yang mengandungi emolien yang bertujuan melembapkan kulit kepala bayi, menghalang keguguran rambut di samping merangsang pertumbuhan rambut baru.

Pencuci baju / detergen- Pencuci baju atau sabun basuh/ detergen untuk mencuci pakaian bayi perlulah tidak mengandungi bahan kimia. Bayi selalunya mengalami ruam-ruam kecil di sekeliling leher, pergelangan tangan dan beberapa bahagian pada badan. Antara punca ruam pada bayi adalah disebabkan kandungan bahan kimia yang ada dalam sabun pencuci pakaian mereka.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.babycentre.co.uk/a25011409/choosing-baby-skincare-products

 

https://www.webmd.com/parenting/baby/what-bay-skin-care-products-do-you-need-your-newborn

 

https://www.parents.com/baby/care/skin/how-to-care-for-baby-skin/

Versi Terbaru

17/01/2023

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Jangan Panik Bayi Demam Panas Tengah Malam, Ibu Ayah Cuba 5 Petua Ini Dahulu!

Ibu Alami Bengkak Susu, Boleh Cuba Sendiri Petua Orang Lama Ini Di Rumah!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 17/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan