Perkembangan bayi
Perkembangan bayi dalam kandungan
Bayi anda kini seperti saiz kubis bunga. Jika bayi anda membesar dengan sihat, beratnya sekitar 900 g dengan kepanjangan 36.8 cm
Daripada permulaan minggu pertama trimester ketiga, bayi anda semakin menyerupai rupanya waktu kelahiran kelak. Walaupun paru-paru, hati, dan sistem imun masih memerlukan masa untuk matang sepenuhnya, jika bayi dilahirkan sekarang, dia masih mempunyai peluang yang baik untuk hidup.
Memandangkan pendengarannya sedang berkembang, bayi anda mungkin mula mengenal suara ibu bapanya. Telinga bayi masih diliputi lapisan berlilin tebal yang dapat melindungi kulit daripada merekah disebabkan air ketuban. Jadi, bunyi yang didengari bayi anda mungkin agak sayup.
Perubahan hidup & tubuh badan
Bagaimanakah perubahan badan saya?
Badan anda secara semula jadi akan memberikan nutrisi dan melindungi bayi anda sewaktu kehamilan. Tetapi, menjaga bayi baru lahir ialah kemahiran yang perlu dipelajari. Jadi anda patut mempertimbangkan pengambilan kelas kelahiran melalui pusat komuniti setempat atau hospital. Pada tempat tersebut anda boleh belajar topik seperti kelahiran, pilihan untuk menghilangkan kesakitan dsb. Anda juga akan mempelajari tentang masalah yang selalu dihadapi bayi yang baru lahir, penyusuan susu ibu, penyusuan dengan susu formula, dan CPR utk bayi. Anda patut mempelajari sebanyaknya tentang kelahiran dan bayi. Maklumat ini dapat membantu anda berasa lebih yakin, terutamanya jika ini kehamilan pertama anda.
Apakah yang perlu saya beri perhatian?
Daripada pertengahan hingga penghujung kehamilan, bayi anda akan menjadi stabil pada kedudukan yang sesuai untuk kelahiran. Untuk melakukan itu, kepala bayi dan berat uterus yang kian bertambah perlu terletak dengan stabil pada saraf skiatik pada tulang belakang. Skiatiks (Sciatica) boleh menyebabkan rasa sakit, gatal, kejang punggung atau belakang dan merebak ke kaki. Cara untuk menggerakkan bayi anda daripada saraf tersebut dan mengurangkan simptom Skiatiks termasuklah:
- Duduk: Merehatkan kaki anda dapat mengurangkan sakit kaki, belakang dan skiatiks. Berbaring juga dapat mengurangkan rasa sakit ini selagi mana anda tahu posisi yang terbaik.
- Haba: Meletakkan tampalan panas dapat melegakan rasa sakit. Rendamkan badan anda dalam air suam juga mempunyai kesan yang sama.
- Bersenam: Kedepankan pelvis anda atau lakukan sebarang pergerakan meregang yang dapat mengurangkan tekanan.
- Berenang: Berenang dan senaman dalam air merupakan pilihan yang baik jika anda mengalami sakit peha. Berenang membantu meregangkan dan menguatkan otot belakang di samping melegakan kesakitan.
- Cara lain: Terapi seperti akupuntur, kiropraktik atau urutan boleh mengurangkan skiatiks. Cara ini patut dilakukan oleh pakar yang terlatih.
Pertemuan dengan doktor
Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?
Pada waktu ini, kemungkinan kelahiran pramatang agak rendah. Tetapi lebih baik jika anda tahu simptom kelahiran pramatang. Simptom ini termasuklah:
- Rasa sakit seperti senggugut dengan cirit-birit, muntah atau masalah pencernaan.
- Kontraksi setiap 10 minit dan tidak berubah walaupun dengan perubahan posisi.
- Rasa sakit pinggang yang berterusan atau berubah.
- Perubahan lendiran faraj seperti berair atau berdarah.
- Rasa sakit atau tekanan dalam pelvis, peha atau groin.
- Lendiran faraj.
Kebanyakan waktu wanita dengan simptom pramatang kebiasaannya tidak melalui kelahiran pramatang. Doktor yang paling mengetahui perkara ini, jadi anda perlu menghubungi doktor untuk memastikan keselamatan.
Apakah ujian yang perlu saya tahu?
Mulai sekarang, anda akan terbiasa menemui doktor. Anda boleh menjangkakan bahawa doktor akan memeriksa beberapa perkara tersebut, bergantung kepada keperluan:
- Ukuran berat badan dan tekanan darah;
- Ujian air kencing untuk glukos dan protein;
- Ujian darah untuk anemia;
- Vaksinasi terhadap tetanus dan difteria;
- Pemeriksaan degupan jantung janin;
- Ukuran saiz rahim melalui pemeriksaan luar untuk dibandingkan dengan waktu kelahiran;
- Ketinggian fundus (bahagian atas rahim);
- Pemeriksaan bengkak tangan dan kaki, pemeriksaan vena varikos pada kaki;
- Simptom atau tanda yang tidak normal;
- Sediakan senarai soalan atau isu yang anda mahu bincangkan dengan doktor anda.
Kesihatan & keselamatan
Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?
Epilasi Elektrolisis
Tidak ada kajian yang mencukupi yang telah menentukan jika elektrolisis (kaedah membuang bulu badan) selamat sewaktu kehamilan. Elektrolisis telah ada sejak 100 tahun. Tidak ada kes yang telah dilaporkan tentang kesan bahaya kepada kehamilan. Risiko prosedur ini mungkin rendah sahaja jika anda mempunyai bulu badan berlebihan dan mahu membuangnya sewaktu kehamilan.
Merias kuku
Jika anda ingin memakai pewarna kuku, terdapat risiko alahan, jangkitan fungus atau bakteria di sekeliling kuku anda. Walaupun tidak memberi kesan kepada bayi anda, adalah lebih baik untuk menunggu sehingga kelahiran sebelum merias kuku.
Bagaimanakah perkembangan bayi anda pada minggu hadapan?
Hello Health Group tidak memberikan sebarang khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]