backup og meta

3 Perkara Anda WAJIB PANTAU Pada 3 Bulan Pertama Kehamilan, Jangan Lalai!

3 Perkara Anda WAJIB PANTAU Pada 3 Bulan Pertama Kehamilan, Jangan Lalai!

Tahukah anda tentang petua dan pantang larang ibu mengandung? Ini kerana trimester pertama fasa kehamilan bermula daripada saat persenyawaan sperma dan ovum sehingga minggu ke-12 (3 bulan).

Pada ketika ini, perkembangan embriologi sedang berlaku bagi membentuk fetus yang sihat. Kebiasaannya, si ibu akan mengalami simptom awal kehamilan seperti muntah, kelesuan dan kenaikan berat badan.

Di sini kami ingin berikan beberapa tips berkenaan dengan perkara yang anda perlu awasi untuk 3 bulan pertama, terutamanya mengenai petua dan pantang larang ibu mengandung bagi memastikan tahap perkembangan yang optimum buat anak anda. Teruskan membaca untuk mengetahui maklumat lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Petua dan pantang larang ibu mengandung #1 – Berhenti merokok

petua dan pantang larang ibu mengandung

Salah satu pantang larang ibu mengandung yang paling wajib diikuti adalah berhenti merokok. Jika anda merupakan perokok tegar, dapatkan bantuan doktor untuk berhenti merokok.

Ia boleh menyebabkan kecacatan kepada fetus selain daripada meningkatkan risiko untuk si ibu mengalami kelahiran pramatang, mendapat bayi yang tidak cukup berat, keguguran dan mengandung di luar rahim.

Bayi kepada ibu yang merokok mempunyai risiko kematian akibat daripada sudden infant death syndrome (SIDS). Ini merupakan keadaan di mana bayi yang berusia kurang daripada 1 tahun, mati atas sebab yang tidak diketahui.

Namun, perlu diingatkan juga bahawa pasangan anda harus memberikan komitmen untuk berhenti merokok kerana kajian menunjukkan mereka yang merokok sering kali mempunyai masalah ketidaksuburan kesan daripada:

  • Kerosakan DNA pada sperma dan ovum
  • Penurunan kadar rembesan hormon berkaitan kesuburan
  • Mempengaruhi keadaan persekitaran rahim

Petua dan pantang larang ibu mengandung #2 – Elakkan minuman berkafein dan beralkohol

petua dan pantang larang ibu mengandung

Minuman beralkohol boleh menyebabkan kecacatan fetus, kelahiran pramatang dan keguguran. Menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), 3 daripada 4 wanita masih mengambil minuman beralkohol walaupun mereka merancang untuk mendapatkan anak.

Ia merupakan satu keadaan yang boleh meningkatkan risiko kecacatan fetus memandangkan tempoh terawal untuk seorang wanita mengetahui status kehamilannya adalah 4 minggu.

Setakat ini, tiada nilai spesifik berkenaan dengan tahap alkohol di dalam badan yang selamat untuk diambil oleh ibu mengandung. Langkah terbaik adalah untuk berhenti serta-merta semasa anda merancang untuk mendapatkan anak.

Minuman berkafein boleh menyebabkan komplikasi kesihatan buat fetus dalam jangka masa panjang kesan daripada risiko bayi berat rendah.

Setakat ini, jumlah minuman berkafein yang dibolehkan untuk ibu mengandung adalah sekitar 200 mg sehari. Jika minum berlebihan, wanita tersebut mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat keguguran.

Kafein terdapat dalam pelbagai jenis makanan/minuman (bukan sahaja kopi) seperti teh, coklat, air tenaga dan air berkarbonat seperti cola. Gantikan minuman berkafein tersebut dengan air mineral, jus buah atau kopi tanpa kafein (decaf).  

Baca juga:

Petua dan pantang larang ibu mengandung #3 – Ambil suplemen pranatal

petua dan pantang larang ibu mengandung

Pengambilan suplemen pranatal boleh dianggap sebagai satu langkah yang cukup penting bagi menghindari kecacatan fetus.

Pada trimester pertama, nutrisi ibu akan digunakan bagi membantu tumbesaran fetus dan jika ia tidak mencukupi, pertumbuhan organ penting di dalam badan bayi akan terencat. Ini boleh menyebabkan komplikasi yang mempengaruhi potensi bayi untuk hidup.

Oleh itu, ibu perlu mengambil suplemen vitamin dan asid folik yang dapat menjamin tahap kesihatan yang baik buat ibu dan fetus.

Perubahan pada fisiologi badan semasa mengandung membuatkan pengambilan air yang cukup penting buat ibu dan fetus. Jumlah air di dalam badan ibu akan meningkat untuk memberikan bekalan oksigen dan nutrisi kepada fetus.

Anda boleh ambil air mineral, jus buah atau smoothies untuk kekal segar sepanjang hari.

Konklusi

Jangan panik jika anda mengalami simptom seperti pendarahan kecil (spotting), muntah dan kelesuan pada fasa trimester pertama ini.

Jika anda telah melakukan pelbagai petua dan pantang larang ibu mengandung namun ia tidak berkesan, berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan fizikal untuk memastikan kesihatan anda berada pada tahap yang optimum.

Elakkan stres, amalkan gaya pemakanan seimbang dan jaga diri sebaiknya.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Health Tips for Pregnant Women. https://www.niddk.nih.gov/health-information/weight-management/healthy-eating-physical-activity-for-life/health-tips-for-pregnant-women. Accessed on August 15, 2022.
  2. Pregnancy Precautions: FAQs. https://kidshealth.org/en/parents/pregnancy-precautions.html. Accessed on August 15, 2022.
  3. Pregnancy Precautions: Care Instructions. https://myhealth.alberta.ca/Health/aftercareinformation/pages/conditions.aspx?hwid=uh2653. Accessed on August 15, 2022.
  4. Keeping Safe from COVID-19 : Precautions for pregnant women and new mothers. https://www.who.int/southeastasia/outbreaks-and-emergencies/covid-19/What-can-we-do-to-keep-safe/protective-measures/pregnant-women-and-new-mothers. Accessed on August 15, 2022.
  5. Working during pregnancy: Do’s and don’ts. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/pregnancy/art-20047441. Accessed on August 15, 2022.

Versi Terbaru

15/08/2022

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Terdapat Banyak Kebaikan Minyak Kelapa Dara, Antaranya 7 Ini Di Saat Kehamilan!

9 Faktor Ini Punca Ibu Terdedah Kepada Kehamilan Berisiko Tinggi, No. 3 Kena Jaga-Jaga


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 15/08/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan