backup og meta

Status Rh dan Kehamilan 2: Suntikan Anti-D

Ditulis oleh Prof. Madya Dr. Thuaibah Bt Hashim · Patologi · Cyberjaya University College of Medical Sciences


Disemak pada 26/11/2019

    Status Rh dan Kehamilan 2: Suntikan Anti-D

    Bagaimana suntikan anti-D berfungsi?

    Apabila badan sudah disentitizasi, antibodi akan terus terhasil berdasarkan ‘sel-sel memori’. Maka, ia amat kritikal untuk menghalangnya daripada terus terhasil. Suntikan anti-D boleh menyelesaikan masalah ini.

    Setelah disuntik, anti-D akan bertindak segera mencari dan memusnahkan sel darah yang berada dalam aliran fetus. Keputusannya, sel darah tersebut tidak mempunyai jangka masa yang cukup untuk proses sensitizasi yang menjurus kepada penghasilan antibodi. Ini bermakna fasa kehamilan anda sekarang dan di masa hadapan adalah selamat kerana bebas penyakit rhesus.

    Apakah prosedur suntikan anti-D?

    Anti-D disuntik ke dalam otot, selalunya di bahagian atas lengan. Anda seharusnya mendapatkan suntikan tersebut pada minggu ke-28 dan 34 ketika fasa kehamilan. Terdapat dalam kes tertentu, dos yang diberikan lebih banyak berbanding biasa, selalunya di antara minggu ke-28 hingga ke-30. Ibu hamil juga perlu diberi suntikan serta-merta dalam masa 72 jam jika terdapat kebarangkalian aktiviti sensitizasi.

    Walaupun kedua anda dan bapa kepada kandungan anda merupakan rhesus negatif, anda turut memerlukan suntikan anti-D kerana terdapat kemungkinan bayi anda akan menjadi rhesus positif jika bapanya mempunyai kebarangkalian atau variasi antigen D dalam darahnya.

    Dari manakah doktor mendapat anti-D, adakah ia selamat?

    Anti-D diekstrak daripada plasma, iaitu cecair darah berwarna kuning kejernihan. Darah dengan plasma yang mengandungi anti-D diambil daripada penderma. Bagi menjadi penderma yang layak, seseorang itu haruslah berjaya melepasi dua saringan temuduga. Darah mereka kemudiannya dihantar untuk ujian saringan makmal bagi memastikan ia bebas daripada jangkitan HIV, hepatitis B, hepatitis C dan virus lain seperti varian penyakit Creutzfeldt-Jakob (vCJD).

    Anti-D selamat untuk bayi anda. amat jarang dilaporkan mengenai tindakbalas alahan oleh anti-D dalam kalangan ibu hamil. Jika ada pun, ia tidak serius. Walau bagaimanapun, anti-D mempunyai kebarangkalian immunoglobin A (IgA), pada mereka yang terdapat alahan kepada IgA, alahan yang teruk atau tindak balas anaflaktik mungkin akan berlaku. Setelah disuntik, adalah dinasihatkan untuk berehat selama 20 minit sehingga doktor merasakan anda cukup stabil.

    Apa yang berlaku setelah bayi saya dilahirkan?

    Jika darah bayi anda ternyata dalam kumpulan rhesus positif, anda akan menerima satu lagi suntikan anti-D dalam masa 72 jam selepas melahirkan bayi. Ini demi memastikan yang sistem imunisasi anda tidak bertidak balas terhadap keadaan rhesus bayi anda. Doktor juga akan mengambil sampel darah sejurus selepas melahirkan bayi untuk ujian antibodi. Semakin banyak sel darah yang mati dalam sistem anda, lebih banyak dos anti-D akan diberikan kepada anda. Dalam senario yang berbeza, jika kedua bayi dan anda mempunyai rhesus negatif, suntikan anti-D tidak diperlukan,

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Prof. Madya Dr. Thuaibah Bt Hashim

    Patologi · Cyberjaya University College of Medical Sciences


    Disemak pada 26/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan