backup og meta

5 Jenis Ubat Tonsil Bengkak Yang Biasa Doktor Preskripsi, Lozeng Termasuk Atau Tidak?

Ramai individu percaya bahawa cuma ada satu cara untuk merawat tonsil yang membengkak iaitu pembedahan. Ya, mungkin benar tetapi anda juga perlu tahu jika ubat tonsil bengkak turut membantu.

5 Jenis Ubat Tonsil Bengkak Yang Biasa Doktor Preskripsi, Lozeng Termasuk Atau Tidak?

Persoalannya, apa contoh ubat tonsil bengkak yang anda boleh cuba? Jom baca artikel untuk tahu lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang ENT, anda juga boleh klik di sini.

Apa yang akan berlaku jika tonsil membengkak?

Buat anda yang belum tahu, tonsil adalah sebuah organ kecil yang berada di belakang kerongkong tetapi memainkan fungsi besar dalam melindungi tubuh badan daripada anasir-anasir buruk.

Tidak cuma itu, ia turut berfungsi bagi membantu menghasilkan sel darah putih dan antibodi tubuh badan sekali gus menguatkan lagi sistem imun dalam usaha melawan jangkitan dari mikrob.

Pun begitu, bakal muncul masalah besar andai terdapat masalah pada tonsil yang membengkak atau tonsilitis!

ubat tonsil bengkak

Sebenarnya, tonsilitis terjadi akibat jangkitan virus atau kuman yang membuat organ ini membengkak, merengsa dan meradang lantas mendatangkan kesakitan dan keperitan melampau pada tekak.

Jika anda tidak rawat atau ambil ubat tonsil bengkak, kondisi ini mungkin boleh menimbulkan impak negatif kepada organ lain seperti ginjal, paru-paru atau jantung lalu menjejaskan kesihatan.

Prosedur tonsilektomi jalan terbaik atau terakhir?

Kebanyakan individu cenderung untuk membiarkan ketidakselesaan di tonsil jika ia masih di peringkat awal. Namun, prosedur pembedahan mungkin perlu dibuat kalau sudah di tahap yang kronik.

Prosedur yang dinamakan tonsilektomi mungkin harus dilakukan apabila ia sudah berlaku dengan teruk dan berulang banyak kali. Caranya, adalah dengan membedah dan membuang tonsil tersebut.

Apa yang bakal terjadi selepas tonsil dibuang? Adakah ia boleh tumbuh semula? Ya, ada kemungkinan untuk itu kalau masih wujud sebahagian tisu organ ini yang tertinggal selepas prosedur terbabit.

Sama ada ia tumbuh separuh atau penuh kembali seperti sedia kala, itu bukan persoalan utama. Ini kerana anda perlu lebih fokus kepada jangkitan yang mungkin boleh terjadi semula selepas rawatan.

ubat tonsil bengkak

Persoalannya, apa ubat tonsil bengkak yang doktor akan cadangkan preskripsikan untuk melawan infeksi ini?

Ubat tonsil bengkak yang membantu merawat!

Jika tidak didiagnosis oleh pakar, ramai orang mungkin akan menyangka bahawa ia adalah masalah sakit tekak yang biasa sahaja. Kesannya, anda akan gagal untuk merawat kondisi ini dengan baik.

Ini kerana rawatan untuk sakit tekak seperti banyak meminum air kosong, mengunyah gula-gula lozeng dan lain-lain bukan cara yang terbaik sebaliknya cuma mungkin memberi kelegaan sementara.

Bergantung kepada tahap kebengkakan, anda mungkin boleh merawat kondisi ini dengan cara mengambil ubat:

  • Antibiotik – Jika tonsilitis terjadi akibat jangkitan bakteria, ia mungkin boleh membantu. Individu yang ada alahan penisilin pula akan menerima preskripsi ubat alternatif.
  • Aspirin – Diambil untuk membantu merawat gejala lain tetapi tidak sesuai bagi kanak-kanak dan remaja kerana ada risiko kondisi sindrom Reyes.
  • Acetaminophen – Diambil untuk melegakan kesakitan dan keradangan pada tekak akibat tonsilitis.
  • Ibuprofen – Diambil untuk melegakan kesakitan dan keradangan pada tekak akibat tonsilitis.
  • Paracetamol – Diambil bagi meredakan demam dan sakit tekak angkara tonsilitis di tahap ringan dan sederhana.

ubat tonsil bengkak

Mungkin juga ada beberapa jenis ubat lain yang berkesan untuk membantu merawat kondisi ini. Sebaiknya, dapatkan maklumat dan nasihat pakar sebelum mencuba sebarang cara hilangkan bengkak tonsil.

Benarkah jika ada gula-gula lozeng yang berkesan?

Sebenarnya, kini sudah ada gula-gula lozeng dengan ciri antiradang dan antibakteria yang ekstra di mana ia mungkin boleh membantu merawat tonsilitis. Namun, itu juga bukan satu jaminan tinggi buat anda.

Ini kerana lozeng sebegini memang benar mampu melegakan gejala tetapi untuk menghilangkan infeksi itu agak jauh sekali terutama jika kondisi tonsilitis itu terjadi gara-gara jangkitan mikrob yang lebih kuat.

Dalam erti kata lebih mudah, tiada gula-gula, air atau apa-apa sahaja rawatan tradisional untuk tonsil bengkak kecuali ubatan. Jadi, dapatkan perhatian daripada doktor dengan kadar segera untuk lebih pasti ya!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Tonsillitis, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/21146-tonsillitis, Accessed Sep 13 2023.
  2. Tonsillitis, https://familydoctor.org/condition/tonsillitis/, Accessed Sep 13 2023.
  3. Tonsillitis, https://www.nyp.org/primary-care/tonsillitis/treatment, Accessed Sep 13 2023.
  4. Tonsillectomy, https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/tonsillectomy/about/pac-20395141, Accessed Sep 13 2023.
  5. Sore throats suck. Do throat lozenges help at all?, https://www.uq.edu.au/news/article/2022/07/sore-throats-suck-do-throat-lozenges-help-all, Accessed Sep 13 2023.

Versi Terbaru

22/09/2026

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

5 Punca Tekak Rasa Perit, Ada Simptom Berbahaya Sampai Kena Jumpa Doktor!

Sakit Tekak? Legakannya Dengan 6 Cara Mudah Ini, No. 4 Wajib Buat!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 4 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan