backup og meta

Boleh Ke Ibu Dengan Kemurungan Lepas Bersalin Terus Menyusukan Bayi?

Meroyan dan kemurungan selepas bersalin merupakan antara komplikasi yang boleh berlaku apabila ibu tertekan semasa pantang. Bolehkah ibu menyusukan bayi walaupun kemurungan?

Boleh Ke Ibu Dengan Kemurungan Lepas Bersalin Terus Menyusukan Bayi?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Kemurungan selepas bersalin

Isu kemurungan selepas bersalin atau dalam istilah lain, meroyan, adalah antara komplikasi obstetrik paling kerap dan serius boleh berlaku kepada wanita selepas melahirkan anak.

Keadaan ini boleh menjejaskan sehingga 25% ibu dalam tahun pertama selepas bayi dilahirkan

Kemurungan boleh berlaku akibat tekanan semasa dalam tempoh berpantang.

Namun, malangnya kebanyakan wanita bergelar ibu yang menyusukan bayi walaupun kemurungan takut untuk mendapatkan rawatan.

Alasan paling utama mereka adalah bimbang ubatan yang diambil semasa menyusukan bayi boleh mendatangkan kesan kepada anak mereka.

Ada juga yang tidak mahu dikaitkan dengan stigma meroyan. 

menyusukan bayi walaupun kemurungan
Kenal pasti tanda kemurungan.

Mahu menyusukan bayi walaupun kemurungan?

Kesihatan mental seorang ibu adalah penting bukan sahaja kepada dirinya sendiri bahkan kepada bayi yang dilahirkan.

Mengalami kemurungan boleh menjejaskan keperluan bayi yang bergantung sepenuhnya kepada ibu dan individu sekeliling.

Kesan negatif lain yang mungkin berlaku kepada bayi yang kurang mendapat perhatian adalah seperti:

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Kemurungan atau postpartum depression adalah 1 keadaan kesihatan yang memerlukan rawatan.

Ini kerana seorang ibu yang kemurungan selepas bersalin cenderung untuk mengabaikan keselamatan dan kesejahteraan anak-anaknya. 

Sebenarnya, ibu masih boleh terus untuk menyusukan bayi walaupun kemurungan dan menjalani rawatan untuk mengubati keadaan kesihatan itu.

Ini hanya boleh dilakukan jika melalui proses penyusuan itu dapat memberikan ketenangan kepada si ibu. 

Walau bagaimanapun, tinjauan terhadap 10 kajian mendapati simptom kemurungan selepas bersalin secara umumnya berkait dengan penyusutan tempoh penyusuan.

menyusukan bayi walaupun kemurungan
Jangan paksa ibu terus menyusukan bayi ketika kemurungan.
Jika seorang ibu berasa tertekan, mereka tidak perlu rasa bersalah untuk tidak meneruskan penyusuan susu badan. Bahkan mereka berhak untuk memilih alternatif lain seperti memberikan susu formula.

Petua hilangkan angin meroyan

Selain mendapatkan rawatan dengan sesi kaunseling atau ubatan antikemurungan, terdapat 5 cara untuk membantu diri ibu sendiri mengatasi kemurungan ini, seperti:

  1. Banyakkan berehat

Mendapatkan rehat yang mencukupi adalah perkara paling penting buat ibu selepas bersalin.

Sebaiknya ibu memerlukan tidur yang secukupnya, jika tidak boleh, berehatlah. 

Sekiranya terdapat individu dewasa lain yang boleh membantu menjaga bayi untuk tempoh beberapa jam, gunakan peluang itu dengan sebaiknya.

Jika bayi anda sudah tidur, ibu cubalah untuk tidur sebentar. 

  1. Pemakanan seimbang 

Selepas melalui proses bersalin, badan anda amat memerlukan tenaga dan nutrisi yang mencukupi.

Hindari daripada membiarkan perut anda kosong untuk tempoh yang panjang.

Ia membantu mengelakkan tahap gula dalam darah menurun.

Pengambilan makanan seimbang dapat meningkatkan tenaga dan sistem imunisasi badan. Keadaan ini sekali gus boleh mencegah diri daripada mengalami keletihan dan kehilangan tenaga.

  1. Bergaul 

Ada masanya apabila terlalu sibuk dengan hal si kecil, anda mungkin berasa terasing.

Tetapi berdepan dengan keadaan kemurungan selepas melahirkan anak boleh menyebabkan anda betul-betul berasa keseorangan.

Sebaiknya, jika ada individu dewasa lain di rumah bersama anda, luangkan masa untuk berbual atau sekadar berborak kosong.

Ia sekurang-kurangnya dapat menghilangkan kebosanan dan kesunyian yang anda hadapi.

  1. Penjagaan diri yang terbaik

Jika anda berasakan perlu melakukan segalanya sendiri selepas bersalin, anda tersilap. Selepas melalui proses melahirkan anak, badan anda memerlukan penjagaan yang sewajarnya.

Ini bermakna, anda perlu mendapatkan bantuan individu lain untuk sekurang-kurangnya menjaga aspek pemakanan dan penjagaan harian anda. Tiada salahnya untuk meminta bantuan.

menyusukan bayi walaupun kemurungan
Suami perlu prihatin terhadap keperluan dan emosi isteri selepas bersalin.
  1. Aktiviti fizikal

Bila menyebut tentang senaman, mesti terbayangkan aktiviti berintensiti sederhana atau berat seperti berjoging dan sebagainya. Anda silap!

Berjalan-jalan di sekitar halaman rumah sudah memadai. Tindakan itu sekurang-kurangnya dapat menjadikan ibu berasa lebih cergas dan cerdas.

Lebih-lebih lagi jika dapat menghirup udara segar.

Jangan ambil mudah

Tiada paksaan untuk terus menyusukan bayi walaupun kemurungan. Ini kerana kemurungan selepas bersalin adalah satu keadaan di luar kawalan.

Sebaiknya anda digalakkan untuk sentiasa berfikiran positif dan menghindari daripada memikirkan perkara yang sewajarnya.

Jika perlu, lakukan pemeriksaan dan rundingan doktor dengan segera jika menyedari sebarang simptom berkaitan kemurungan yang mungkin anda alami.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

 

  1. Jururawat Ini Kongsi Simptom Kemurungan Lepas Bersalin Selepas Tular Kes Ibu Kelar Anak Tanpa Sedar. https://www.majalahpama.my/jururawat-ini-kongsi-simptom-kemurungan-lepas-bersalin-selepas-tular-kes-ibu-kelar-anak-tanpa-sedar/ / Accessed on Mac 9, 2020
  2. Penyakit Mental Selepas Bersalin. http://www.myhealth.gov.my/penyakit-mental-selepas-bersalin/ / Accessed on Mac 9, 2020
  3. Postpartum Depression & Breastfeeding. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/breastfeeding/Pages/Postpartum-Depression-Breastfeeding.aspx  / Accessed on Mac 9, 2020
  4. Postpartum Depression.  https://www.cdc.gov/breastfeeding-special-circumstances/hcp/illnesses-conditions/postpartum-depression.html. Accessed on Aug 26, 2025.
  5. Rivi Veronica , Petrilli Greta , Blom Johanna M. C. Mind the Mother When Considering Breastfeeding. Frontiers in Global Women’s Health. Volume 1 – 2020. https://www.frontiersin.org/journals/global-womens-health/articles/10.3389/fgwh.2020.00003. Accessed on Aug 26, 2025.

Versi Terbaru

26/08/2025

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Eh! Betul Ke Suami Pun Boleh Meroyan Selepas Isteri Bersalin?

Ibu Baru Lepas Bersalin? Jangan Abaikan Jika Ada Tanda-Tanda Nak Meroyan Ini!


Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group · Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Dikemas kini 26/08/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan