Anda kini hamil 13 minggu. Janin anda panjang seperti kacang panjang, iaitu kira-kira 7 cm dari kepala ke kaki dan berat kira-kira 30g.

Terdapat banyak perubahan yang berlaku pada bayi anda dalam minggu ini. Perubahannya termasuklah keadaan tali pusat yang bergerak ke arah perut bayi anda. Tali pusat ini melekat pada plasenta yang semakin membesar yang membekalkan semua keperluan penting kepada bayi anda. Berat plasenta anda kira-kira 30 gram sekarang tetapi akan berkembang menjadi hampir 900 gram. Pita suara bayi anda juga terbentuk. Anda tidak akan dapat mendengar apa-apa bunyi lagi tetapi tidak lama lagi anda akan mendengar suaranya saat dilahirkan. Bayi anda juga berupaya meletakkan ibu jarinya di mulut.
Simptom kehamilan anda mungkin akan mula reda atau hilang. Anda akan mula mendapat lebih banyak tenaga dan berasa lebih aktif seperti diri anda yang dulu. Walaupun anda masih mengalami loya dan keletihan, simptom-simptom ini akan berkurang dalam minggu-minggu yang mendatang.
Bagaimanapun, ini tidak bermakna anda akan bebas daripada simptom. Salah satu simptom yang mungkin anda alami ialah keputihan bertambah, juga dikenali sebagai leukorrhea. Keputihan anda boleh jadi nipis, berwarna putih dan tidak berbau. Jangan cemas. Ini perkara biasa dan kebiasaannya disebabkan oleh tahap estrogen yang tinggi, satu lagi hormon kehamilan. Dengan peningkatan aliran darah ke kawasan pelvis, peningkatan dalam keputihan berlaku untuk melindungi saluran kelahiran anda daripada jangkitan. Jika keputihan anda mula berbau dan berubah warna, maklumkan doktor anda dengan segera. Ini boleh menjadi tanda jangkitan.
Anda mungkin bimbang tentang senaman semasa kehamilan. Terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum memulakan rutin senaman yang baru. Berikut adalah beberapa saranan berguna:
Jika anda menghadapi masalah pernafasan, maklumkan doktor anda. Ini boleh berlaku apabila anda menaiki tangga di tempat kerja atau di rumah. Selalunya, ini hanya akan berlangsung selama beberapa minit. Tetapi jika masalah pernafasan anda semakin teruk atau anda mengalami sakit dada, hubungi doktor anda atau dapatkan rawatan kecemasan dengan segera. Apabila anda tidak boleh bernafas, oksigen dalam darah anda akan berkurang yang menyebabkan kekurangan oksigen kepada bayi anda.
Semasa lawatan biasa, doktor anda akan melakukan pemeriksaan rutin. Ini termasuklah:
Beritahu doktor mengenai sebarang simptom yang menyebabkan ketidakselesaan. Ia mungkin idea yang baik untuk membuat senarai soalan dan kerisauan anda sebelum lawatan doktor anda.
Pastikan anda selamat sewaktu bersenam. Bersenam elok supaya jantung anda mengepam tetapi ia boleh menjadi berbahaya apabila kadar jantung anda melebihi 140 denyutan seminit. Cara terbaik untuk mengukur intensiti senaman ini adalah dengan memerhatikan isyarat badan anda. Berpeluh sewaktu bersenam adalah baik tetapi apabila anda mula mempunyai masalah pernafasan atau tidak boleh bercakap semasa senaman, anda perlu berhenti. Pilih aktiviti fizikal yang berintensiti rendah seperti berenang atau berjalan. Anda juga patut berehat sebentar antara waktu bersenam. Ini dapat mengelakkan sebarang bahaya yang mungkin berlaku kepada anda dan bayi anda.
Jadi bagaimanakah pertumbuhan janin minggu depan?
Hello Health Group tidak menawarkan sebarang khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Poppy seed to pumpkin: How big is your baby? http://www.babycenter.com/slideshow-baby-size. Accessed June 1, 2016.
Pregnancy calendar week 13. http://kidshealth.org/parent/pregnancy_center/pregnancy_calendar/week13.html. Accessed June 1, 2016.
Your pregnancy: 13 weeks. http://www.babycenter.com/6_your-pregnancy-13-weeks_1102.bc. Accessed June 1, 2016.
13 weeks pregnant. http://www.whattoexpect.com/pregnancy/week-by-week/week-13.aspx. Accessed June 1, 2016.
Versi Terbaru
13/01/2022
Ditulis oleh Helma Hassan
Disemak secara perubatan oleh Dr. Nurul Iftida Basri
Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz