backup og meta

Bagaimana Membantu Anak yang Menghidapi ASD Berkomunikasi?

Bagaimana Membantu Anak yang Menghidapi ASD Berkomunikasi?

Autism Spectrum Disorder (ASD) merupakan penyebab anak anda sukar untuk berkomunikasi dengan individu lain. Walaupun kondisi ini tidak mampu untuk dipulihkan sepenuhnya, anda masih mampu membantu anak anda yang mengalami kondisi ini memperbaiki skil komunikasi mereka. Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui bagaimana membantu anak anda yang menghidapi ASD berkomunikasi.

Apakah masalah komunikasi paling utama kanak-kanak yang menghidapi ASD?

Kanak-kanak yang menghidapi ASD hidup di dalam dunia mereka sendiri lalu menyebabkan mereka sukar untuk berkomunikasi dengan individu lain. Kanak-kanak ini akan mempunyai masalah dengan bahasa dan komunikasi. Mereka mempunyai masalah untuk memahami apa yang diujarkan oleh individu lain serta mengekspresikan apa yang mereka rasai. Kanak-kanak ini juga mempunyai masalah komunikasi tingkah laku seperti ekspresi muka dan eye contact. Mereka juga tidak dapat mengenalpasti bahasa gerak tubuh badan individu lain.

Namun begitu, tidak semua kanak-kanak yang menghidapi ASD mempunyai masalah komunikasi. Walaupun skil komunikasi mereka agak terhad, mereka masih mampu bercakap dan memahami percakapan individu lain secara terhad. Ada kanak-kanak yang tidak mampu untuk bercakap atau mengujarkan kata. Ada juga yang tidak mampu untuk mengekspresikan perasaan mereka. Pun begitu, ada juga kanak-kanak yang mampu bertutur seakan seorang profesional dalam bidang yang digemari.

Berikut merupakan beberapa masalah komunikasi yang terdapat pada kanak-kanak yang menghidapi ASD yang anda perlu tahu:

  • Menggunakan bahasa yang berulangan: kanak-kanak ini mungkin akan mengulang kata-kata yang mereka dengar di kaca televisyen atau kata-kata yang didengar secara berulangan daripada individu lain. Mereka akan mengujarkan perkataan atau ayat yang kadang-kadang tidak mempunyai maksud atau tidak kena-mengena di dalam perbualan. Mereka mungkin akan bertindak balas terhadap soalan anda dengan bertanya kembali soalan anda. Mereka juga mungkin akan menggunakan suara yang dibuat-buat dan cenderung memulakan perbualan dengan menggunakan nama mereka.
  • Mempunyai keupayaan dalam sesuatu bidang: kanak-kanak ini mungkin akan mempunyai keupayaan dalam sesuatu bidang seperti mengira atau melukis. Mereka juga mampu untuk bercakap seorang diri sepanjang hari mengenai minat mereka. Tetapi mereka tidak mampu untuk berkomunikasi secara dua hala dengan individu lain.
  • Perkembangan bahasa yang tidak normal: kanak-kanak ini masih mampu untuk mengembangkan skil bahasa mereka namun tidak seperti kanak-kanak lain. Ada kanak-kanak yang mampu untuk membaca buku atau surat khabar ketika berumur 5 tahun namun tidak memahaminya. Ada juga kanak-kanak ini yang tidak akan bertindak balas sekiranya anda memanggil nama mereka.
  • Tidak mampu untuk berkomunikasi dengan gerak tubuh secara normal: kanak-kanak ini akan mengalami kesukaran untuk mengekspresikan perasaan mereka melalui mimik muka. Mereka juga cenderung untuk mengelak eye contact apabila mereka berada dalam sebuah perbualan dan mereka juga tidak akan melihat sesuatu yang mereka tidak berminat.

Bagaimana anda boleh membantu?

Anda boleh membantu anak anda mengembangkan skil komunikasi mereka secara lembut meskipun tidak seperti kanak-kanak lain.

  • Anda boleh menggunakan ayat-ayat yang pendek. Jangan gunakan ayat yang panjang dan rumit dengan mereka. Secara berperingkat, tambahkan penggunaan ayat dan lihat reaksi mereka.
  • Gunakan bahasa kanak-kanak. Ini akan membuatkan mereka berasa lebih dekat dengan anda.
  • Buat soalan dan minta anak anda untuk menjawabnya.
  • Galakkan anak anda untuk menggunakan mimik muka serta eye contact. Anda boleh mengajar anak anda untuk menumpukan perhatian menggunakan pinwheel.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Benefits of Speech Therapy for Autism. http://www.webmd.com/brain/autism/benefits-speech-therapy-autism#1. Accessed February 19, 2017.

Autism Spectrum Disorder (ASD). https://www.cdc.gov/ncbddd/autism/treatment.html. Accessed February 19, 2017.

Autism Spectrum Disorder: Communication Problems in Children. https://www.nidcd.nih.gov/health/autism-spectrum-disorder-communication-problems-children. Accessed February 19, 2017.

Versi Terbaru

15/05/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Anak Kerap Demam? Ketahui 5 Punca Utama Kenapa Si Kecil Demam Berulang!

Apa Kesan Selepas Anak Makan Ubat Cacing? Ibu Bapa, Tolong Ambil Perhatian!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/05/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan