backup og meta

Makan Sikit Saja Tapi Cepat Kenyang? 9 Penyakit Ini Mungkin Puncanya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 03/01/2023

    Makan Sikit Saja Tapi Cepat Kenyang? 9 Penyakit Ini Mungkin Puncanya!

    Mungkin ramai suka ambil mudah dengan simptom cepat kenyang. Puncanya ada pelbagai dan yang paling teruk, ada yang mungkin menghidap kanser perut!

    Tetapi jangan pula anda anggap sesiapa yang mudah kenyang itu pasti menghidap masalah kanser.

    Seperti keadaan kesihatan yang lain, kanser perut mempunyai tanda lain yang boleh menjadi ‘klu’ kepada doktor untuk mencapai diagnosis tersebut.

    Pada kebanyakan masa, simptom kenyang cepat tidak mempunyai punca yang jelas.

    Artikel ini akan membincangkan sedikit sebanyak sebab mengapa seseorang itu mudah kenyang walau hanya makan sedikit makanan.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser, sila dapatkannya di sini.

    Apa yang menyebabkan saya mudah berasa kenyang?

    Sebelum kita pergi lebih lanjut berkenaan dengan masalah kesihatan yang berkait dengan simptom ini, anda perlu tahu setiap individu mempunyai keperluan kalori yang berbeza.

    Apa yang normal untuk A, tidak semestinya normal untuk B.

    Saiz pengambilan makanan bagi setiap individu boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti:

    1. Usia. 
    2. Jantina. 
    3. Gen. 
    4. Tinggi. 
    5. Berat. 
    6. Apa yang telah anda makan. 
    7. Kekerapan anda makan dalam masa sehari. 

    Selain daripada faktor tersenarai, aktiviti harian anda juga boleh mempengaruhi jumlah keperluan kalori.

    Bagi yang mudah berasa kenyang walaupun belum mencapai nilai kalori saranan, individu tersebut dikatakan mengalami simptom mudah kenyang.

    Secara umumnya, apa jua keadaan yang boleh merencatkan keupayaan badan untuk mengosongkan perut atau melambatkan proses pengosongan selepas makanan dicerna, boleh menyebabkan anda berasa mudah kenyang.

    #1 Gastroparesis, lazim didiagnosis jika perut mudah terasa sebu

    cepat kenyang

    Ini merupakan keadaan lazim yang menyebabkan seseorang itu mudah berasa kenyang.

    Puncanya masih tidak diketahui dan mereka yang mengalaminya mudah kenyang berikutan makanan berada di dalam perut mereka lebih lama daripada yang sepatutnya.

    Menurut Institut Kesihatan di Amerika Syarikat, kencing manis merupakan punca lazim berlakunya masalah gastroparesis.

    Ia boleh menyebabkan kerosakan saraf yang mengawal koordinasi pergerakan makanan di dalam perut.

    Penyakit lain yang turut boleh menyebabkan masalah gastroparesis adalah:

    1. Penyakit Parkinson. 
    2. Sklerosis berbilang. 
    3. Anoreksia. 
    4. Pembedahan usus. 
    5. Kesan sampingan ubat. 

    Sekiranya anda mengalami masalah gastroparesis, kebiasaannya, anda turut akan menunjukkan simptom lain seperti:

    1. Kekembungan. 
    2. Loya. 
    3. Pedih ulu hati. 
    4. Sakit perut. 
    5. Hilang selera makan.

    #2 Kanser perut punca anda cepat kenyang

    Bukan kanser perut sahaja yang boleh menyebabkan masalah cepat kenyang. Pelbagai jenis kanser lain terutamanya jika anda berada pada tahap lewat boleh menyebabkan simptom tersebut.

    Gejala yang boleh dialami berikutan masalah kanser perut kebiasaannya tidak spesifik kepada penyakit itu sendiri.

    Pada awalnya, anda mungkin menunjukkan simptom yang hampir sama dengan masalah ulser perut.

    Namun apabila ketumbuhan di dalam perut sudah semakin membesar sehingga ia mengisi kawasan pilorik perut, anda lebih mudah untuk berasa kenyang walaupun hanya makan sedikit.

    Ketumbuhan tersebut menyebabkan perut anda kelihatan seperti ‘hampir penuh’ dengan makanan walhal ia tidak sebegitu. 

    Mereka yang cepat kenyang akibat kanser kebiasaannya turut mengalami penurunan berat badan mendadak, anoreksia dan perubahan rasa.

    #3 Sindrom usus iritabel/rengsa

    cepat kenyang

    Sindrom usus iritabel (IBS) adalah penyakit yang mengganggu fungsi usus besar dan boleh menyebabkan simptom sakit abdomen.

    Ia juga merupakan salah satu daripada penyakit yang boleh menyebabkan simptom cepat kenyang dalam kalangan penghidap.

    Gejala lain yang boleh dialami adalah:

    1. Kram perut. 
    2. Kekembungan. 
    3. Gas. 
    4. Cirit-birit.
    5. Sembelit. 

    Namun anda perlu ingat, bukan semua penghidap akan menunjukkan gejala yang sama seperti cepat kenyang. 

    Oleh itu penting buat anda untuk mendapatkan pertolongan profesional bagi mengesahkan diagnosis dan memulakan rawatan sekiranya perlu.

    Punca lain yang menyebabkan anda mudah kenyang

    Selain daripada apa yang tersenarai di atas, penyakit berikut juga boleh menyebabkan anda cepat kenyang:

  • Ulser perut. 
  • Penyakit refluks gastroesofagus (GERD).
  • Halangan pada bukaan keluar perut. 
  • Sembelit. 
  • Asitis, kumpulan cecair di dalam abdomen. 
  • Organ hati besar. 
  • Pada kebanyakan masa, simptom ini boleh menyebabkan rasa tidak selesa. Namun jika anda mengalami simptom seperti berikut, sila rujuk doktor dengan kadar segera.

    1. Muntah berdarah atau tidak berdarah. 
    2. Najis hitam. 
    3. Sakit abdomen. 
    4. Demam dan seram sejuk. 

    Konklusi

    Terdapat pelbagai sebab mengapa seseorang itu mudah berasa kenyang, bukan berpunca daripada kanser sahaja.

    Jika perkara ini mempengaruhi kualiti hidup anda, sila rujuk kepada doktor dengan kadar segera untuk khidmat nasihat kesihatan dan rawatan jika perlu.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 03/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan