Nak Dapat Anak Kembar Lagi Macam Dr Sheikh Muszaphar? Ada Tip Boleh Dicuba, Pasti Berkesan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 07/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pertama kali mengandung anak kembar dianggap rezeki buat pasangan suami isteri. Namun, bagaimana pula jika diberitakan mengandung kembar buat kali kedua? Jom cuba cara dapatkan anak kembar ini.

Mengandung anak kembar

Baru-baru ini, tular di media sosial tentang kehamilan Datin Dr Halina Mohd Yunos, isteri Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha.

Menariknya, pasangan ini sekali lagi bakal menimang cahaya mata kembar, setelah sebelum ini dikurniakan 4 zuriat termasuk pasangan kembar. 

Pastinya, ada dalam kalangan parents di luar sana, mengimpikan untuk mendapat anak kembar, bukan?

kehamilan kembar

Jangan risau, kami di Hello Doktor akan cuba membantu anda.

Bagaimana cara dapatkan anak kembar?

Jika anda sedang merancang kehamilan bayi kembar, anda perlu memahami bagaimana proses ovulasi itu terjadi.

Terdapat 2 jenis kehamilan kembar:

Kembar seiras

Terbentuk apabila 1 telur disenyawakan oleh 1 sperma. Kemudiannya telur itu dibahagikan kepada 2 embrio yang terpisah.

Kembar seiras mungkin akan berkongsi plasenta dan kantung amniotik. Ada juga kembar yang mungkin akan berkongsi plasenta tetapi mempunyai kantung amniotik yang berasingan.

Secara genetiknya, kedua-dua bayi itu adalah sama. 

Kembar tak seiras

Terhasil daripada 2 telur yang terpisah dan disenyawakan oleh 2 sperma yang berbeza.

Kembar tidak seiras ini akan mempunyai plasenta mereka tersendiri dan komposisi genetik yang unik. 

Faktor mempengaruhi kehamilan kembar

Untuk membolehkan anda mengandung anak kembar, sudah tentu ada perkara yang boleh menjadi faktor yang meningkatkan peluang kehamilan tersebut.

Tetapi apakah faktor-faktornya?

Menurut pakar, terdapat 5 faktor penting di sebalik peluang kehamilan kembar. 

  1. Sejarah keluarga

Jika terdapat ahli keluarga anda yang mempunyai pasangan anak kembar, maka peratus kemungkinan untuk anda hamil bayi kembar adalah tinggi.

Peratusan meningkat jika keturunan kembar itu adalah daripada sebelah ibu anda.

  1. Etnik

Cara dapatkan anak kembar turut dipengaruhi oleh etnik anda. Wanita berkulit hitam daripada etnik Afrika dikatakan lebih cenderung melahirkan bayi kembar. 

Malahan kadar kelahiran anak kembar di Afrika Barat terutamanya dalam etnik Yaruba adalah 18 kembar bagi setiap 1,000 kelahiran. 

  1. Jumlah kehamilan

Peluang untuk mengandung secara kembar akan meningkat bagi setiap kehamilan. 

Bahkan jika anda pernah melahirkan pasangan kembar pada kehamilan sebelum terdahulu, kemungkinan besar anda akan mengandung bayi kembar lagi.

  1. Usia

Kajian menunjukkan wanita yang berusia lebih 35 tahun akan mempunyai peluang lebih tinggi untuk hamil anak kembar tidak seiras. 

Ini mungkin berlaku disebabkan ovari wanita pada usia ini akan mengeluarkan lebih daripada 1 telur setiap bulan. 

Di samping itu, tahap hormon FSH, iaitu hormon yang merangsang folikel, lebih tinggi pada wanita berusia juga antara faktor penyumbang untuk anda mengandung anak kembar.

  1. Berat badan

Beberapa penyelidik mendakwa wanita yang mempunyai indeks jisim badan (BMI) yang lebih tinggi mempunyai tinggi peluang untuk mendapat kehamilan kembar. 

Wanita obesiti sebelum hamil secara signifikan lebih cenderung untuk melahirkan pasangan kembar tidak seiras. 

Pun begitu, doktor tidak menasihatkan wanita yang ingin merancang kehamilan bayi kembar untuk menambah berat badan.

merancang kehamilan

Cara dapatkan anak kembar

Sekiranya anda mahu menaikkan peluang untuk hamil pasangan kembar, mungkin boleh cuba cara di bawah:

  1. Diet pemakanan

Beberapa bukti menunjukkan pengambilan makanan tertentu akan dapat meningkatkan peluang untuk mengandung zuriat kembar.

Wanita yang makan makanan kaya protein dan tenusu cenderung mempunyai anak kembar.

Antara jenis makanan yang digalakkan diambil seperti:

  • Ubi keladi
  • Ubi kayu
  • Asid folik – sayuran berdaun hijau seperti bayam atau brokoli, avokado
  • Produk tenusu
  • Karbohidrat kompleks
  • Empulur nanas – tinggi dengan bromelain, sejenis protein yang membantu ovulasi dan persenyawaan
  1. Cara dapatkan anak kembar: Ubatan

Ubat kesuburan cara popular bagi mereka yang merancang kehamilan kembar.

Ini kerana ubat tersebut dapat meningkatkan tahap kesuburan dengan merangsang pengeluaran sperma atau telur. 

Apabila lebih banyak telur dihasilkan, terdapat kecenderungan untuk lebih daripada 1 telur akan dilepaskan bagi tujuan persenyawaan. 

Clomiphene dan gonadotropin adalah ubat kesuburan yang sering digunakan. 

  1. Jarak kehamilan

Kaedah lain membolehkan anda mengandung anak kembar adalah dengan mempunyai jarak yang cukup antara kehamilan. 

Jika anda hamil kembali terlalu cepat setelah mempunyai anak, ia mengurangkan peluang untuk kehamilan kembar.

mengandung anak kembar

  1. IVF

Prosedur rawatan kesuburan in-vitro (IVF), adalah cara dapatkan anak kembar yang terbaik.

Semasa proses IVF, doktor akan mengekstrak telur, mengambil sampel sperma dan kemudian menggabungkan telur dan sperma secara manual kepada piring makmal.

Embrio yang telah disenyawakan, akan dipindahkan ke dalam rahim. 

Kehamilan adalah berita yang membahagiakan

Mengandung anak kembar mungkin impian kebanyakan pasangan berkahwin, sudah tentu kerana dengan mendapat 2 bayi dalam 1 masa, ia bermakna kegembiraan berlipat ganda.

Namun, perkara paling penting adalah tahap kesihatan ibu mengandung dan juga bayi, tidak kira kehamilan biasa mahupun kembar. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ada Anak Kembar? Jom Ketahui 4 Fakta Menarik Mengenainya

Mempunyai anak kembar ini mesti comel. Tetapi adakah semuanya akan dibuat bersama-sama? Jom ketahui 7 fakta menarik tentang pasangan kembar.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Bayi, Keibubapaan, Penjagaan Bayi 08/03/2020 . 3 minit bacaan

Bagaimana Mengetahui Bayi Kembar Anda Seiras Atau Tidak Seiras?

Kehamilan bayi kembar akan mendatangkan perasaan teruja dan gementar pada masa yang sama. Namun, apakah cara untuk membezakan mereka?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Cabaran Ketika Hamil, Cubaan Hamil, Kehamilan 06/03/2019 . 2 minit bacaan

5 Tanda Hamil Bayi Kembar, Ini Penjagaan & Komplikasi Penting Yang Anda WAJIB Tahu!

Sebagai ibu bapa pasti berasa teruja jika mengetahui mengandung kembar. Bagaimana nak ketahui ciri hamil kembar? Ini penjelasannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kehamilan, Proses Beranak, Proses Bersalin 18/01/2019 . 2 minit bacaan

Peluang Dapat Anak Kembar Tinggi Jika Ambil Asid Folik, Betul Ke? Ini Jawapan Tepat!

Walau kebanyakan pasangan mengimpikan anak kembar, ia bukanlah satu perkara yang mudah. Namun, kajian kecil menunjukkan asid folik boleh bantu. Betul ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr Aqilah
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin
Kehamilan, Penjagaan Ibu, Penjagaan Selepas Bersalin 12/12/2018 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

cara buat anak kembar

Teringin Tapi Sukar Untuk Hamil Anak Kembar? Kenalah Cuba 4 Cara Ini Dulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 16/02/2021 . 3 minit bacaan
cara mendapatkan anak kembar

Percaya Atau Tidak, Ubat Kesuburan Ini Boleh Tingkatkan Peluang Untuk Dapat Anak Kembar!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
cara menyusu anak kembar

Ibu Sedang Hamil Bayi Kembar? Ini Cara Penyusuan Terbaik & Posisi Menyusu Badan Yang Sesuai

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 09/10/2020 . 3 minit bacaan
parut czer

Aduh, Ada Jangkitan Dekat Parut Czer? Jangan Pandang Remeh, Kenal Pasti Tandanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan