Proses Pencernaan Karbohidrat Kepada Tenaga

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Fungsi utama pencernaan dan penyerapan karbohidrat adalah untuk memecahkannya kepada molekul kecil gula yang dikenali sebagai glukosa. Glukosa adalah bahan api utama yang mendorong metabolisme dan fungsi setiap sel tubuh. Sebagai contoh, otak dan sel darah merah bergantung kepada glukosa untuk mendapatkan tenaga kerana ia tidak menggunakan lemak atau protein dalam keadaan biasa. Oleh itu, pengambilan karbohidrat penting untuk semua fungsi tubuh.

Bagaimanapun, anda mungkin pernah dengar mengenai beberapa karbohidrat yang dianggap “baik”, manakala sesetengahnya pula adalah “buruk”. Terdapat tiga jenis karbohidrat. Beberapa karbohidrat boleh terhasil secara semulajadi. Anda boleh menemuinya dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, manakala sumber karbohidrat lain adalah diproses dan ditapis, di mana kadar nutriennya juga berkurang atau terhakis.

Berikut adalah tiga jenis karbohidrat:

  • Kanji atau karbohidrat kompleks
  • Gula atau karbohidrat mudah
  • Serat

Mendapatkan karbohidrat daripada sumber semulajadi seperti dari sumber-sumber semulajadi seperti buah-buahan boleh melindungi anda daripada penyakit dan mungkin juga membantu mengekalkan berat badan. Karbohidrat ini mengandungi lebih banyak vitamin dan mineral.

Walau bagaimanapun, karbohidrat yang diproses dan ditapis adalah tinggi kalori dan agak tidak berkhasiat.  Jenis karbohidrat tersebut cenderung menyebabkan peningkatan berat badan dan mungkin menyumbang kepada komplikasi obesiti, seperti diabetes jenis 2 dan penyakit jantung.

Bagaimana kerbohidrat dicerna?

Semua makanan yang anda makan akan melalui sistem pencernaan supaya ia boleh dipecahkan dan digunakan oleh tubuh. Pencernaan karbohidrat bermula dari dalam mulut dan selesai apabila polisakarida dipecah menjadi gula tunggal, atau monosakarida, yang boleh diserap oleh badan.

1. Mulut

Pencernaan karbohidrat bermula di dalam mulut. Kelenjar liur di mulut menghasilkan air liur, yang membantu melembabkan makanan. Makanan itu kemudian dikunyah sementara kelenjar air liur juga melepaskan enzim salivary amylase, yang memulakan proses memecah polisakarida dalam makanan karbohidrat. Oleh kerana makanan tidak lama kekal di dalam mulut, pencernaan karbohidrat di dalam mulut adalah kecil berbanding di saluran pencernaan pencernaan.

2. Perut

Daripada mulut, anda menelan makanan dalam kepingan kecil yang telah dikunyah. Karbohidrat bergerak melalui esofagus ke perut anda. Pada peringkat ini, makanan tersebut disebut sebagai chyme. Perut anda menghasilkan asid untuk membunuh bakteria yang terdapat pada chyme sebelum ke peringkat pencernaan seterusnya.

3. Usus kecil, pankreas dan hati

Chyme kemudiannya keluar daripada perut dan ke bahagian pertama usus kecil (duodenum). Ini menyebabkan pankreas mengeluarkan amilase pankreas yang mana enzim ini memecahkan chyme menjadi dekstrin dan maltosa. Dinding usus kecil mula menghasilkan lactase, sucrose dan maltase, yang mana enzim ini memecahkan gula kepada monosakaridan dan gula tunggal.

Akhirnya, gula ini diserap ke dalam usus kecil. Ia kemudiannya diproses lebih banyak oleh hati dan disimpan sebagai glokogen. Manakala glukosa lain  dipindahkan ke tubuh melalui aliran darah. 

Hormon insulin dikeluarkan daripada pankreas dan membolehkan glukosa digunakan sebagai tenaga.

4. Kolon

Apa-apa yang ditinggalkan selepas proses pencernaan itu akan pergi ke kolon. Ia kemudiannya dipecahkan oleh bakterisa usus. Peringkat ini melibatkan serat yang terkandung dalam kebanyakan karbohidrat dan tidak boleh dicerna oleh tubuh. Apabila ia sampai ke kolon, ia dihapuskan melalui najis anda.

Oleh itu, tubuh memerlukan karbohidrat untuk berfungsi dengan baik. Diet yang kaya dengan makanan yang sihat akan memberi anda bahan api yang cukup untuk kekal bertenaga sepanjang hari anda.

Pastikan anda mengambil sejumlah karbohidrat kompleks, seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, secara amnya antara 900 dan 1,300 kalori setiap hari. Sudah tentu, jumlah ini akan berbeza-beza berdasarkan ketinggian, berat badan, dan tahap aktiviti anda. Untuk keperluan karbohidrat tertentu anda, disyorkan anda berbincang dengan ahli pemakanan anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Dahaga Selepas Penat Bersukan, Yang Mana Lebih Sesuai Diminum? Air Kosong @ Isotonik?

    Ada yang keliru, adakah patut mengambil minuman isotonik seperti 100plus selepas bersukan atau cukup sekadar air biasa? Ini fakta mengenai air isotonik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 27/08/2020 . 3 minit bacaan

    Lupakan Atkins, IF @ Keto, Ada Diet Lebih Berkesan Turunkan Berat Badan, Elak Penyakit Jantung Juga!

    Jika anda mencari jenis diet yang boleh bantu turunkan berat badan dan kurangkan risiko penyakit kardiovaskular, beralihlah kepada diet Pritikin ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 10/08/2020 . 3 minit bacaan

    Ini 10 Buah-Buahan Yang Paling TINGGI Kandungan Gula, Jangan Terkejut, Buah Tin Pun Tersenarai!

    Mangga, laici dan juga tembikai merupakan antara jenis buah-buahan yang dikategorikan sebagai buah tinggi gula. Apakah buah-buahan tinggi gula yang lain?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 03/08/2020 . 3 minit bacaan

    Anak Kurus Kering Sebab Kurang Zat? Apa Lagi Salah Faham Tentang Malnutrisi? #6 Paling Top

    Penyakit malnutrisi bukan sahaja menjadi masalah orang yang lapar tetapi diet mereka kekurangan nutrien, banyak mitos yang disalahertikan oleh orang ramai.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 16/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kencing manis jenis 2

    Bukan Sahaja ‘Apa’, Penderita Kencing Manis Juga Kena Prihatin Dengan ‘Bila’ Anda Makan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit bulimia nervosa

    Paksa Muntah Kembali Makanan Boleh Bawa Maut, Ada 11 Tanda Penyakit Bulimia, AWASINYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    gangguan makan

    Nafsu Makan Tiba-tiba Memuncak? Ia Bukan Sekadar Tabiat, Tapi Sejenis Gangguan Pemakanan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
    pencuci mulut pesakit diabetes

    Nikmati Pencuci Mulut Tanpa Risau, Penghidap Kencing Manis Jenis 2, Ini Untuk Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 02/09/2020 . 3 minit bacaan