Anda juga harus memilih tempat yang selamat untuk bercakap dengan mereka dan pastikan anda mempunyai masa yang cukup untuk berbincang dengan rakan anda mengenai isu tersebut. Mangsa akan secara sukarela untuk berkongsi jika mereka merasa selamat dan mempercayai anda dapat merahsiakan apa yang berlaku terhadap mereka.
Persoalan seperti, “Saya risaukan awak kerana kita tidak dapat berjumpa dengan lebih kerap” atau “Anda kelihatan tidak gembira kebelakangan ini”, merupakan idea yang baik untuk memulakan perbualan.
Mempercayai apa yang dikatakan
Dalam kebanyakan kes keganasan rumah tangga, anda biasanya mengenali mangsa dan pendera. Anda akan merasa sukar untuk membayangkan seseorang yang anda kenali boleh bertindak ganas. Tetapi, individu yang ganas mungkin mempamerkan tingkah laku berbeza dari apa yang dilalui mangsa. Jadi ia adalah penting untuk anda mempercaya apa yang dikatakan oleh rakan anda. Mereka kerap menganggap ia perkara remeh daripada memperbesarkan isu tersebut. Ini adalah kebenarannya, terutama pada wanita. Kebanyakan khalayak sukar untuk mempercayai wanita, apabila dia pertama kali mendedahkan penderaan yang berlaku, yang menyebabkan mereka ragu-ragu untuk berkongsi dengan individu lain.
Bantu, bukan mengkritik
Jangan menghakimi atau mengkritik apa yang dikatakan rakan anda. Jangan beritahu mereka yang perlu mereka lakukan tetapi sebaliknya bantu mereka mengenalpasti pilihan yang ada. Sebaiknya, jangan menyuruh mereka untuk meninggalkan pendera atau mengkritik jika mereka memilih untuk terus bersama pendera.
Walaupun, anda mungkin mereka untuk meninggalkan dan menjauhi pendera, biarkan mereka untuk membuat keputusan mengikut keselesaan mereka. Kajian menunjukkan mangsa penderaan lebih mudah diserang pada ketika perpisahan atau selepas mereka menjauhi dan meninggalkan pendera.
Beritahu mereka tentang pertubuhan yang boleh membantu
Anda patut memberitahu mereka bahawa terdapat organisasi yang boleh membantu, termasuk perkhidmatan yang dapat membantu mereka untuk melepaskan diri dari pendera sekiranya itu yang mereka mahukan. Dalam kes kecemasan, anda perlu mendapatkan bantuan profesional dan menggalakkan rakan anda untuk melakukannya demi diri mereka sendiri.
Beritahu rakan anda jika anda fikir mereka mungkin perlu mendapatkan nasihat profesional melalui anda. Anda perlu memastikan mereka bahawa anda boleh berbincang tentang situasi yang dihadapi mereka dengan organisasi profesional tanpa mendedahkan nama atau butiran diri.
Amat digalakkan untuk menegaskan bahawa mereka mempunyai hak untuk hidup bebas daripada keganasan. Jika mereka mahu pergi ke tempat yang selamat atau perlindungan, sokonglah keputusan mereka dan dapatkan bantuan polis jika rakan anda berada dalam keadaan bahaya.
Ramai yang merasakan bahawa keganasan rumah tangga adalah satu isu peribadi, yang harus diselesaikan secara senyap. Sebaliknya, penderaan domestik adalah satu jenayah yang menjejaskan masyarakat dan ia tidak boleh diterima. Jika anda mengetahui bahawa rakan anda menghadapi keadaan demikian, adalah penting untuk anda cuba memberikan sokongan dan membantu mereka dengan cara yang betul dan terbaik.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen