backup og meta

12 Jenis Ubat Selesema Paling Berkesan Anda Boleh Guna, Ada Juga Untuk Kanak-Kanak!

Selesema adalah penyakit biasa yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Ia mungkin bermusim, dan boleh juga berlaku disebabkan punca-punca lain. Bagi anda yang ingin tahu apakah jenis-jenis ubat selsema paling berkesan, sila lihat penerangan kami di bawah ini. 

12 Jenis Ubat Selesema Paling Berkesan Anda Boleh Guna, Ada Juga Untuk Kanak-Kanak!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan ENT, anda boleh klik di sini.

Selesema boleh berlaku kepada sesiapa sahaja

Siapa yang tidak pernah mengalami selesema? Ia adalah penyakit biasa yang boleh dialami oleh semua peringkat umur.

Selesema adalah satu penyakit yang sering dianggap remeh tetapi boleh memberi kesan negatif kepada kualiti hidup seseorang.

ubat selsema paling berkesan
Antara jenis-jenis jangkitan yang boleh menyebabkan selesema

Ia boleh disebabkan oleh pelbagai jenis virus dan biasanya menyerang apabila sistem imun seseorang sedang lemah.

Faktor-faktor risiko bagi penyakit selesema termasuklah cuaca sejuk, keletihan, dan stres.

Walaupun ia mungkin tidak begitu serius, gejala selesema seperti hidung tersumbat, sakit tekak, dan batuk boleh menjadi sangat menyakitkan dan boleh mengganggu rutin harian anda. 

7 jenis ubat selsema paling berkesan di farmasi

ubat selsema paling berkesan
Ibuprofen boleh digunakan untuk merawat demam dan selesema

Terdapat pelbagai jenis ubat selsema yang boleh anda gunakan. Ia mengikut kepada keperluan dan pilihan anda sendiri.

Jika anda pergi ke farmasi berdekatan dengan kediaman anda, anda boleh memilih salah satu daripada 7 jenis ubat selsema paling berkesan seperti di bawah ini: 

  • Paracetamol: Ubat selsema paling berkesan ini bukan hanya berfungsi meredakan demam, tetapi juga membantu mengurangkan sakit kepala dan kelesuan yang disebabkan oleh selesema.
  • Ibuprofen: Selain meredakan inflamasi, ia juga efektif dalam mengurangkan rasa sakit dan demam.
  • Dekstrometorfan: Ia adalah sejenis ubat batuk yang berkesan untuk meredakan batuk kering dan gatal-gatal pada tekak. Boleh dimakan ketika selesema.
  • Guaifenesin: Ubat ini membantu melegakan batuk berkahak dengan mencairkan kahak dan memudahkan proses pengeluarannya. 
  • Ubat selsema cetirizine: Ubat selsema cetirizine merupakan sejenis antihistamin yang berkesan untuk mengurangkan alahan dan gejala selesema.
  • Loratadine: Sama seperti cetirizine, ia juga adalah sejenis antihistamin yang membantu mengurangkan gejala alahan dan selesema. Ini adalah ubat selsema mengantuk.
  • Fenilefrin: Ubat ini berkesan dalam melegakan hidung tersumbat dan memudahkan pernafasan ketika selesema berlaku.

5 jenis ubat selsema paling berkesan untuk kanak-kanak

ubat selsema paling berkesan
Acetaminophen antara ubat yang biasa digunakan untuk selesema

Ubat selsema kanak-kanak sedikit berbeza daripada ubat orang dewasa disebabkan kandungannya yang lebih mesra dengan individu yang masih muda.

Berikut adalah beberapa jenis ubat selsema paling berkesan yang sesuai digunakan untuk anak anda di rumah. 

  • Acetaminophen: Ubat ini selamat digunakan untuk kanak-kanak dan berkesan dalam meredakan demam dan kesakitan akibat selesema.
  • Diphenhydramine: Ia adalah sejenis antihistamin yang selamat untuk kanak-kanak. Ia membantu meredakan gejala alahan dan juga selesema.
  • Brompheniramine: Sama seperti diphenhydramine, ia juga adalah sejenis antihistamin yang berkesan dan sesuai untuk anak kecil.
  • Dextromethorphan: Dalam dos yang sesuai, ubat ini boleh membantu meredakan batuk pada kanak-kanak ketika mereka mengalami selesema.
  • Guaifenesin: Dalam dos yang sesuai, ia membantu meredakan batuk berkahak pada kanak-kanak ketika selesema.

Kesimpulan

Mengalami selsema sememangnya boleh menjadi satu keadaan yang tidak menyenangkan. Namun begitu, dengan pengetahuan yang tepat tentang ubat-ubatan yang ada di pasaran, ia boleh diurus dengan lebih efektif.

Anda perlu memilih jenis ubat yang sesuai berdasarkan gejala spesifik dan keperluan individu seperti ubat selsema budak paling berkesan.

Peringatan!

Jangan lupa untuk berbincang dengan doktor atau ahli farmasi sebelum memulakan sebarang rawatan, terutamanya untuk kanak-kanak.

Ini untuk memastikan keselamatan dan keberkesanan ubat tersebut sebelum diberikan kepada kanak-kanak kecil. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Medicines for cold and flu. https://www.healthdirect.gov.au/medicines-for-colds-and-flu. Diakses pada Oktober 18, 2023. 

Cold and Cough Medicines. https://medlineplus.gov/coldandcoughmedicines.html. Diakses pada Oktober 18, 2023.

Cough And Cold Medicines. https://www.nationwidechildrens.org/family-resources-education/health-wellness-and-safety-resources/helping-hands/cough-and-cold-medicine-over-the-counter-otc. Diakses pada Oktober 18, 2023.

Common Cold. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/12342-common-cold. Diakses pada Oktober 18, 2023.

Common Cold. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/common-cold. Diakses pada Oktober 18, 2023.

Versi Terbaru

22/09/2026

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Hidung Tersumbat Buat Anda Susah Untuk Bernafas, Ikut Cara Berkesan Ini Atasinya!

5 Cara Hilangkan Selesema Yang Paling Mudah Dan Memang Berkesan, Jom Cuba!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 10 jam lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan