Akupuntur adalah sejenis rawatan alternatif yang sangat terkenal di negara China dan benua Asia sejak ratusan atau mungkin ribuan tahun lamanya.
Ia digunakan untuk tujuan merawat pelbagai jenis kondisi dan simptom kesihatan, dengan berfokuskan pada titik saraf serta otot tubuh badan manusia.
Ada satu lagi rawatan alternatif yang mungkin terlihat serupa dengan akupuntur yakni jarum kering sedangkan ia adalah sejenis rawatan yang berbeza.
Persoalannya, mana satu pilihan terbaik buat anda? Jom teruskan membaca untuk tahu!
Rawatan jarum kering vs akupuntur adalah…
Jika sekadar dilihat pada foto dan video, anda mungkin tidak akan perasan langsung bahawa ia sebenarnya adalah 2 jenis rawatan yang berbeza.
Ini kerana kedua-duanya akan menggunakan alatan rawatan yang sama yakni jarum besi tahan karat yang sangat halus dan runcing.
Bagi kedua-dua praktis ini juga, cara prosedur berjalan juga adalah serupa iaitu dengan mencucuknya di titik tepat pada kulit manusia.
Pun begitu, di situlah persamaan ini terhenti kerana terdapat perbezaan yang sangat ketara!
Untuk pengetahuan anda, rawatan akupuntur sudah digunakan beratus atau beribu tahun lamanya sedangkan rawatan jarum kering baru beberapa dekad.
Dalam pada itu juga, rawatan akupuntur adalah terbukti berkesan dengan sokongan kajian saintifik sedangkan rawatan jarum kering masih dalam peringkat kajian.
Wujudkah manfaat jarum kering untuk kita?
Rawatan jarum kering adalah sejenis rawatan alternatif moden yang dicipta khas untuk merawat masalah otot dan tisu yang mula popular masa kini.
Ia disebut sebagai jarum kering ekoran teknik rawatannya yang menggunakan jarum tidak akan menyuntik cecair ke dalam tubuh badan.
Sebaliknya, jarum ini akan dicucuk di titik ideal pada otot atau tisu (stimulasi intramuskular) bagi tujuan melegakan ketegangan padanya.
Rawatan ini sering digunakan oleh pengamal terapi fisio dan pelakunya mungkin tidak memerlukan lesen, sijil, latihan atau pengiktirafan.
Apa kata kajian terkini?
Sehingga kini, masih kurang wujudnya kajian saintifik mengenai prosedur rawatan ini yang berjaya membuktikan tahap keberkesanannya.
Ada satu kajian yang mengatakan bahawa prosedur ini adalah sama sahaja manfaatnya dengan aktiviti senaman atau regangan ringan.
Pada tahun 2012 pula, kajian mengatakan suntikan plasma platlet adalah jauh lebih berkesan berbanding rawatan jarum kering ini.
Apa pula kesan sampingannya?
Lebih membimbangkan, dipercayai bahawa rawatan ini mungkin boleh mendatangkan beberapa kesan sampingan lain seperti berikut:
- Lebam badan
- Sakit badan
- Pendarahan
- Berlaku jangkitan dan penyakit jika jarum tidak disteril dengan baik
Bagaimana pula dengan manfaat akupuntur? Adakah ia sama sahaja atau jauh lebih efektif berbanding rawatan yang lagi satu ini?
Apakah manfaat akupuntur untuk kita?
Rawatan akupuntur adalah sejenis rawatan alternatif tradisional yang dicipta khas untuk merawat masalah otot dan tisu yang sudah digunakan sejak zaman dahulu lagi.
Cara rawatan ini berfungsi juga sama iaitu dengan menggunakan jarum untuk mencucuk titik ideal pada tubuh badan untuk melegakan kesakitan tertentu.
Apa yang berbezanya adalah pengamal rawatan akupuntur perlu mendapatkan lesen, sijil, latihan atau pengiktirafan sebelum boleh mula beroperasi.
Di Malaysia, mereka perlu berdaftar dengan Bahagian Perubatan Tradisional Dan Komplementari di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Apa kata kajian terkini?
Sehingga kini, sudah banyak wujudnya kajian saintifik mengenai prosedur rawatan ini yang berjaya membuktikan tahap keberkesanannya.
#1. Sakit belakang bawah
Kajian pada tahun 2015 membuktikan ia mampu melegakan sakit belakang bawah jika hanya melakukan akupuntur atau bersama kaedah perubatan lain.
#2. Sakit lutut
Kajian pada tahun 2010 menyatakan ia mampu melegakan sakit lutut yang merupakan antara simptom utama penyakit osteoarthritis.
#3. Sakit leher
Kajian pada tahun 2015 menyatakan ia mampu melegakan sakit leher akibat tekanan atau tarikan yang biasa terjadi ketika salah cara tidur.
Manfaat akupuntur #4. Migrain
Kajian pada tahun 2012 pula mendapati bahawa akupuntur boleh mengurangkan simptom migrain serta mengelakkan ia daripada berlaku dan berulang lagi.
#5 Manfaat akupuntur adalah rawat depresi
Ada satu kajian yang melihat pada kegunaan akupuntur sebagai perubatan antikemurungan dan ia telah terbukti efektif mungkin dari aspek plasebo.
Apa pula kesan sampingannya?
Di sebalik keberkesanan rawatan ini, masih wujud beberapa kesan sampingan pada tubuh badan jika ia dilakukan dengan cara salah termasuklah:
- Pendarahan
- Lebam badan
- Sakit badan
- Rasa nyeri pada kawasan suntikan
Mana rawatan yang terbaik buat anda?
Setiap kali mengalami sebarang jenis kesakitan tidak kira pada otot, tisu, saraf, tulang atau mana-mana bahagian tubuh badan, segera berjumpa dengan doktor.
Ini bertujuan bagi anda mendapatkan rawatan atau ubatan sesuai dengan kondisi anda itu sebelum memutuskan untuk mencuba rawatan alternatif yang lain.
Sekiranya ingin mencuba rawatan ‘cucuk jarum’ di titik ideal tubuh badan, di antara 2 jenis rawatan ini, akupuntur adalah pilihan lebih baik.
Bukan sahaja ia sudah terbukti berkesan melalui pelbagai kajian saintifik, malahan juga diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
[embed-health-tool-bmi]