backup og meta

Bahaya Jika Berat Badan Naik Berlebihan semasa Hamil

Bahaya Jika Berat Badan Naik Berlebihan semasa Hamil

Sebenarnya, agak mencabar untuk mematuhi panduan kenaikan berat badan semasa hamil, terutama jika anda tidak pernah mengidam untuk makan banyak karbo sepanjang hidup anda. Apatah lagi apabila sana sini orang menggalakkan anda ‘makan untuk dua orang’ semasa hamil.

Akan tetapi, kenaikan berat badan yang keterlaluan semasa hamil juga boleh meletakkan anda pada risiko komplikasi kelahiran, seperti kelahiran c-section dan bayi pramatang. Dan, walaupun jika anda memang terlebih berat badan atau obes semasa awal kehamilan, anda perlu mengekalkan kenaikan berat badan yang disarankan semasa hamil untuk mengurangkan risiko anda mendapat masalah kesihatan seperti gestational diabetes (kencing manis semasa hamil) dan pre-eklampsia.

Sakit belakang, sakit kaki dan vena varikos

Bukan semua wanita akan merasai simptom kehamilan yang menjengkelkan seperti vena varikos, sengal-sengal sendi, dan pedih hulu hati. Lebihan berat badan boleh meletakkan tekanan pada keseluruhan tubuh badan anda, menjadikan darah dan cecair sukar bergerak di dalam, dan anda juga mengalami kesukaran pergerakan. Ini boleh mencetuskan penyakit seperti kejang kaki, buasir, sakit belakang, keletihan fizikal, dan banyak lagi.

Gestational diabetes

Wanita yang naik berat badan terlalu banyak semasa hamil adalah lebih cenderung untuk mendapat gestational diabetes, iaitu keadaan bahaya di mana badan anda tidak boleh menghasilkan cukup insulin untuk menyeimbangkan tahap glukos dalam darah anda. Berita baiknya ialah kebanyakan ibu yang ada kencing manis semasa hamil tidak akan kekal mendapat diabetik selepas bayi lahir. Bagaimanapun, apabila didiagnosis dengan keadaan ini boleh meletakkan anda pada risiko yang tinggi sekali lagi untuk mengalaminya semasa kehamilan yang akan datang dan juga mendapat diabetes jenis 2 di kemudian hari.

Jangkitan

Wanita yang obes semasa hamil adalah berisiko untuk mendapat jangkitan saluran kencing (UTI). Obesiti juga meningkatkan risiko jangkitan selepas bersalin (postpartum), sama ada bayi anda dilahirkan secara normal ataupun pembedahan C-section.

Komplikasi semasa bersalin

Proses kelahiran akan menjadi lebih sukar jika bayi anda terlalu besar. Dan, bayi yang berat juga cenderung mendapatkan distosia bahu, iaitu keadaan di mana bahu bayi lebih besar daripada kepalanya, menjadikan kelahiran normal amat menyakitkan.

Melahirkan bayi secara pembedahan C-section bukanlah teruk sangat –  malahan, sesetengah wanita ada yang memang merancang untuk bersalin secara pembedahan – tetapi ia boleh membantutkan penghasilan susu dan melambatkan masa pemulihan selepas bersalin anda.

Bermasalah untuk kembali langsing

Selepas selamat melahirkan bayi, anda memerlukan masa berbulan-bulan untuk menurunkan berat badan, malahan mungkin lebih lama untuk kembali kurus. Meskipun anda menyusukan bayi, anda masih perlu berusaha lebih keras untuk membuang lemak-lemak yang berlebihan.

Bayi anda terkena tempiasnya

Bayi yang lahir daripada ibu yang berlebihan berat badan akan berisiko tinggi mengalami obesiti semasa alam kanak-kanaknya dan juga mengalami sindrom metabolik.

Kenaikan amaun berat badan yang betul semasa hamil bergantung kepada berapa berat anda sebelum mula hamil. Berbincanglah dengan doktor anda untuk mendapatkan amaun yang betul untuk anda.

[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

The Dangers of Gaining Too Much Weight During Pregnancy. http://www.parents.com/pregnancy/my-body/weight-gain/pregnancy-weight-gain-dangers/. Accessed 30 August, 2016.

Too many women gain too much weight during pregnancy, CDC says. http://www.latimes.com/science/sciencenow/la-sci-sn-pregnant-women-weight-gain-20151105-story.html. Accessed 30 August, 2016.

Pregnancy and obesity: Know the risks. http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/pregnancy-and-obesity/art-20044409. Accessed 30 August, 2016.

Versi Terbaru

28/11/2019

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Keputihan Semasa Mengandung Ganggu Keselesaan Bakal Ibu? Amalkan 5 Tip Ini, Berkesan!

Sakit Kepala Sebab Anemia? Amalkan 9 Jenis Makanan Ini Masa Hamil, Hb Akan Naik!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 28/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan