Nak Anak Membesar Dengan Sihat? Ini 7 Pilihan Susu Untuk Anak Czer Yang Ibu Ayah Boleh Pilih
Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

Kira-kira 3 daripada 10 kanak-kanak di Malaysia dilahirkan secara czer, jadi tidak hairan ramai ibu bapa mencari susu untuk anak czer. Di pasaran penuh dengan pilihan dan masing-masing menjanjikan kesan berbeza. Artikel ini merumuskan kandungan utama tujuh susu kanak-kanak popular dan cara memilih susu untuk anak czer yang sesuai.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Tip mencari susu untuk anak czer
Bagi bayi di bawah 12 bulan, susu ibu kekal pilihan terbaik, dan WHO mengesyorkan penyusuan eksklusif selama 6 bulan.
Jika susu formula diperlukan, ia hanyalah pelengkap dan bukan pengganti makanan sebenar. Ibu bapa boleh membuat pilihan susu untuk anak czer atau bukan czer berdasarkan pilihan dan jenama perlu dibuat bersama doktor kanak-kanak.
Apa yang perlu dilihat pada label?
- Umur yang disasarkan (1 hingga 3 tahun, atau 4 tahun ke atas)
- Sumber protein seperti lembu, kambing, biri-biri, kacang soya mesti dinyatakan
- Prebiotik dan probiotik, termasuk nama strainnya
- 2′-FL, sejenis oligosakarida yang juga terdapat dalam susu ibu
- DHA dan kandungan gula tambahan

7 Pilihan susu untuk anak czer
1. Aptamil KID C-SynB, susu formula untuk bayi czer
Formula bayi Aptamil C-SynB dirumus dengan 1 bilion B. breve M-16V probiotik^ dan campuran oligosakarida GOS/lcFOS (9:1) membantu memulihkan bifidobakteria usus untuk mengekalkan kesihatan usus yang baik. Sebab itulah ia menjadi pilihan utama ibu bapa yang mempunyai anak czer.
Aptamil KID C-SynB mengandungi vitamin B12 diperlukan untuk penghasilan sel darah merah, omega 3, 6, 9 dan kalsium yang membantu perkembangan gigi dan tulang yang kuat.
Tidak dilupakan, ia juga mengandungi zink yang penting untuk pertumbuhan si manja anda.
2. Enfagrow A+ MindPro C-Biome
Ingin menyokong perkembangan holistik si manja? Anda boleh berikan susu formula untuk anak czer iaitu Enfagrow A+ MindPro C-Biome, yang mengandungi gabungan MFGM, DHA dan 2FL.
Kandungan nutrien-nutrien ini membantu menyokong perkembangan kognitif, otak dan imuniti anak anda. Ia juga mampu menyokong pembangunan IQ & EQ dalam jangka masa yang panjang melebihi 5 tahun terawal mereka, di mana lebih 90% perkembangan otak berlaku.
Ditambah lagi dengan kandungan 2’-FL tertinggi di di dalam Enfagrow A+ MindPro C-Biome, ia dapat menyokong sistem imun yang kuat pada kanak-kanak, termasuk kanak-kanak czer.
3. Nankid Optipro, susu formula untuk bayi czer
Jika anda inginkan pilihan susu formula yang lain, Nankid Optipro juga antara susu formula terbaik untuk si manja yang ada di pasaran!
Nestlé NAN Pro terkenal dengan kandungan probiotik yang membantu melancarkan sistem penghadaman si manja. Ia juga mengandungi DHA dan protein untuk perkembangan otak si manja.
Tambahan pula, ia juga mengandungi Bifidobacterium Lactis Probiotic yang dapat melancarkan penghadaman dan mengurangkan cirit-birit. Susu ini sering menjadi pilihan bagi ibu-ibu yang mencari formula yang lebih mudah diterima oleh perut si manja.
4. Similac Total Comfort (TC)
Ramai kanak-kanak czer bergelut dengan masalah perut sensitif dan intoleransi gastrousus terhadap susu lembu, yang membawa kepada ketidakselesaan dan masalah penghadaman seperti cirit-birit dan sembelit.
Similac Total Comfort, susu untuk anak czer yang dirumus secara saintifik untuk menangani kebimbangan ini, memberikan kelegaan intoleransi laktosa hanya dalam 1 hari dengan protein whey 100% terhidrolisis sebahagiannya untuk penghadaman yang mudah.
Selain itu, susu untuk anak sembelit 1 tahun ini juga mengandungi 2′-FL + Nukleotida untuk fungsi imuniti serta DHA, lutein & vitamin E Asli iaitu nutrien penting yang menyokong perkembangan otak.
5. Dumex Dugro Nextgen Nutri Step 3
Demi menyokong kanak-kanak czer, Dumex Dugro® mengandungi 21 nutrisi dan mineral penting untuk kanak-kanak yang berisiko terhadap anemia kekurangan zat besi (IDA). Susu ini direka untuk menyokong perkembangan 360° kanak-kanak Malaysia di mana ia meliputi perkembangan otak, pertumbuhan fizikal dan keupayaan pembelajaran.
Susu ini dirumus dengan Zat Besi Aktif untuk menyokong 3X penyerapan*, serta DHA yang tinggi, penting untuk pembelajaran dan perkembangan fizikal si manja di setiap peringkat umur; 1-3 tahun, 3-6 tahun dan 6 tahun ke atas.
6. S-26 Gold Progress, susu untuk anak czer
Susu pembesaran S-26 Gold Progress disokong oleh sains dan dirumus dengan Sphingomyelin & DHA. Kajian juga menunjukkan bahawa nutrien ini membantu menyokong sambungan otak 10x lebih pantas.
Susu ini mengandungi 2′-FL bagi membantu menyokong fungsi imuniti, oligofruktosa di mana ia membantu untuk persekitaran usus yang baik dan 0% sukrosa, pilihan yang baik untuk si manja anda!
Susu ini sesuai buat kanak-kanak czer berumur 3 tahun ke atas.
7. S-26 Gold Promise
Buat ibu bapa yang mencari susu untuk anak czer 4 tahun ke atas, anda boleh dapatkan S-26 Gold Promise.
Susu ini mengandungi oligofruktosa (sejenis prebiotik), sphingomyelin dan DHA untuk menyokong perkembangan otak, serta 2′-FL yang membantu menyokong fungsi imun. Ia bebas sukrosa tetapi mengandungi laktosa.
Kesimpulan
Pilihan susu untuk anak czer banyak, tetapi ia perlu dicuba bagi menentukan sama ada anak anda seusuai ataupun tidak. Pastikan ibu bapa semak umur sasaran dan kandungan pada label dan utamakan makanan seimbang untuk si kecil anda.
Penting untuk anda segera mendapatkan pemeriksaan doktor sekiranya si manja mengalami sembelit berterusan selama lebih dua minggu, najis keras atau berdarah, sakit perut yang teruk atau berat badan tidak bertambah. Selain itu, dapatkan nasihat doktor juga jika anak mengalami ruam, muntah atau cirit-birit selepas mengambil susu.