backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Punca-punca Berlakunya Keguguran

Ditulis oleh Dian Sonnerstedt · Yoga · Yoga Alliance


Disemak pada 19/06/2023

    Punca-punca Berlakunya Keguguran

    Keguguran adalah salah satu ketakutan terbesar pada mana-mana pasangan yang sedang menantikan kelahiran bayi. Terdapat beberapa punca keguguran kandungan yang tidak boleh dielakkan.

    Namun, sesetengahnya masih boleh dikawal jika anda tahu menjaga diri dan kandungan. Baca untuk penjelasan lanjut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Punca keguguran kandungan yang tidak boleh dielakkan

    Berikut merupakan antara perkara yang boleh menyebabkan keguguran di awal kehamilan:

    Genetik

    Jika anda atau kromosom anak anda (material yang membawa komposisi genetik anda) mempunyai mutasi, anda berisiko mengalami keguguran.

    Sehingga 70 peratus keguguran berlaku semasa trimester pertama dan 20 peratus semasa trimester kedua, disebabkan halangan pada gen fetus.

    Darah beku

    Diabetes, penyakit tiroid, lupus, dan penyakit jantung, serta penyakit lain seperti jangkitan uterus, boleh menyebabkan keguguran.

    Penyakit-penyakit ini boleh menyekat aliran darah kepada uterus anda.

    Baca juga:

    Gangguan imunologi

    Gangguan imunologi (di mana sistem imun anda terlalu aktif atau kurang aktif), khususnya, boleh membawa kepada keguguran berulang.

    Secara mudahnya, tubuh anda tidak boleh menerima kehamilan.

    Ketidakseimbangan hormon

    Hormon memainkan peranan yang sangat penting dalam kehamilan. Contohnya, progesteron adalah penting dalam membantu plasenta menempel pada dinding uterus.

    Tubuh yang tidak mempunyai cukup progesteron boleh membawa kepada keguguran.

    Masalah plasenta dan serviks 

    Jika terdapat masalah dengan penempatan plasenta, atau serviks anda terlalu lemah untuk menampung fetus, maka kandungan anda berisiko untuk gugur.

    Fetus anda mungkin tidak mempunyai darah yang cukup jika terdapat masalah dengan plasenta.

    punca keguguran kandungan

    Punca keguguran kandungan yang boleh dielakkan

    Gaya hidup 

    Amalan gaya hidup yang tidak sihat boleh menyebabkan keguguran. Tabiat merokok, alkohol, dadah, dan persekitaran bertoksin boleh mempengaruhi bekalan darah dan pertumbuhan janin.

    Jika anda merancang untuk hamil, segera berhenti daripada perkara-perkara ini bagi mengelakkan berlakunya keguguran.

    Bersenam boleh membantu mengurangkan risiko keguguran dan memastikan bayi dalam kandungan sihat (dengan cara mengurangkan stres, kesakitan, risiko kencing manis semasa hamil, dan juga membina stamina untuk proses kelahiran nanti).

    Namun, sudah pasti anda tidak digalakkan untuk melakukan senaman berat seperti mengangkat benda berat.

    Ibu hamil hanya digalakkan membuat senaman ringan seperti yoga pranatal bagi membantu meningkatkan kesihatan anda semasa kehamilan.

    Ubat

    Sesetengah ubat boleh menyebabkan keguguran. Cuba elakkan pengambilan ubat misoprostol, retinoids, methotrexate dan ubat anti-radang tanpa steroid (NSAIDs) – seperti ibuprofen.

    Cara terbaik adalah, periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang ubat.

    Bila anda rancang untuk hamil

    punca keguguran kandungan

    Pada sesetengah usia, wanita mempunyai lebih risiko keguguran. Umur bakal ibu mempengaruhi keguguran:

    • Wanita yang berumur bawah 30 tahun, 1 dalam 10 kehamilan akan mengalami keguguran;
    • Wanita yang berumur bawah 35-39 tahun, sehingga 2 dalam 10 kehamilan akan mengalami keguguran;
    • Wanita yang berumur lebih 45 tahun, lebih daripada separuh kehamilan akan mengalami keguguran.

    Kesimpulan

    Keguguran boleh menjadi peristiwa yang amat dahsyat, dengan memberi kesan berpanjangan pada emosi seseorang wanita, termasuklah kemurungan, marah, takut, dan rasa bersalah.

    Namun, salah satu aspek paling sukar tentang kehilangan kehamilan adalah kurangnya pengetahuan mengenai punca keguguran kandungan.

    Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai keadaan diri semasa hamil, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Dian Sonnerstedt

    Yoga · Yoga Alliance


    Disemak pada 19/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan