backup og meta

Wujudkah Tanda-Tanda Hamil 1 Hari? Mungkin Ya Mungkin Tidak, Jom Baca!

Wujudkah Tanda-Tanda Hamil 1 Hari? Mungkin Ya Mungkin Tidak, Jom Baca!

Wujudkah tanda-tanda hamil 1 hari? Ramai wanita tertanya-tanya sekiranya ada tanda atau simptom awal hamil sehari

Apabila seorang wanita hamil, banyak perubahan akan berlaku pada fizikal mereka. Bagaimanapun, tanda kehamilan mengambil masa untuk muncul. 

Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan sama ada terdapatnya tanda-tanda kehamilan dalam tempoh 24 jam pertama serta sebarang perubahan awal yang mungkin akan berlaku.  

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kehamilan, anda boleh klik di sini.

Adakah tanda-tanda hamil 1 hari?

Sukar untuk menentukan sama ada wanita hamil dalam masa 24 jam.
Sukar untuk menentukan sama ada wanita hamil dalam masa 24 jam.

Dari segi perubatan, sukar untuk mengesan kehamilan hanya dalam tempoh sehari selepas persenyawaan.

Pada peringkat ini, telur yang telah disenyawakan masih bergerak ke arah rahim. Implantasi (pelekatan embrio pada dinding rahim) biasanya berlaku dalam masa 6-10 hari selepas ovulasi. 

Oleh itu, tanda-tanda hamil 1 hari biasanya sangat sukar untuk dikesan..  

Namun, sesetengah wanita mungkin sangat sensitif terhadap perubahan hormon. 

Jadi, mungkin ada wanita yang dapat merasai tanda awal, misalnya rasa tidak selesa pada tubuh badan dalam masa beberapa hari selepas hamil. 

Tanda awal kehamilan yang mungkin dirasai wanita

Berikut adalah beberapa gejala awal hamil yang mungkin dirasai oleh wanita. 

Bagaimanapun, tanda-tanda ini biasanya muncul beberapa hari atau minggu selepas implantasi berlaku. 

1. Masalah keputihan 

Masalah keputihan wanita yang tidak normal.
Masalah keputihan wanita yang tidak normal.

Sesetengah wanita mengalami masalah keputihan yang lebih banyak selepas ovulasi. Bagaimanapun, ini bukanlah tanda kehamilan. 

Keputihan mempunyai fungsinya yang tersendiri. Ia dirembeskan oleh vagina untuk menjaga kebersihan dan kesimbangan pH. 

Jika kehamilan berlaku, keputihan mungkin menjadi lebih pekat dan berwarna putih susu.  

Tanda-tanda hamil 1 hari: Sakit payudara

Sakit pada kawasan payudara bukanlah simptom awal hamil sehari. Bagaimanapun, ia merupakan masalah yang lazim dialami wanita ketika hamil. 

Hormon progesteron yang meningkat selepas persenyawaan boleh menyebabkan payudara terasa lebih sensitif.

Namun, simptom ini juga boleh berlaku akibat perubahan hormon sebelum haid.  

3. Kerap sakit pinggang

Ada juga wanita yang melaporkan mengalami sakit pinggang atau sakit pada kawasan punggung. 

Namun, simptom ini lebih lazim beberapa minggu selepas implantasi berlaku. 

Sama seperti sakit payudara, sakit pinggang juga boleh berlaku disebabkan sindrom prahaid (PMS). 

Tanda awal kehamilan lain yang mungkin berlaku

Selain itu, ada beberapa tanda awal yang mungkin menandakan kehamilan. Antaranya: 

  • Kembung perut. Perubahan hormon selepas ovulasi boleh menyebabkan perut berasa tidak selesa. 
  • Sering rasa letih. Hormon progesteron juga boleh menyebabkan rasa lesu, tetapi ia bukanlah simptom jelas dalam masa 24 jam.
  • Perubahan emosi. Sesetengah wanita mungkin mengalami perubahan mood disebabkan hormon, sama ada hamil atau tidak.  

Bila saya perlu lakukan ujian kehamilan?

Sukar untuk menahan diri daripada melakukan ujian kehamilan seawal mungkin, lebih-lebih lagi jika kita sudah lama inginkan cahaya mata. 

Bagaimanapun, ujian kehamilan lebih tepat sekiranya dilakukan beberapa hari selepas haid tidak datang. 

Ketika hamil, wanita bakal mengalami peningkatan hormon hCG (human chorionic gonadotropin) dalam badan. 

Bagaimanapun, tahap hormon tersebut akan meningkat secara perlahan-lahan. 

Oleh itu, sukar untuk tentukan tanda-tanda hamil 1 hari. Jika ujian dilakukan terlalu awal, anda mungkin akan mendapat keputusan negatif. 

Jadi, adalah disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya seminggu selepas tarikh haid yang terlewat untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat.  

Benar, ada wanita yang mengalami simptom awal hamil sehari. Namun, 24 jam bukanlah masa yang sesuai untuk menentukan sama ada hamil atau tidak. 

Pastikan ujian kehamilan dilakukan dengan betul 

Baca arahan sebelum lakukan ujian kehamilan untuk pastikan keputusannya tepat. 
Baca arahan sebelum lakukan ujian kehamilan untuk pastikan keputusannya tepat.

Caption: Baca arahan sebelum lakukan ujian kehamilan untuk pastikan keputusannya tepat. 

Ujian kehamilan yang dilakukan di rumah sangat tepat. Namun, ia perlu dilakukan dengan betul. 

Keputusan ujian tersebut mungkin tidak tepat sekiranya: 

  • Anda tidak mengikut arahan pada pek pembungkus 
  • Anda melakukan ujian terlalu awal

Pengambilan ubat-ubatan tertentu juga boleh mempengaruhi ketepatan ujian.

Jika anda berasa diri hamil, lakukan semula ujian tersebut beberapa hari atau minggu kemudian.

Bercakaplah dengan doktor sekiranya ujian masih negatif walaupun anda sudah tidak datang haid. 

Kesimpulan:

  

  • Secara keseluruhannya,tanda-tanda hamil 1 hari sukar ditentukan. 
  • Tubuh memerlukan masa untukmelalui perubahan demi perubahan ketika hamil. 
  • Walaupun simptom seperti keputihan, sakit punggung, dan sakit payudara boleh berlaku, ia lebih kerap muncul selepas implantasi atau beberapa hari kemudian.  

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Pregnancy – signs and symptoms. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/pregnancy-signs-and-symptoms. Diakses pada Oktober 19, 2024.
  2. Symptoms of pregnancy: What happens first. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/getting-pregnant/in-depth/symptoms-of-pregnancy/art-20043853. Diakses pada Oktober 19, 2024.
  3. Am I Pregnant? https://my.clevelandclinic.org/health/articles/9709-pregnancy-am-i-pregnant. Diakses pada Oktober 19, 2024.
  4. Signs and symptoms of pregnancy. https://www.nhs.uk/pregnancy/trying-for-a-baby/signs-and-symptoms-of-pregnancy/. Diakses pada Oktober 19, 2024.
  5. Early Signs of Pregnancy. https://americanpregnancy.org/pregnancy-symptoms/early-signs-of-pregnancy/. Diakses pada Oktober 19, 2024.

Versi Terbaru

24/10/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Awas Ibu, Ini 4 TANDA Anda Alami Keguguran Lewat Kehamilan!

Gembira Disahkan Hamil? Tahniah, Ini Cara Kira Usia Kandungan Buat Panduan Ibu Baru!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 24/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan