backup og meta

Tab Mandian Panas Punca Ketidaksuburan Lelaki: Mitos atau Fakta?

Tab Mandian Panas Punca Ketidaksuburan Lelaki: Mitos atau Fakta?
Tab Mandian Panas Punca Ketidaksuburan Lelaki: Mitos atau Fakta?

Sedar atau tidak, golongan lelaki terdedah dengan risiko ketidaksuburan kerana sering melakukan tabiat yang boleh merisikokan kualiti sperma yang dihasilkan.

Kiraan sperma rendah adalah salah satu daripada punca biasa ketidaksuburan lelaki. Terdapat beberapa sebab mengapa kiraan sperma rendah, tetapi salah satu punca senyap berbahaya adalah pendedahan kepada haba berlebihan.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, sila klik di sini.

Bagaimana suhu boleh menjejaskan sperma anda?

Suhu ideal untuk penghasilan sperma ialah tiga hingga empat darjah di bawah suhu badan normal. Suhu yang lebih tinggi mengganggu pengeluaran sperma. Jadi, pendedahan kerap kepada air panas boleh menyebabkan pengurangan kiraan sperma.

Mana-mana suhu yang lebih panas akan memberi kesan kepada kiraan sperma anda, dengan menurunkan kira-kira 40 peratus pada setiap kenaikan satu darjah. Pemanasan berlebihan yang tidak kekal pada buah zakar boleh memberikan kesan yang sama dengan pendedahan kepada sauna, tab mandian panas, dan mandian air panas.

Cara mengatasi ketidaksuburan lelaki

ketidaksuburan lelaki
Elakkan dari melakukan perkara yang boleh menganggu kesuburan anda.

Cara mengatasi mandul #1 Elakkan dari kerap menunggang basikal dan memakai pakaian yang ketat

Hal ini kerana, ia boleh memberikan pemanasan sementara, walaupun pemakaian seluar dalam ketat bukanlah punca rasmi yang menyebabkan kenaikan suhu testis.

#2 Persekitaran kerja dan iklim

Faktor kerja dan iklim boleh menyebabkan ketidaksuburan lelaki.

Kiraan sperma ialah kira-kira 30 peratus rendah pada musim panas. Bekerja dalam persekitaran yang tinggi, seperti di tempat peleburan atau bakeri, juga boleh meningkatkan suhu testis anda.

Anda boleh bertanyakan kepada pengurus anda jika ada sebarang penyelesaian untuk menurunkan jumlah haba yang anda kerap terdedah. Contohnya, mungkin anda boleh mendapat waktu rehat tambahan, atau bekerja di kawasan yang berbeza selama beberapa bulan.

Cara mengatasi mandul #3 Duduk dalm tempoh yang lama

Sebagai tambahan, pendedahan kepada haba dalam tempoh masa yang panjang, seperti waktu duduk yang lama, boleh menyebabkan kesuburan merosot secara kekal.

ketidaksuburan lelaki
Cara memilih seluar dalam terbaik mengikut tubuh badan anda.

Perlukah anda risau?

Berkenaan pendedahan kepada air panas seperti sauna, dan mandian tab, secara amnya ia dipercayai, sperma boleh pulih dengan cepat jika terdedah kepada haba tersebut. Ia hanya mengambil masa kira-kira seminggu untuk sperma lelaki kembali ke keadaan normal.

Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya ada satu kajian yang menunjukkan bahawa proses menghasilkan sperma adalah mengambila masa tiga bulan.

Jadi, kiraan penghasilan sperma biasa mungkin berlaku sehinggalah selepas tiga bulan.

Jik anda ingin bergelar bapa secepat mungkin, ya, anda perlu risau mengenai kesuburan anda!

Anda boleh memilih untuk berendam atau mandi dengan air biasa atau sejuk dan elakkan dari melakukan perkara yang boleh mengganggu ketidaksuburan lelaki.

Hal ini kerana, kiraan sperma menurun apabila kemaluan anda terdedah pada suhu yang tinggi. Meskipun benar bahawa haba berkait dengan pendedahan tab mandian panas boleh mempengaruhi kiraan sperma dan kualitinya.

Namun, anda tidak perlu bimbang terhadap penggunaan air panas kecuali jika anda memang melakukannya dalam masa yang panjang dan setiap hari.

Kesimpulan

Semoga perkongsian ini dapat menambah pengetahuan anda mengenai ketidaksuburan lelaki dan hubungan dengan mandi air panas kerana tidak dinafikan ia memberi kesan kepada ketidaksuburan lelaki. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi membantu mengenal pasti kualiti sperma anda dan membantu pemulihan untuk mendapatkan zuriat. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

How Heat May Affect Male Infertility.
http://www.parentingweekly.com/preconception/preconception_information/heat_and_male_infertility.htm. Accessed November 29, 2016.

Dads-to-be. how your lifestyle can affect your fertility.
http://www.babycentre.co.uk/a564482/dads-to-be-how-your-lifestyle-can-affect-your-fertility#ixzz4RKB9uzmZ. Accessed November 29, 2016.

Versi Terbaru

03/03/2025

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Norhanan Abdul Latip


Artikel Berkaitan

Zakar Bengkok Ke Kiri Semasa Ereksi, Normal Atau Tanda Penyakit Peyronie?

Wahai Kaum Adam, Ini 6 Ujian Saringan Kesihatan Yang Wajib Anda Jalani!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan