home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Kanser Payudara Metastatik Mungkin Boleh Jadi Punca Pneumonia? Apa Kaitanya?

Kanser Payudara Metastatik Mungkin Boleh Jadi Punca Pneumonia? Apa Kaitanya?

Benarkah kanser payudara metastatik menyebabkan pneumonia? Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu dengan lebih mendalam lagi!

Bagi individu sihat, radang paru-paru menjadi satu keadaan yang sukar untuk dirawat.

Apabila menjalani rawatan, ia lebih melemahkan keupayaan tubuh untuk melawan jangkitan dan menyebabkan ia menjadi lebih serius.

Manakala rawatan awal bagi peringkat awal kanser payudara tidak menghilangkan semua sel kanser malah ianya boleh meningkatkan risiko pneumonia.

Apa itu pneumonia?

Pneumonia adalah jangkitan kantung udara di dalam paru-paru anda.

Jangkitan ini menyebabkan keradangan (pembengkakan) tisu paru-paru dan boleh menjejaskan pernafasan dan pertukaran oksigen.

Jangkitan ini biasanya disebabkan oleh bakteria, tetapi juga boleh disebabkan oleh virus atau kulat.

Pneumonia boleh menjejaskan satu atau kedua-dua paru-paru.

Bagaimana kanser payudara merebak ke paru-paru?

kanser payudara metastatik

Pada tahap 4 kanser payudara atau metastatik, sel-sel kanser telah menyerang organ lain di dalam tubuh.

Tiga faktor yang menyebabkan radang paru-paru terhadap penghidap kanser payudara metastatik adalah:

i) Metastasis

Tahap kanser payudara menggambarkan bagaimana kanser payudara berkembang atau sejauh mana ia telah tersebar.

Kanser payudara tahap 4 bermakna kanser payudara telah merebak di luar payudara.

Apabila sel-sel kanser mencapai nodus limfa, kanser boleh merebak ke tempat yang lebih jauh seperti tulang, paru-paru, hati atau otak.

Jika kanser merebak ke paru-paru, ia boleh menjejaskan kemampuan paru-paru untuk berfungsi.

Bendalir dan organisma penyebab pneumonia terperangkap dalam paru-paru dan menyebabkan kesukaran pernafasan.

ii) Pneumonia sebagai komplikasi pasca operasi

Orang yang mengalami kanser payudara mungkin menjalani pembedahan dalam usaha untuk mengeluarkan kanser atau merawat komplikasi yang berkaitan dengannya.

Malangnya, pembedahan meletakkan beban tambahan pada tubuh yang sudah lemah.

Penghidap kanser payudara yang menjalani pembedahan boleh mengalami pneumonia beberapa minggu atau bulan selepasnya.

Bagaimanapun, ini adalah komplikasi yang sangat jarang berlaku.

kanser payudara metastatik

iii) Radiasi rawatan

Rawatan rawatan untuk payudara atau tisu dan tulang yang berdekatan boleh meningkatkan risiko penyakit cryptogenic pneumonia (COP), yang dahulu disebut bronchiolitis obliterans pneumonia.

Radiasi rawatan boleh menyebabkan COP, walaupun ini jarang berlaku.

Simptomnya termasuk batuk, sesak nafas dan demam.

Merawat pneumonia

Pneumonia kanser payudara tahap 4 boleh dirawat, tetapi pesakit kanser mempunyai sistem kekebalan tubuh yang lemah sehingga mereka mempunyai risiko komplikasi yang lebih tinggi dan mungkin perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

Rawatan biasa untuk radang paru-paru termasuk:

  • Antibiotik – Merawat radang paru-paru yang disebabkan oleh bakteria (beberapa jenis bakteria boleh menyebabkan radang paru-paru, jadi doktor anda perlu melakukan ujian untuk menentukan jenis antibiotik yang anda perlukan).
  • Ubat antikulat – Merawat radang paru-paru yang disebabkan oleh jangkitan kulat.
  • Virus radang paru-paru biasanya dirawat dengan langkah-langkah yang menyokong seperti cecair, oksigen jika diperlukan, serta ubat-ubatan yang membantu melegakan simptom pneumonia seperti demam dan batuk.
  • Ubat batuk – Membantu melegakan simptom biasa ini dan ubat-ubatan over-the-counter seperti ibuprofen dan aspirin untuk mengurangkan demam dan ketidakselesaan yang berkaitan dengan radang paru-paru.

Sesetengah pesakit boleh dirawat dengan ubat-ubatan oral di rumah tetapi sesetengah yag lain perlu dimasukkan ke hospital untuk ubat IV.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://www.breastcancer.org/symptoms/types/recur_metast/metastic/lung
  2. https://breastcancernow.org/information-support/facing-breast-cancer/secondary-metastatic-breast-cancer/secondary-breast-cancer-in-lung
  3. https://www.atsjournals.org/doi/abs/10.1164/ajrccm-conference.2020.201.1_MeetingAbstracts.A4996
  4. https://www.annalsofoncology.org/article/S0923-7534(19)57161-7/pdf
  5. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5967573/
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Farah Aziz Disemak pada 09/07/2021
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor