backup og meta

Sudah Tak Sabar Nak Ada Anak? Ini Tip Untuk Hamil Dengan Cepat!

Sudah Tak Sabar Nak Ada Anak? Ini Tip Untuk Hamil Dengan Cepat!

Apabila usaha untuk menimang cahaya mata sedang dilakukan, penantian bakal menjadi satu penyeksaan! Justeru, apakah tip hamil cepat? Jom baca!

Ya, kehamilan bergantung pada rezeki masing-masing, namun tahukah anda terdapat beberapa cara cepat hamil yang boleh diamalkan?

Menjaga tubuh dengan lebih baik adalah langkah pertama untuk mengoptimumkan kesuburan wanita.

Tetapi, apa lagi yang boleh dilakukan oleh kaum Hawa untuk meningkatkan peluang kehamilan? Teruskan pembacaan!

Baca lebih lanjut tentang Persediaan Kehamilan di sini.

Ini antara 7 tip hamil cepat!

#1 Catat kekerapan kitaran haid anda

Seseorang wanita yang ingin mendapatkan zuriat harus pantau sama ada haid berlaku secara teratur, pada hari yang sama setiap bulan.

Dengan menjejaki kitaran ini, kalian akan dapat meramalkan masa ovulasi (ketika ovari mengeluarkan sel telur yang sudah matang untuk proses persenyawaan).

Untuk pengetahuan pembaca, menurut American Pregnancy Association, telur wanita akan subur selama 12 hingga 24 jam setelah ia dibebaskan.

Walau bagaimanapun, ia berbeza dengan lelaki kerana sperma pula mampu bertahan dalam tubuh wanita sehingga 5 hari!

#2 Pantau ovulasi

Wanita dengan kitaran yang teratur berovulasi kira-kira 2 minggu sebelum kedatangan haid.

Malangnya, ovulasi lebih sukar diramalkan dalam kalangan wanita dengan kitaran haid tidak teratur.

Pun begitu, ia selalunya berlaku pada hari ke-12 hingga ke-16 sebelum permulaan haid berikutnya.

Terdapat beberapa kaedah yang boleh kalian guna untuk bantu menentukan hari paling subur setiap bulan, seperti:

  • Home ovulation-prediction kits
  • Mengenal pasti lendiran serviks (melekit dan berwarna seakan putih telur)

#3 Bersenggama pada waktu subur

seks

Menurut American Society for Reproductive Medicine, waktu subur sering kali berlangsung selama 6 hari; 5 hari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi itu sendiri.

Apabila waktu subur sudah dikenal pasti, maka perlukah kalian melakukan hubungan seks setiap hari?

Kajian menunjukkan, tidak ada perbezaan yang ketara dalam kadar kehamilan antara pasangan yang melakukan hubungan seks ketika waktu subur berbanding mereka yang melakukannya setiap hari.

Jadi, melakukan hubungan intim setiap hari boleh menjadi antara tip hamil cepat!

#4 Kepentingan berat badan sihat

Untuk makluman, berat badan wanita juga berupaya mempengaruhi kebolehan untuk hamil; berat berlebihan atau kurang akan mengganggu kesuburan.

Menurut penyelidikan, mereka yang mempunyai berat badan berlebihan selalunya mengambil masa 2 kali lebih lama untuk hamil berbanding wanita dengan indeks jisim badan (BMI) normal.

Ini kerana jumlah lemak badan yang banyak akan menghasilkan estrogen berlebihan, lantas memberi kesan kepada ovulasi.

Bagi wanita yang kekurangan berat badan pula, mereka mungkin memerlukan tempoh masa 4 kali lebih lama untuk mengandung.

Tidak hanya terhad bagi kaum Hawa, obesiti dalam kalangan lelaki juga akan menjejaskan sistem endokrin, daya tahan dan konsentrasi sperma.

Hal-hal ini secara langsung akan mempengaruhi kemampuan pasangan untuk menimang cahaya mata.

#5 Ambil vitamin pranatal

Antara cara cepat hamil yang lain, pakar mengesyorkan wanita untuk mula mengambil vitamin pranatal sebelum mengandung.

Pilihan lain pula adalah dengan mengambil multivitamin setiap hari, yang mengandungi sekurang-kurangnya 400 mikrogram (mcg) asid folik, sejenis vitamin B yang penting untuk cegah kecacatan otak dan tulang belakang bayi.

Centers for Disease Control and Prevention turut menggesa wanita untuk mengambil 400 mcg asid folik setiap hari, sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum hamil, untuk membantu mencegah risiko kecacatan kelahiran.

#6 Ambil makanan yang sihat

Jika hendak diikutkan, tiada diet kehamilan yang spesifik untuk wanita mengandung.

Mengamalkan pelbagai makanan sihat, sudah dapat bantu mempersiapkan tubuh wanita untuk kehamilan dengan menyediakan simpanan nutrien penting seperti kalsium, protein dan zat besi.

Ia dimaksudkan dengan pengambilan makanan berunsurkan berbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran, protein tanpa lemak, bijirin penuh, tenusu serta sumber lemak sihat.

Selain mengambil suplemen yang mengandungi asid folik, kalian juga dapat memperoleh vitamin ini daripada sayuran berdaun hijau gelap seperti brokoli, roti dan bijirin yang diperkaya, kekacang, buahan sitrus dan jus oren.

#7 Singkirkan tabiat merokok dan minum alkohol

kesan-merokok

Seperti kita sudah sedia maklum, merokok berupaya menjadi punca kepada masalah kesuburan, baik pada wanita mahupun lelaki.

Bahan-bahan kimia yang terkandung dalam asap rokok, seperti nikotin dan karbon monoksida berisiko mempercepat kadar kehilangan telur wanita.

Merokok juga mengakibatkan ovari ‘menua’ dan mengurangkan pembekalan telur wanita sebelum waktunya.

Dalam kajian yang diterbitkan pada tahun 2020 dalam jurnal Reproductive Biology and Endocrinology, para penyelidik mengaitkan penemuan saintifik antara merokok, alkohol, ketagihan dan kesuburan.

Hasilnya, mereka mendapati bahawa merokok boleh dikaitkan dengan penurunan tahap kesuburan!

Golongan wanita turut disarankan untuk mengelakkan kesan secondhand smoke, yang boleh mempengaruhi peluang mereka untuk hamil.

Cara cepat hamil yang lain pula, pengambilan alkohol harus dielakkan jika anda berniat untuk menimang cahaya mata.

Menurut The American College of Obstetricians and Gynecologists, pengambilan alkohol sama ada secara bersederhana (1 hingga 2 minuman sehari) atau berat (lebih daripada 2 minuman sehari) akan memberi kesukaran untuk hamil.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/getting-pregnant/in-depth/how-to-get-pregnant/art-20047611
  2. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/getting-pregnant/in-depth/how-to-get-pregnant/art-20047611
  3. https://www.acog.org/patients/faqs/evaluating-infertility
  4. https://www.nhs.uk/common-health-questions/pregnancy/can-i-get-pregnant-just-after-my-period-has-finished/
  5. https://www.yourfertility.org.au/everyone/timing
  6. https://kidshealth.org/en/teens/expert-pregnant.html

Versi Terbaru

19/01/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: vki yong


Artikel Berkaitan

Masa Subur Penting Untuk Hamil, Anda Perlu Fahami Mengenai Ovulasi

Jenis-Jenis Vitamin & Pemakanan Yang Betul Untuk Ibu Hamil


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 19/01/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan