backup og meta

Percaya Atau Tidak, Ubat Kesuburan Ini Boleh Tingkat Peluang Untuk Dapat Anak Kembar!

Percaya Atau Tidak, Ubat Kesuburan Ini Boleh Tingkat Peluang Untuk Dapat Anak Kembar!

Siapa sahaja yang tidak menginginkan sepasang anak kembar. Mungkin ada yang sudah berusaha pelbagai cara mendapatkan anak kembar.

Namun, tahukah anda, ada pil kesuburan yang boleh meningkatkan peluang anda untuk hamil kembar. Apakah pil tersebut?

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan kehamilan, anda boleh klik di sini.

Pil Clomid akan tingkat peluang kehamilan kembar?

Clomiphene atau hanya dipanggil sebagai Clomid adalah sejenis ubat perangsang ovulasi.

Ia digunakan terhadap wanita yang mempunyai masalah ovulasi. Ia adalah sejenis ubat kesuburan yang paling banyak digunakan di seluruh dunia.

Ubat ini berbentuk pil dan tidak seperti ubat kesuburan lain yang lebih kuat dan memerlukan kaedah suntikan.

Ubat ini juga mungkin dikenali sebagai Serophene atau dijual sebagai ubat generik dengan nama clomiphene citrate.

Penggunaan biasa pil Clomid

Sekiranya seorang wanita mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, atau kitaran anovulasi (haid tanpa ovulasi), pil Clomid boleh dicuba terlebih dahulu.

Clomid sering digunakan dalam merawat ketidaksuburan berkaitan sindrom ovarium polikistik (PCOS).

petua anak kembar
Anak kembar seiras jantina perempuan.

Pil ini juga dapat digunakan dalam kes kemandulan yang tidak dapat dijelaskan atau ketika pasangan memilih untuk tidak menggunakan rawatan kesuburan yang lebih mahal dan invasif.

Walau bagaimanapun, penting untuk diingat bahawa rawatan yang lebih mahal kadang-kadang adalah rawatan yang paling sesuai.

Clomid juga dapat digunakan semasa prosedur IUI (inseminasi intrauterin) atau IVF.

Dengan IVF, Clomid dapat digunakan bersama dengan ubat ovulasi suntikan untuk mendapatkan tindak balas yang lebih kuat.

Cara mendapatkan anak kembar: guna pil Clomid!

Bolehkah saya mencuba untuk mendapatkan anak kembar dengan menggunakan pil Clomid? Bagi setiap 20 kehamilan yang menggunakan kaedah pil Clomid, hanya satu kehamilan yang akan mempunyai kehamilan anak kembar.

Clomid (clomiphene) menyebabkan kehamilan kembar antara 5% dan 12% sahaja.

Jumlah tersebut adalah lebih sedikit berbanding satu kehamilan kembar bagi setiap 10 kehamilan.

Kemungkinan untuk anda mengandung tiga anak kembar (atau lebih) melalui pengambilan Clomid adalah lebih rendah, iaitu kurang daripada 1% (kurang daripada satu dalam 100 kehamilan).

Namun, ubat kesuburan ternyata mempunyai reputasi untuk menyebabkan kehamilan berganda, yang bermaksud hamil lebih daripada satu orang bayi dalam satu-satu masa. 

Pil Clomid boleh jadi cara mendapatkan anak kembar?

cara mendapatkan anak kembar
Anak kembar seiras.

Ovari mengandungi ratusan ribu folikel dan setiap folikel mengandungi sel telur yang belum matang.

Setiap bulan, beberapa folikel akan memulakan proses perkembangan.

Pada kebiasaannya, hanya satu folikel yang berkembang dengan sepenuhnya dan melepaskan sebiji telur.

Ini kerana apabila folikel menjadi cukup dewasa dengan sendirinya, folikel melepaskan hormon ke dalam aliran darah yang memberi isyarat kepada tubuh untuk melambatkan pengeluaran hormon perangsang telur.

Pil Clomid berfungsi dengan menipu tubuh untuk memacu hormon perangsang telur, lalu menyebabkan folikel di ovari terus menjadi matang.

Ini seterusnya meningkatkan kemungkinan bahawa lebih daripada satu telur berkembang hingga matang dan dilepaskan semasa ovulasi.

Kebanyakan pasangan kembar yang terhasil disebabkan pengambilan pil Clomid bukanlah kembar seiras.

Semasa ujian klinikal kehamilan kembar, hanya satu daripada lima pasangan kembar adalah kembar seiras dan 4 pasangan lain adalah kembar tidak seiras.

Mengapa kebanyakan pasangan kembar ini tidak serupa atau seiras? Clomid meningkatkan kemungkinan anda mengandung anak kembar kerana ovari anda mungkin berovulasi lebih daripada satu telur.

Kembar yang seiras pula terhasil hanya daripada satu telur sahaja, bukannya dua telur.

Apa pula faktor lain selain guna pil Clomid?

cara mendapatkan anak kembar
Petua dapat anak lelaki atau perempuan.

Ubat kesuburan bukan satu-satunya penyebab kehamilan berganda atau hamil anak kembar.

Walaupun tanpa Clomid, kemungkinan anda untuk mengandung lebih daripada satu bayi boleh meningkat bergantung kepada faktor seperti:

Salah satu petua anak kembar adalah disebabkan oleh genetik keluarga. Sekiranya anda dan pasangan mempunyai sejarah hamil anak kembar dalam keluarga, kemungkinan untuk anda mengandung kembar adalah lebih tinggi.

Lebih-lebih lagi bagi wanita yang mempunyai saudara kembar dalam keluarga mereka.

Itu kerana mereka cenderung untuk mewarisi gen yang menyebabkan mereka melepaskan lebih daripada satu telur dalam satu masa.

Menurut The American Society for Reproductive Medicine, wanita yang merupakan pasangan kembar mempunyai 1 daripada 60 peluang untuk memiliki anak kembar mereka sendiri.

Lelaki yang merupakan pasangan kembar juga mempunyai peluang sebanyak 1 daripada 125 peluang untuk mendapat anak kembar.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Budinetz TH, Benadiva CA, Griffin DW, Engmann LL, Nulsen JC, Diluigi AJ. Ovulation rate and cycle characteristics in a subsequent clomiphene citrate cycle after stair-step protocol. Fertil Steril. 2015;103(3):675-9. doi:10.1016/j.fertnstert.2014.12.088, Accessed Apr 7 2021.
  2. Hughes E, Brown J, Collins JJ, Vanderkerchove P. Clomiphene citrate for unexplained subfertility in women. Cochrane Database Syst Rev. 2010(1):CD000057. doi:10.1002/14651858.CD000057.pub2, Accessed Apr 7 2021.
  3. Corenblum B. (1989). Drug treatment of infertility. Canadian family physician Medecin de famille canadien, 35, 2147–2152, Accessed Apr 7 2021.
  4. CLOMID, https://www.accessdata.fda.gov/drugsatfda_docs/label/2012/016131s026lbl.pdf, Accessed Apr 7 2021.
  5. 5. Multiple Pregnancy and Birth: Twins, Triplets, and High Order Multiples (booklet), https://www.reproductivefacts.org/news-and-publications/patient-fact-sheets-and-booklets/documents/fact-sheets-and-info-booklets/multiple-pregnancy-and-birth-twins-triplets-and-high-order-multiples-booklet/, Accessed Apr 7 2021.

Versi Terbaru

30/10/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Ada Anak Kembar? Jom Ketahui 4 Fakta Menarik Mengenai Mereka

Nak Dapat Anak Kembar Lagi Macam Dr Sheikh Muszaphar? Ada 4 Tip Boleh Cuba!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan