backup og meta

Bagaimanakah Menjana Kreativiti Anak Anda?

Bagaimanakah Menjana Kreativiti Anak Anda?

Kreativiti adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kejayaan individu dalam segenap aspek kehidupan. Sebenarnya, setiap kanak-kanak lahir dengan kreativiti dalam diri mereka dan ibu bapa perlu menjadi pendorong untuk menjananya. Berikut merupakan beberapa tip bagi ibu bapa untuk menjana kreativiti anak mereka bagi memastikannya mencapai tahap dan potensi yang paling maksima.

Galakkan anak anda berdikari

Kebanyakan kanak-kanak gemar merujuk kepada ibu bapa untuk sebarang nasihat atau tunjuk ajar kerana mereka percaya bahawa ibu bapa adalah individu yang paling bagus membuat keputusan. Tidak dinafikan bahawa ia adalah perkara yang tepat untuk dilakukan oleh anak-anak apabila berdepan masalah. Namun begitu, anda juga perlu beri anak anda peluang untuk menyelesaikan masalah sendiri terlebih dahulu sebelum membantu mereka.

Biarkan anak anda berimaginasi

Ketika sedang membacakan anak anda buku cerita, anda boleh mencetuskan pemikiran kreatif anak anda dengan hanya membaca separuh daripada buku cerita tersebut dan meminta mereka untuk menghabiskan cerita itu sendiri. Selain itu, anda juga boleh galakkan anak anda untuk tidak terlalu mengikut contoh yang ada melakukan aktiviti melukis atau mewarna sebaliknya mengikut kemahuan dan kreativiti mereka sendiri.

Jangan bersikap negatif

Ibu bapa tidak sepatutnya terlalu tegas. Walaupun ia dapat membentuk disiplin yang baik dalam diri anak anda, ia akan menghalang penjanaan kreativiti dan keupayaan penyelesaian masalah mereka. Ibu bapa juga perlu elak memberi komen atau perbandingan yang negatif terhadap anak anda. Ini hanya akan menurunkan keyakinan diri mereka lalu menyebabkan mereka berasa takut akan cabaran atau sesuatu perkara yang baru.

Beri mereka sumber

Mainan bukan sahaja memberi keseronokan kepada anak anda malah merupakan alatan yang dapat membantu mereka menjana imaginasi. Ibu bapa seharusnya mengehadkan waktu anak anda menonton televisyen dan komputer. Sebaliknya, biarkan mereka bermain dengan permainan yang memerlukan kreativiti seperti tanah liat, mainan balok, mainan bangunan, mainan senibina, atau buku mewarna.

Namun begitu, jangan pula anda beri terlalu banyak mainan kerana ia akan membuatkan mereka cepat berputus asa dan bosan dengan satu jenis mainan sahaja. Ibu bapa perlu mencipta satu persekitaran yang menarik dan kreatif untuk menarik minat anak anda. Cara yang paling berkesan untuk merealisasikannya adalah mengecat bilik anak anda dengan warna-warna yang tampak menyerlah seperti kuning atau oren.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

7 Ways to Foster Creativity in Your Kids. http://greatergood.berkeley.edu/raising_happiness/post/7_ways_to_foster_creativity_in_your_kids. Accessed December 15, 2016.

Versi Terbaru

27/04/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Mak Ayah, Fikir Dahulu Sebelum Hantar Anak Anda Duduk Bersama Datuk Nenek!

Anak Selalu Main Gajet? Jom Cuba Aktiviti Luar & Dalam Rumah Yang Bermanfaat Untuk Anak!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/04/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan