Hari Migrasi Antarabangsa: Kesedaran dan Penerimaan Terhadap Imigran

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

“Migrasi adalah pemacu yang kuat kepada pertumbuhan ekonomi, dinamik dan persefahaman. Ia membolehkan berjuta-juta orang mencari peluang baru, memanfaatkan komuniti asal dan destinasi tujuan secara bersama”. Berikut merupakan petikan kata-kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres dalam ucapan beliau sempena memperingati Hari Migran Antarabangsa yang disambut pada 18 Disember setiap tahun. Beliau menekankan mengenai kepentingan proses migrasi yang memberi peluang kepada imigran untuk meneroka peluang-peluang baharu yang bukan sahaja memberikan manfaat kepada tempat asal mereka, malah memberi sumbangan kepada negara-negara yang menjadi tujuan para imigran untuk berhijrah.

Walaubagaimanpun menurut beliau, apabila isu berkenaan migrasi tidak ditangani dengan baik, ianya akan menimbulkan perpecahan samada didalam mahupun diantara masyarakat, mendedahkan imigran kepada eksploitasi dan penderaan oleh pihak yang mengambil kesempatan dan tidak bertanggungjawab selain mengurangkan kepercayaan masyarakat terhadap pentadbiran kerajaan.

Migrasi menarik perhatian banyak pihak di peringkat antarabangsa memandangkan isunya yang semakin meningkat tetapi masih kurang jalan penyelesaiannya. Punca berlakunya migrasi boleh berlaku dalam masa yang agak singkat yang memaksa perpindahan manusia ke tempat lain tetapi jalan penyelesaian yang perlu diambil untuk mengembalikan fungsi hidup dan kesejahteraan mereka akan mengambil tempoh masa yang agak lama. Faktor-faktor seperti keadaan ekonomi, konflik dalaman sesebuah negara, kemarau, kekurangan sumber makanan, peperangan dan persengketaan menyumbang kepada peningkatan jumlah imigran di seluruh dunia. Sejak 18 tahun yang lalu, jumlah imigran di seluruh dunia menunjukkan trend yang semakin meningkat dan ianya dianggarkan berjumlah 258 juta orang imigran di seluruh dunia.

Pada tahun 2018, jumlah kematian yang melibatkan imigran dan pelarian di seluruh dunia menghampiri 3,400 nyawa. Kematian tersebut melibatkan pelbagai faktor seperti cubaan berhijrah ke negara lain melalui jalan laut, merentasi padang pasir dan melepasi sempadan negara. Dengan tema ‘Migration with Dignity’ yang diangkat untuk sambutan Hari Imigran Antarabangsa pada tahun ini, diharapkan agar kita dapat memberikan peluang kepada imigran untuk mereka membuat pilihan bagi menyelamatkan nyawa mereka tanpa wujudnya diskriminasi dengan memencilkan golongan terbabit. Sifat hormat sesama manusia akan mewujudkan suasana yang harmoni dan penerimaan terhadap golongan imigran akan mewujudkan harapan bagi mereka untuk menjalani hidup yang lebih baik. Jika migrasi adalah satu cara yang boleh dipilih, pastinya ramai yang tidak akan mengambil jalan tersebut memandangkan pelbagai kemungkinan bahaya dan ketidaktenteraman yang jauh lebih banyak berbanding harapan yang mungkin akan hilang.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Artikel lain untuk anda

    pelarian

    Penglibatan Kumpulan Pelarian dan Imigran dalam Agenda Kesihatan Awam

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 22/01/2019 . 5 minit bacaan