brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Ciri-Ciri Kucing Peliharaan Atau Liar Yang Terkena Rabies, Bagaimana Nak Kenal Pasti?

Dengan mengetahui simptom rabies pada kucing dari awal adalah penting. Bukan semata-mata untuk diri sendiri, malah untuk kesihatan ahli keluarga dan haiwan peliharaan anda daripada risiko jangkitan penyakit rabies yang boleh mengancam nyawa. 

Ciri-Ciri Kucing Peliharaan Atau Liar Yang Terkena Rabies, Bagaimana Nak Kenal Pasti?

Hal ini kerana, penyakit rabies ini telah banyak meragut banyak nyawa dan memberi pelbagai kesan negatif terhadap kesihatan angkara rabies akibat digigit haiwan liar yang terbiar.

Di dalam artikel ini, kami akan kongsikan ciri-ciri kucing yang mungkin dijangkiti rabies, sama ada kucing peliharaan atau kucing liar.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Haiwan Peliharaan, sila dapatkannyadi sini.

Apakah punca rabies pada kucing?

Penyakit rabies adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan Lyssavirus yang menyerang sistem saraf pusat. Virus ini berjangkit melalui air liur haiwan yang dijangkiti, biasanya melalui gigitan atau cakaran.

Antara haiwan yang sering menjadi punca penyebaran penyakit rabies ini ialah anjing, kelawar, musang dan rakun. Kucing juga adalah antara haiwan punca rabies yang mungkin anda belum tahu!

3 peringkat penyakit rabies pada kucing

Rabies pada kucing berkembang melalui tiga peringkat, walaupun sesetengah kucing boleh menunjukkan tanda dari lebih daripada satu peringkat secara serentak.

1. Peringkat prodromal 

Simptom rabies pada kucing pada peringkat awal ini dapat dilihat dengan perubahan personaliti yang ketara berbanding tabiat biasa kucing tersebut:

  • Kucing yang biasanya pendiam dan pemalu menjadi resah atau agresif.
  • Kucing yang biasanya aktif dan mesra pula menjadi sepi, menyendiri, atau nampak gelisah.
  • Sebarang perubahan tingkah laku mendadak selepas kucing terdedah kepada gigitan haiwan lain yang tidak diketahui perlu dianggap serius.

2. Peringkat ganas (furious stage)

Ini adalah peringkat paling merbahaya kerana kucing menjadi paling agresif dan berisiko tinggi mencederakan orang lain:

simptom rabies pada kucing
Simptom rabies pada kucing boleh menjangkiti pada kucing indoor juga.

3. Peringkat lumpuh (paralytic stage)

Ini adalah peringkat akhir sebelum kematian:

  • Kucing mengalami kelumpuhan dan tidak lagi dapat bergerak dengan normal.
  • Kesukaran bernafas akibat kelumpuhan otot pernafasan.
  • Kucing akhirnya jatuh koma dan mati, biasanya dalam masa 10 hari selepas tanda pertama muncul.

Hidrofobia tidak berlaku pada kucing, betul ke?

Ramai yang menyangka kucing yang dijangkiti penyakit rabies akan menunjukkan ketakutan terhadap air (hidrofobia) seperti yang sering digambarkan pada manusia atau anjing.

Sebenarnya, hidrofobia adalah ciri khusus rabies pada manusia, bukan pada kucing. Jadi, anda tidak melihat tanda ini sebagai simptom seekor kucing dijangkiti rabies.

Kenapa kucing peliharaan juga berisiko?

Adakah rabies penyakit berjangkit? Jawapannya adalah ya!

Rabies bukan sekadar menjangkiti kucing liar, namun kucing peliharaan yang tidak divaksin juga berisiko tinggi!

Lebih-lebih lagi jiga kucing anda bergaul dengan kucing atau anjing yang lain.

Langkah pencegahan yang boleh dilakukan

  • Pastikan kucing peliharaan mendapat suntikan vaksin anti-rabies mengikut jadual yang disyorkan doktor veterinar.
  • Elakkan bersentuhan dengan kucing liar atau haiwan yang menunjukkan perangai agresif dan sebagainya.
  • Laporkan kepada pihak berkuasa tempatan jika terdapat kucing atau anjing liar berkeliaran di kawasan kejiranan anda.

Lakukan 3 perkara ini dengan segera jika anda digigit atau dicakar kucing rabies! 

  1. Bersihkan gigitan atau calar dengan sabun dan air mengalir selama 15 minit.
  2. Dapatkan rawatan perubatan serta-merta untuk penilaian vaksin anti-rabies.
  3. Laporkan kejadian kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) atau pihak berkuasa tempatan.

Kesimpulan

Sebagai penccinta haiwan, anda perlulah fahami simptom rabies pada kucing bagi mencegah perkara ini menjangkiti si bulus atau diri anda kerana virus ini boleh mengancam nyawa jika tidak dicegah dari awal!

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Disemak pada Semalam