backup og meta

Merokok Menjadikan Bibir Gelap

Merokok Menjadikan Bibir Gelap

Tabiat merokok sememangnya diketahui terkenal dengan kesan yang memudaratkan kepada kesihatan. Merokok akan mendedahkan anda kepada asap yang dikaitkan dengan risiko yang tinggi untuk cenderung mendapat penyakit yang berbahaya. Selain itu, merokok juga mendatangkan kesan secara estetik kepada anda. Anda mungkin pernah mendengar hubung kait antara merokok dan bibir gelap, dan ia merupakan salah satu kesan estetik yang paling mudah untuk difahami dan kesan yang paling terkenal dalam kalangan perokok tegar. 

Kesan merokok pada kulit dan membran mukus

Impak merokok tidak hanya menjejaskan kesihatan dalaman anda, tetapi kebanyakan bahan kimia yang terdapat dalam tembakau turut boleh mendatangkan kerosakan pada fizikal anda, khususnya pada kulit dan membran mukus anda. Tabiat merokok boleh menyebabkan berlakunya penuaan kulit pramatang, melambatkan proses penyembuhan luka, meningkatkan risiko jangkitan kulit serta beberapa masalah berkaitan kulit seperti psoriasis, hidradenitis suppurativa dan lupus erythematosus kulit (cutaneous lupus erythematosus).

Sebatian kimia yang terdapat di dalam tembakau menyebabkan tekanan kepada tisu dan saluran darah kecil. Dalam masa yang sama, akan berlaku pembentukan keradangan mikro di dalam saluran darah, yang boleh mengakibatkan oklusi iaitu penyumbatan atau penutupan saluran darah. Seterusnya, bekalan oksigen kepada kulit menjadi tidak mencukupi yang menyebabkan kematian tisu pada sekitarnya (tissue ischaemia) dan menjejaskan penampilan kulit. 

Selain itu, tembakau juga akan mengurangkan tindak balas imun individu perokok dan mendorong enzim yang dipanggil ‘metallo-proteinase MMP-1’, yang berperanan menyebabkan kemerosotan kolagen. Seperti yang anda ketahui, kolagen adalah penting untuk mengekalkan integriti kulit dan membantu penampilan kulit lebih anjal dan tampak muda. 

Merokok dan bibir gelap

Merokok bukan sahaja akan mengurangkan aliran darah ke bibir disebabkan pendedahan kepada tar dan nikotin yang akan menjadikan bibir kering dan berkedut, tetapi dalam masa yang sama mengubah warna bibir menjadi gelap. Hiperpigmentasi yang berlaku boleh menjadi kebimbangan estetik yang serius apabila warna gelap yang terjadi itu kelihatan tidak sama pada bibir dan gusi. Ia mungkin tampak seperti warna ungu, coklat gelap atau hitam.

Tompok berwarna coklat, yang kelihatan dalam mulut dipanggil ‘smoker’s melanosis’ dan akan terjadi pada 5 hingga 21.5% perokok. Hiperpigmentasi ini berlaku disebabkan rangsangan pengeluaran melanin, iaitu sebagai tindak balas terhadap pendedahan bahan kimia dalam tembakau serta ikatan melanin yang terdapat dalam sebatian asap tembakau. Hiperpigmentasi pada bibir dan gusi biasanya boleh dilihat pada perokok kronik. Oleh sebab ini, merokok dan bibir gelap adalah salah satu kesan estetik akibat merokok yang paling mudah dilihat, yang mana bagi sesetengah perokok merasakan ia sedikit mengganggu. 

Apa yang boleh anda lakukan mengenai merokok dan bibir gelap?

Bibir seorang perokok boleh menjadi gelap dalam masa beberapa bulan atau tahun seseorang individu itu merokok. Jika anda menginginkan cara pantas untuk memperbaiki masalah bibir gelap ini, penggunaan lipstik berwarna merah pasti boleh membantu. Ia merupakan cara yang popular dan mudah untuk membantu menutup masalah bibir gelap kerana merokok. 

Walau bagaimanapun, jika anda mencari ubatan untuk jangka masa panjang, terdapat dua perkara yang perlu anda titik beratkan; tabiat merokok dan cara penjagaan bibir anda. Selagi anda dapat merokok dalam jumlah yang sama setiap hari, bibir anda tidak akan dapat pulih seperti sedia kala. Cara yang terbaik adalah dengan berhenti merokok. Doktor boleh membantu dengan memberi preskripsi Terapi Penggantian Nikotin (NRT) untuk melawan keinginan merokok dan membantu anda berhenti secara beransur-ansur. 

Apabila ia berkisar tentang perihal penjagaan bibir, anda boleh mencuba ubatan rumah atau mendapatkan bantuan profesional. Bantuan profesional sangat digalakkan jika anda berdepan dengan masalah bibir gelap yang teruk dan anda mencari jalan penyelesaian yang berkesan. 

Anda boleh mencuba untuk membuat dan menggunakan masker bibir di rumah. Terdapat bukti yang menyatakan penggunaan masker yang mengandungi kunyit, lemon atau perahan air limau nipis boleh membantu mencerahkan bibir. Cuba gabungan campuran ini dengan satu atau lebih dengan minyak vitamin A atau E, sapukan di bibir dan biarkan ia selama 15 minit. Lakukannya sehari sekali. Anda juga boleh membeli topeng bibir yang dijual di farmasi.

Bantuan profesional di sini merujuk kepada rawatan penggunaan laser. Ia dilakukan secara profesional oleh ahli dermatologi atau pakar bedah, rawatan laser ini akan menumpukan kepada penggunaan cahaya jauh ke dalam lapisan kulit. Rawatan ini boleh digunakan untuk mengembalikan warna semula jadi bibir, menyasarkan bintik-bintik gelap, menyingkirkan melanin berlebihan, merangsang pengeluaran kolagen dan menghapuskan kedutan sekitar mulut.

Jika anda mempunyai sebarang masalah berkaitan dengan kesihatan atau kesan estetik akibat merokok, sila berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Anda juga boleh membaca:

  • Servis mQuit: Ini Caranya Anda Dapatkan Sokongan Berhenti Merokok! (Hari Tanpa Tembakau)

  • Bagaimana untuk Berhenti Merokok

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.healthline.com/health/smoking/smokers-lips#outlook

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2627082/pdf/jnma00883-0072.pdf

https://www.dermnetnz.org/topics/smoking-and-its-effects-on-the-skin/

Versi Terbaru

15/11/2019

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Awasi Anak Anda, Ada Flavour Vape ‘Khayal’ Yang Dijual Secara Aktif Di Media Sosial!

5 Jenama Cat Paling Berbaloi Beli Tahun 2024, Boleh Bersedia Untuk Hari Raya Nanti!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 15/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan