Ibu Hamil, Jaga Berat Badan Jangan Sampai Obes! Risiko Bukan Hanya Pada Anda, Tapi Juga Bayi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Obesiti dan masalah berat badan berlebihan dalam kalangan wanita hamil menjadi salah satu keadaan kesihatan wanita yang paling penting.

Kira-kira satu pertiga daripada golongan wanita yang mengandung mempunyai berat badan berlebihan mahupun obesiti.

Bagi para wanita daripada kumpulan ini, kehamilan sebegini dikaitkan dengan kehamilan berisiko bagi kedua-dua pihak, ibu dan anak dalam kandungan.

Mempunyai indeks jisim badan (BMI) yang tinggi semasa mengandung boleh memberikan kesan yang besar kepada kesihatan anda dan juga kesihatan bayi dalam kandungan.

Kesan berat badan yang berlebihan terhadap kesihatan kandungan

Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan atau masalah obesiti semasa kehamilan, anda cenderung mengalami komplikasi berikut:

  • Masalah tekanan darah tinggi, preeklampsia dan darah beku

risiko-tekanan-darah-tinggi

Tekanan darah tinggi adalah apabila daya tekanan darah ke dinding saluran darah menjadi terlalu tinggi.

Preeklampsia adalah keadaan yang boleh berlaku selepas minggu ke-20 kehamilan diiringi oleh proteinuria (protein berlebihan di dalam air kencing) atau lain-lain tanda kerosakan organ multisistemik.

Ini berlaku ketika seorang wanita hamil mempunyai tekanan darah tinggi dan menjadi petanda bahawa beberapa organ dalam badan, seperti buah pinggang dan hati tidak berfungsi dengan baik.

Masalah pembekuan darah akan menyekat aliran darah pada saluran darah.

  • Kencing manis semasa mengandung

Ini adalah sejenis diabetes yang berlaku kepada beberapa wanita semasa kehamilan.

Diabetes terjadi apabila badan anda mempunyai terlalu banyak gula (disebut glukosa) di dalam darah.

Kehamilan melewati tarikh akhir dan masalah semasa bersalin dan kelahiran, termasuk masalah dengan anestesia (ubat sakit).

Kelahiran secara caesar akan menyebabkan bayi anda dilahirkan melalui pembedahan yang dibuat oleh doktor di bahagian perut dan rahim.

Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan ataupun obesiti, kemungkinan besar anda mengalami komplikasi dari pembedahan caesar adalah tinggi, seperti jangkitan atau kehilangan darah yang banyak.

  • Keguguran atau stillbirth

Keguguran berlaku ketika bayi mati di dalam rahim sebelum mencecah minggu ke-20 kehamilan.

Sebilangan wanita mengalami keguguran sebelum mengetahui bahawa mereka sebenarnya sedang hamil.

Masa pemulihan akibat keguguran akan mengambil jangka masa selama beberapa minggu hingga sebulan atau lebih.

Stillbirth pula terjadi apabila seorang wanita melahirkan bayi yang telah mati setelah 20 minggu usia kehamilan.

Sekiranya anda mengalami masalah berat badan, kemungkinan besar anda mendapat komplikasi lain, termasuk:

  • Jangkitan semasa kehamilan, seperti jangkitan saluran kencing
  • Gangguan tidur yang disebut apnea tidur obstruktif. Ini adalah ketika pernafasan anda berhenti semasa anda sedang tidur
  • Masalah pembekuan darah berbahaya yang disebut tromboembolisme vena (juga disebut VTE). Ini adalah akibat darah yang membeku pecah dan mengalir melalui darah anda ke organ badan seperti otak, paru-paru atau jantung. Ini boleh menyebabkan strok ataupun serangan jantung
  • Masalah dengan penyusuan susu ibu

Apa yang boleh anda lakukan bagi menjamin kehamilan yang sihat dan berat badan yang terkawal?

Sebelum mengandung, pastikan anda dapatkan pemeriksaan awal, pergi ke mana-mana klinik atau hospital untuk melakukan pemeriksaan.

Doktor mahupun golongan profesional akan memberikan khidmat nasihat kepada anda mengenai cara-cara menurunkan berat badan secara selamat dan sihat.

Mencuba untuk menurunkan berat badan sebelum kehamilan adalah langkah yang terbaik untuk anda dan bayi dalam kandungan.

  • Dapatkan rawatan pranatal awal dan berkala

Penjagaan pranatal adalah rawatan perubatan yang anda perlu dapatkan semasa mengandung.

Amalkan untuk pergi ke tempat pemeriksaan bagi pemeriksaan pranatal, walaupun anda mungkin berasa sihat.

Kebiasaannya, doktor anda akan memberi ujian pranatal, seperti ujian saringan glukosa untuk diabetes dan ultrasound bagi mendapatkan gambaran mengenai bayi anda di dalam kandungan.

  • Makan makanan yang sihat

makanan sihat

Bercakap dengan doktor atau pakar pemakanan untuk membantu dalam merancang pemakanan anda.

Ini dapat membantu anda membuat rancangan makan yang berkhasiat dan cukup zat berdasarkan usia, berat badan, ketinggian dan aktiviti fizikal anda.

Anda tidak boleh berdiet

Jika anda cuba berdiet semasa hamil. ia akan mengurangkan nutrien yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan anda untuk pertumbuhan dan perkembangan janin yang sihat.

Pastikan anda tidak mencuba untuk mengekalkan berat badan yang sama atau menurunkan berat badan terutamanya semasa mengandung.

Adakah Anda Sedang Menambah Berat Semasa Hamil?

Jom semak pertambahan berat badan ibu yang normal sewaktu mengandung

Semak Sekarang!
parenting

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Stres! Tiap Kali DATANG BULAN Mesti Berat Badan Naik, Ini Faktor Wanita Gemuk Ketika Period

Apabila menimbang berat badan hari-hari biasa hasilnya normal sahaja, tetapi ketika 'datang bulan', angka terus naik! Pernahkah anda mengalami situasi ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 06/01/2021 . 3 minit bacaan

Ini Cara Mudah Elak Anak Obes Apabila Besar, Ibu Kena Berikan Si Manja Susu Badan Eksklusif

Kebaikan penyusuan susu ibu sama ada pada anak mahupun ibu itu sendiri sudah diketahui. Tetapi benarkah susu badan kurangkan risiko obesiti pada si manja?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penyusuan Badan 06/01/2021 . 3 minit bacaan

Info Lengkap Mengenai Inkontinen Urin: Punca, Jenis & Cara Mencegahnya

Keinginan untuk membuang air kecil secara tiba-tiba atau kerap dan ketidakupayaan mengawal pundi kencing merupakan masalah berkaitan inkontinen urin.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Masalah Pundi Kencing, Urologi 05/01/2021 . 3 minit bacaan

Layan Betul Makan Mi Segera Sambil Tonton Drama Korea, Tapi AWAS, Bahaya Untuk Kesihatan!

Siapa yang tak pernah makan mi segera? Namun, adakah benar jika dimakan terlalu kerap boleh menyebabkan masalah kesihatan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan Sihat 04/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kalori per hari untuk diet

Psssttt.. Ini Rahsia Nak Kurus! Jaga Pengambilan KALORI Harian, Ikut Cara Ini Pasti Jadi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan
minyak kelapa dara dan santan

FAKTA! Santan & Minyak Kelapa Dara VCO Berkalori Tinggi, Jadi Sila Ambil Berpada-pada

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 13/01/2021 . 3 minit bacaan
petua hilangkan selsema

Suntikan Flu, Paracetamol & Ibuprofen: Ini Pilihan Selamat Rawat Selesema & Flu Ketika Hamil

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 08/01/2021 . 3 minit bacaan
sakit belakang semasa mengandung

Tanpa Ubat, Atasi Sakit Belakang Semasa Mengandung Dengan 3 Teknik Regangan Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan