backup og meta

Kanser Kolon, Pembunuh Senyap Yang Berbahaya? Awasi Penyebab Sebenar Ia Berlaku!

Kanser Kolon, Pembunuh Senyap Yang Berbahaya? Awasi Penyebab Sebenar Ia Berlaku!

Baru-baru ini, seluruh dunia telah meratapi pemergian Chadwick Boseman yang lebih dikenali menerusi wataknya sebagai Black Panther akibat kanser kolon.

Untuk pengetahuan anda, mendiang telah didiagnosis menghidap kanser kolon pada tahun 2016 dan terus berjuang melawan penyakit ini sehingga tahap 4.

Akhirnya, beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada tahun 2020 dengan meninggalkan seorang isteri yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama.

Persoalan yang pasti akan timbul adalah apakah penyebab kanser kolon yang sebenar? Jom ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

Apa itu kanser kolon?

Buat anda yang mungkin belum tahu, ia adalah sejenis kanser yang bermula pada usus besar (kolon) dan biasanya berlaku kepada individu lewat usia.

Kanser kolon ini akan bermula dengan sel polip kecil yang terbentuk di dalam kolon seterusnya berubah dan bersifat kanser seiring perjalanan waktu.

Ia turut dikenali sebagai kanser kolorektal sekiranya terdapat gabungan kanser kolon dan juga kanser rektal yang bermula di bahagian rektum.

Bagi mengetahui sama ada anda menghidap kanser berbahaya yang sukar untuk dikesan ini, ada simptom-simptom yang wajar  diberikan perhatian antaranya:

bahaya kanser kolon

Pada peringkat awal, penderita mungkin tidak akan menghidap sebarang simptom seperti yang kami nyatakan di atas, tetapi lambat mendapatkan rawatan lanjutan boleh mendatangkan maut.

Apa bahaya kanser kolon?

Bahaya kanser kolon yang paling utama adalah ia akan hadir tanpa sebarang simptom pada peringkat awalnya.

Disebabkan itu, adalah sangat sukar untuk tahu sama ada kalian telah menghidap kanser jenis ini atau tidak.

Bukan itu sahaja, simptom-simptom yang kami nyatakan di atas tadi juga mungkin akan timbul lewat dan ketika itu ia mungkin sudah berbahaya.

Maka adalah penting untuk kalian cuba ubah gaya hidup agar kondisi kesihatan yang kami nyatakan di atas dapat diatasi sekali gus mengurangkan risiko dan bahaya kanser ini.

Dalam pada itu, sila lebih kerap berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan secara berkala terutamanya selepas anda berusia 50 tahun ke atas untuk diagnosis yang lebih awal.

Ini penyebab kanser kolon yang kalian perlu awasi!

Sehingga kini, doktor masih belum dapat memastikan penyebab kanser kolon yang sebenar.

Secara amnya, kanser jenis ini bermula apabila sel yang sihat di dalam kolon mengalami perubahan secara mutasi pada DNA.

Buat anda yang masih keliru, DNA sel inilah yang akan memberi arahan atau mengawal sel tersebut untuk cara ia berfungsi.

Sel yang sihat akan berfungsi secara normal namun jika DNA sel tersebut rosak, terjejas dan bersifat kanser maka tumor mungkin akan terbentuk.

Hari demi hari, sel kanser itu akan membesar, merebak dan memusnahkan kesemua tisu yang berada berdekatan dengannya.

punca kanser usus

Dapat disimpulkan di sini adalah penyebab kanser kolon adalah mutasi DNA sel yang sihat kepada bersifat kanser.

Selain itu, adalah wajar juga kita tahu akan risiko dan bahaya kanser kolon ini mungkin lebih tinggi kepada individu yang mempunyai kondisi kesihatan seperti berikut:

  • Warga emas yang berusia 50 tahun ke atas
  • Sejarah kesihatan individu berkaitan kanser atau polip kolorektal
  • Sejarah kesihatan ahli keluarga berkaitan kanser atau polip kolorektal
  • Keradangan usus seperti penyakit Crohn atau ulcerative colitis
  • Sindrom familial adenomatous polyposis (FAP)
  • Sindrom nonpolyposis colorectal cancer (HNPCC)
  • Obesiti
  • Diabetes
  • Gaya hidup sedentari
  • Menghisap rokok
  • Mengambil alkohol
  • Pernah/sedang menjalani rawatan terapi radiasi kanser

Adakah terdapat sebab yang lain?

Selain kondisi kesihatan yang kami nyatakan di atas tadi, antara penyebab kanser kolon yang lain adalah mungkin disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang.

Untuk pengetahuan anda, kanser kolon atau kanser rektum banyak dikaitkan dengan diet pemakanan yang rendah serat namun tinggi lemak dan kalori.

Sebagai contoh, ada kajian yang menyatakan bahawa risiko kanser jenis ini akan meningkat pada individu yang gemar makan daging merah dan daging yang diproses.

ubat kanser payudara

Bagaimana untuk elak ia berlaku atau berulang?

Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas tadi berkenaan penyebab kanser kolon serta faktor risiko ia terjadi, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah berjumpa dengan doktor.

Ini membolehkan kalian yang berisiko tinggi menjadi penderita mendapatkan diagnosis awal untuk mengelakkan komplikasi yang lebih teruk kelak.

Selain itu, sila elak atau rawat setiap kondisi kesihatan yang kami nyatakan di atas tadi terlebih dahulu bagi mengurangkan risiko kalian menghidapi kanser kolon.

Akhir kata, sila segera dan kerap berjumpa doktor untuk berkonsultasi sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan mengenai kanser jenis ini ya!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.cancer.net/cancer-types/colorectal-cancer/risk-factors-and-prevention
  2. https://www.cancer.org/cancer/colon-rectal-cancer/about/what-is-colorectal-cancer.html
  3. https://www.ccalliance.org/colorectal-cancer-information/what-is-colorectal-cancer
  4. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/colon-cancer/symptoms-causes/syc-20353669
  5. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/colon-cancer/diagnosis-treatment/drc-20353674
  6. https://fascrs.org/patients/diseases-and-conditions/a-z/colon-cancer

Versi Terbaru

13/07/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nisreen Nadiah


Artikel Berkaitan

Halba, Rempah Dengan 1001 Khasiat, Boleh Juga Menghalang Kanser Kolon?

'Wakanda Selamanya!', 4 Tahun Mendiang Chadwick Boseman Berjuang Melawan Kanser Kolon


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/07/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan