backup og meta

7 Fakta Penting Tentang Proses Ovulasi, Orang Perempuan Kena Faham & Ambil Tahu!

7 Fakta Penting Tentang Proses Ovulasi, Orang Perempuan Kena Faham & Ambil Tahu!

Bagi wanita yang ingin mengetahui waktu tepat untuk mudah hamil, anda perlu tahu sedikit sebanyak tentang fakta ovulasi. Persoalannya, apa perkara penting yang perlu dititikberatkan?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Cecair serviks berbeza pada setiap kali tempoh haid

Ovulasi adalah proses di dalam tubuh badan wanita yang berlaku dan berulang pada waktu yang mungkin berbeza bergantung kepada tubuh badan individu itu sendiri.

Sekiranya anda memantau hari ovulasi anda, tentu anda akan dapat lihat perbezaan pada cecair serviks dalam setiap kali tempoh haid anda. Ia mungkin melekit dan kelihatan seperti telur putih.

Kadangkala, ia berwarna jernih. Jika anda lihat tiada tanda-tanda cecair serviks, ini mungkin menunjukkan yang anda tidak berada pada waktu subur ketika itu.

Sebaliknya, jika cecair serviks anda kelihatan seperti telur putih, anda berkemungkinan berada pada waktu paling subur.

Perubahan-perubahan ini membantu anda untuk mengenal pasti bila waktu ovulasi anda.

fakta ovulasi

Perubahan cecair serviks membantu sel sperma

Fakta ovulasi yang kedua adalah apabila cecair serviks menjadi licin, ia akan membantu sperma untuk sampai kepada telur dengan mudah.

Keadaan cecair serviks anda juga membantu dan melindungi sel sperma semasa proses persenyawaan.

Ovulasi membuatkan serviks berubah

Perubahan menarik lain pada bahagian intim anda semasa ovulasi adalah ia lebih cenderung untuk menjadi lembut, tinggi, lebih lebar, dan juga lebih pelincir.

Faraj anda juga akan menjadi licin. Perubahan ini membantu meningkatkan nafsu seks dan menyokong keseronokan dalam hubungan intim.

Anda akan menjadi lebih sensitif untuk menghidu

Antara lain fakta ovulasi yang penting, perubahan hormon dalam tubuh badan mungkin akan menjadikan deria bau wanita lebih sensitif.

Anda mungkin mendapati diri anda mampu untuk menghidu dan membezakan sesetengah bau yang tidak anda kenali sebelum ini.

fakta ovulasi

Pada masa ini, deria lain seperti rasa dan penglihatan juga akan meningkat.

Pada setiap ovulasi, tubuh anda akan melepaskan lebih daripada 1 telur

Dalam kebanyakan kes, tubuh wanita hanya melepaskan satu telur pada setiap ovulasi.

Walau bagaimanapun, sesetengah ovari wanita berupaya melepaskan dua atau lebih telur semasa satu kitaran, yang mungkin menyebabkan kehamilan kembar dua, tiga, atau lebih lagi.

Pengambilan pil pencegah kehamilan akan menghalang proses ovulasi

Hakikatnya, selepas anda mengambil pil pencegah kehamilan atau pil perancang, hormon estrogen dan progestin anda akan menyimpan telur di dalam ovari, dan bukannya membebaskan telur keluar.

Pengambilan pil kontraseptif kecemasan langsung memberi kesan kepada proses ovulasi dengan cara menghentikan pertemuan antara telur dan sperma di dalam tubuh wanita.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Ovulation. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/23439-ovulation. Accessed Aug 14 2020.
  2. Understanding Ovulation. http://americanpregnancy.org/getting-pregnant/understanding-ovulation/. Accessed Aug 14 2020.
  3. What is Ovulation?. https://www.thewomens.org.au/health-information/fertility-information/getting-pregnant/ovulation-and-conception. Accessed Aug 14 2020.
  4. Am I Ovulating?. https://www.reproductivefacts.org/news-and-publications/patient-fact-sheets-and-booklets/documents/fact-sheets-and-info-booklets/am-i-ovulating/. Accessed Aug 14 2020.
  5. What ovulation signs can I look out for if I’m trying to conceive?. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/getting-pregnant/expert-answers/ovulation-signs/faq-20058000. Accessed Aug 14 2020.

Versi Terbaru

05/05/2023

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ikut Cara Berpantang Selepas Keguguran Ini Jika Ibu Nak Cepat Hamil Kembali!

Anda Baru Saja Hamil 1 Bulan? Tolong Elakkan & Jauhkan 8 Jenis Makanan Ini Ya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 05/05/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan