brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

5 Makanan Tinggi Selenium Yang Bagus Untuk Otak! Cendawan Ini Juga Termasuk?

Berbanding mineral lebih penting seperti kalsium, kalium, natrium atau magnesium, selenium mungkin agak kurang popular. Akibatnya, tidak ramai tahu apa contoh makanan selenium yang bagus untuk individu.

5 Makanan Tinggi Selenium Yang Bagus Untuk Otak! Cendawan Ini Juga Termasuk?

Jadi, apa antara contoh makanan yang penuh dengan kebaikan selenium? Jom terus baca artikel!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

Apa definisi dan fungsi selenium ini?

Untuk pengetahuan anda semua, selenium adalah mineral yang wujud di dalam tanah, air dan beberapa jenis makanan. Ia memiliki dua bentuk yakni organik (selenomethionine dan selenocysteine) dan tidak organik (selenate dan selenite).

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), keperluan selenium bagi lelaki dewasa adalah sekitar 30 mikrogram sehari manakala wanita dewasa pula 24 – 25 mikrogram.

Ada banyak fungsi selenium di dalam tubuh badan manusia termasuk mengawal sistem imunisasi, metabolisme hormon serta reproduktif. Jadi, ia memang sangat penting.

Sekiranya individu kurang mendapatkan kebaikan selenium ini, maka akan muncul kesan berikut:

makanan selenium

Dalam usaha untuk elak kesan-kesan di atas itu terjadi, maka sila ambil mineral selenium ini dalam kadar yang ideal. Dapatkan informasi dan nasihat doktor jika kurang pasti.

Ini contoh makanan selenium yang bagus!

Selenium adalah salah satu daripada jenis mineral yang tidak dapat dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh badan individu. Jadi, mineral selenium adalah sangat penting.

Berikut adalah beberapa jenis menu yang tinggi selenium yang bagus untuk kesihatan kita semua:

Makanan selenium #1. Ikan

Bukan sahaja kaya dengan mineral penting seperti kalium, natrium, asid lemak omega 3 dan lain-lain, ikan seperti salmon, sardin dan tuna juga tinggi dengan selenium.

Dalam salmon, ada 31,40 mikrogram selenium setiap 100 gram. Bagi sardin, wujud 52,70 mikrogram selenium setiap 100 gram. Manakala ikan tuna pula 36,50 mikrogram.

Untuk memaksimumkan kebaikan selenium ini terhadap kesihatan, pastikan anda masak ikan-ikan di atas tadi dengan cara sihat yakni memanggang atau mengukus dan elak dari menggoreng!

#2. Makanan laut lain

Makanan laut lain seperti sotong, udang, kerang dan ketam juga mungkin boleh sumbang fungsi selenium ini pada tubuh badan anda lantas jadi alternatif kepada ikan.

Sebagai contoh untuk ‘seafood’, pada setiap 100 gram kerang, ada 0,20 mikrogram selenium manakala pada setiap 100 gram ketam, wujud 44,50 mikrogram selenium.

Pun begitu, perlu diingatkan juga bahawa makanan laut lain serta ikan mungkin tidak sesuai untuk semua orang ekoran masalah alahan atau tidak gemar dengannya.

makanan selenium

#3. Daging haiwan

Anda tidak suka atau tidak boleh ambil makanan laut sebab anda ada alahan? Jangan risau kerana anda masih boleh ambil selenium melalui daging hasil haiwan darat.

Daging lembu mengandungi sekitar 37,65 mikorgram selenium manakala kambing pula memiliki sekitar 11,70 mikorgram selenium bagi setiap 100 gram daging tersebut.

Alternatif kepada daging merah lembu serta kambing adalah seperti kerbau, rusa dan lain-lain. Ia juga tinggi dengan zat besi yang bagus untuk mencegah kondisi anemia.

#4. Telur haiwan

Selenium juga tidak hanya wujud pada daging malah juga telur haiwan. Sebiji telur seberat 50 gram mungkin mengandungi kira-kira 15,35 mikrogram mineral penting ini.

Jika hendak dibandingkan dengan daging, maka kita dapat lihat bahawa kandungan selenium di dalam telur mungkin lebih tinggi. Ia juga sangat kaya dengan vitamin B12.

Sajian masakan telur juga lebih mudah untuk dikombinasikan bersama makanan sihat lain seperti sayur, buah dan menu lain sekali gus membuat ia lebih tinggi nutrisi.

makanan selenium

#5. Cendawan Shitake

Akhir sekali, anda mesti tidak sangka bahawa cendawan yang satu ini juga tinggi dengan selenium!

Cendawan Shitake yang amat popular di negara matahari terbit, Jepun mempunyai sekitar 5,70 mikrogram selenium bagi setiap 100 gram. Ya, memang sangat berbaloi.

Dalam pada itu, ia juga punya banyak manfaat lain terutama untuk kesihatan otak dan jantung. Jadi, anda boleh mula cari dan beli cendawan jenis ini di pasar raya terdekat.

Konklusinya, mineral yang kurang popular ini sebenarnya boleh mendatangkan banyak manfaat terhadap tahap kesihatan individu. Ia mungkin perlu diletakkan sebaris dengan mineral lain seperti kalsium, kalium, natrium atau magnesium agar kita semua lebih peka dan tahu tentangnya!

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14 jam lalu