Jika anda mengalami waktu bersalin panjang perkembangan bersalin anda adalah terlalu perlahan. Ini juga dipanggil sebagai “kegagalan untuk berkembang.”
Jika anda mengalami waktu bersalin panjang perkembangan bersalin anda adalah terlalu perlahan. Ini juga dipanggil sebagai “kegagalan untuk berkembang.”

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Waktu bersalin panjang meaning didiagnosis melalui penipisan dan pengembangan serviks. Waktu bersalin yang berpanjangan disifatkan sebagai sebarang proses bersalin yang berlangsung lebih daripada 20 jam.
Dalam kes kelahiran kembar, waktu bersalin panjang berlangsung lebih daripada 16 jam. Jika serviks anda mengembang kurang daripada beberapa sentimeter setiap jam, anda mungkin akan mengalami waktu bersalin yang berpanjangan.

Bersalin yang berpanjangan adalah lebih biasa terjadi dalam kalangan wanita yang mempunyai:
Selalunya, wanita yang mengambil masa panjang untuk bersalin perlu melalui pembedahan C-section. Bersalin yang berpanjangan boleh menyebabkan:
Jika anda mengalami bersalin berpanjangan, kontraksi anda akan dipantau dengan rapi. Anda mungkin perlu menjalani ujian yang dipanggil Kateter Tekanan Dalam Rahim (Intrauterine Pressure Catheter).
Semasa ujian ini, kateter kecil diletakkan ke dalam rahim, di sebelah bayi untuk mendapatkan ukuran tepat kontraksi anda. Pemantauan janin elektronik (EFM) yang berterusan adalah perlu untuk memantau kadar jantung bayi.
Selain campur tangan perubatan, terdapat langkah tertentu yang boleh anda lakukan bagi mengendalikan hal bersalin anda. Adalah lebih baik jika anda relaks dan menunggu serviks melakukan kerjanya dahulu.

Sementara itu, anda boleh cuba untuk tidur atau berjalan sekeliling dan juga mandi air suam. Perubahan posisi juga mungkin boleh membantu anda.
Jika bayi anda telah sampai di salur kelahiran, doktor mungkin akan membantu untuk mendapatkan bayi keluar, dengan menggunakan forsep atau peranti vakum.
Jika doktor fikir anda perlukan lebih atau lebih kuat kontraksi, anda akan diberikan Pitocin (oksitosin) untuk membantu kontraksi uterus. Jika kontraksi anda normal, tetapi bayi masih tidak mahu keluar lagi, anda mungkin perlukan pembedahan C-section.
Jika petanda penting ibu dan bayi dalam keadaan yang sihat, jadi tiada sebab untuk mempercepatkan C-section.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
26/08/2025
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa