Keguguran adalah salah satu ketakutan terbesar pada mana-mana pasangan yang sedang menantikan kelahiran bayi. Terdapat beberapa punca keguguran kandungan yang tidak boleh dielakkan.
Keguguran adalah salah satu ketakutan terbesar pada mana-mana pasangan yang sedang menantikan kelahiran bayi. Terdapat beberapa punca keguguran kandungan yang tidak boleh dielakkan.
Namun, sesetengahnya masih boleh dikawal jika anda tahu menjaga diri dan kandungan. Baca untuk penjelasan lanjut.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Berikut merupakan antara perkara yang boleh menyebabkan keguguran di awal kehamilan:
Genetik
Jika anda atau kromosom anak anda (material yang membawa komposisi genetik anda) mempunyai mutasi, anda berisiko mengalami keguguran.
Sehingga 70 peratus keguguran berlaku semasa trimester pertama dan 20 peratus semasa trimester kedua, disebabkan halangan pada gen fetus.
Darah beku
Diabetes, penyakit tiroid, lupus, dan penyakit jantung, serta penyakit lain seperti jangkitan uterus, boleh menyebabkan keguguran.
Penyakit-penyakit ini boleh menyekat aliran darah kepada uterus anda.
Baca juga:
Gangguan imunologi
Gangguan imunologi (di mana sistem imun anda terlalu aktif atau kurang aktif), khususnya, boleh membawa kepada keguguran berulang.
Secara mudahnya, tubuh anda tidak boleh menerima kehamilan.
Ketidakseimbangan hormon
Hormon memainkan peranan yang sangat penting dalam kehamilan. Contohnya, progesteron adalah penting dalam membantu plasenta menempel pada dinding uterus.
Tubuh yang tidak mempunyai cukup progesteron boleh membawa kepada keguguran.
Masalah plasenta dan serviks
Jika terdapat masalah dengan penempatan plasenta, atau serviks anda terlalu lemah untuk menampung fetus, maka kandungan anda berisiko untuk gugur.
Fetus anda mungkin tidak mempunyai darah yang cukup jika terdapat masalah dengan plasenta.
Gaya hidup
Amalan gaya hidup yang tidak sihat boleh menyebabkan keguguran. Tabiat merokok, alkohol, dadah, dan persekitaran bertoksin boleh mempengaruhi bekalan darah dan pertumbuhan janin.
Jika anda merancang untuk hamil, segera berhenti daripada perkara-perkara ini bagi mengelakkan berlakunya keguguran.
Namun, sudah pasti anda tidak digalakkan untuk melakukan senaman berat seperti mengangkat benda berat.
Ibu hamil hanya digalakkan membuat senaman ringan seperti yoga pranatal bagi membantu meningkatkan kesihatan anda semasa kehamilan.
Ubat
Sesetengah ubat boleh menyebabkan keguguran. Cuba elakkan pengambilan ubat misoprostol, retinoids, methotrexate dan ubat anti-radang tanpa steroid (NSAIDs) – seperti ibuprofen.
Cara terbaik adalah, periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang ubat.
Bila anda rancang untuk hamil
Pada sesetengah usia, wanita mempunyai lebih risiko keguguran. Umur bakal ibu mempengaruhi keguguran:
Keguguran boleh menjadi peristiwa yang amat dahsyat, dengan memberi kesan berpanjangan pada emosi seseorang wanita, termasuklah kemurungan, marah, takut, dan rasa bersalah.
Namun, salah satu aspek paling sukar tentang kehilangan kehamilan adalah kurangnya pengetahuan mengenai punca keguguran kandungan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai keadaan diri semasa hamil, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen