Glaukoma Boleh Sebabkan Buta?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Glaukoma, penyakit mata yang akibat kehilangan penglihatan apabila sebahagian mata mengalami kerosakan saraf optik disebabkan tekanan yang tinggi. Ia adalah penyakit mata yang serius dan boleh menyebabkan buta jika tidak dirawat.

Rawatan tidak boleh mengembalikan tahap kesihatan mata seperti sebelumnya, tetapi ia dapat mencegah dari berdepan dengan tahap kerosakan penglihatan yang lebih bahaya.

Siapa yang berisiko mendapat glaukoma?

Individu dewasa berusia 40 tahun ke atas mempunyai risiko untuk mendapat penyakit ini. Walau bagaimanapun, individu dewasa bawah usia 40 tahun, kanak-kanak, malahan bayi juga turut berpotensi.

Anda lebih berisiko untuk mendapat gloukoma, jika:

  • Berusia lebih 40 tahun
  • Mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai gloukoma
  • Daya penglihatan lemah
  • Mempunyai penyakit diabetes
  • Mengambil ubatan tertentu seperti prednisone
  • Pernah mendapat kecederaan pada mata

Apakah simptom yang boleh dilihat?

Tanda pertama yang boleh dikenal pasti adalah kehilangan penglihatan periferal, iaitu penglihatan yang membolehkan anda melihat objek sekeliling tanpa perlu memalingkan kepala atau mengerakkan mata atau pandangan sisi. Namun, simptom ini jarang sekali disedari, sehingga ia sudah terlambat untuk merawatnya.

Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti berikut, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut:

  • Kehilangan penglihatan atau pandangan menjadi kabur
  • Mata merah
  • Mata kelihatan kabur (terutama pada bayi)
  • Mual atau muntah
  • Mata terasa sakit
  • Melihat halos (lingkaran cahaya) di sekeliling lampu
  • Penglihatan terhad (narrowed vision)

Diagnosis

Doktor akan menggunakan titisan untuk membuka atau membesarkan anak mata dan akan menguji tahap penglihatan dan memeriksa mata anda. Saraf optik anda akan turut diperiksa dan akan mengambil gambar saraf anda jika perlu. Pemeriksaan glaukoma tidak menyakitkan cuma ia akan mengambil sedikit masa.

Rawatan

Doktor mungkin akan menggunakan preskripsi ubat mata, pembedahan laser atau pembedahan mikroskop untuk mengurangkan tekanan pada mata.

Ubat mata

Ia sama ada membantu mengurangkan penghasilan bendalir di mata atau meningkatkan aliran keluarnya, bagi menurunkan tekanan pada mata. Kesan sampingan yang boleh terjadi seperti alahan, kemerahan, rasa menyengat, penglihatan kabur dan kerengsaan pada mata. Sesetengah ubat glaukoma boleh menjejaskan paru-paru dan jantung, jadi pastikan anda memaklumkan kepada doktor anda tentang sebarang ubat lain yang anda ambil atau alahan.

Pembedahan laser

Prosedur ini akan membantu meningkatkan aliran cecair mata, yang dikenali sebagai humor berair (aqueous humor) bagi individu yang menghidapi jenis glaukoma sudut terbuka. Membantu menghentikan penyumbatan cecair untuk individu yang mempunyai glaukoma penutupan sudut.

Antara prosedur yang akan dijalankan:

  • Trabeculoplasty: untuk membuka saluran
  • Iridotomy: membuat lubang kecil di iris untuk memberi aliran cecair lebih bebas
  • Cyclophotocoagulation: merawat bahagian lapisan tengah mata untuk kurangkan pengeluaran cecair

Pembedahan mikroskop

Prosedur yang dipanggil trabeculectomy, doktor akan membuat saluran baru untuk mengalirkan cecair dan mengurangkan tekanan pada mata. Doktor mungkin perlu menanam tiub untuk membantu mengalirkan cecair.

Namun, terdapat kemungkinan pembedahan ini boleh menyebabkan kehilangan penglihatan sama ada secara sementara atau kekal, pendarahan atau jangkitan. Berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang terbaik dan sesuai untuk anda.

Penjagaan dan pencegahan

Individu yang mempunyai masalah glaukoma dan menerima rawatan yang sewajarnya tidak akan menjadi buta. Namun, masih terdapat individu yang buta kerananya. Pengurangan masalah buta disebabkan glaukoma mungkin kerana kesedaran yang lebih baik tentang bahaya glaukoma serta pengesanan awal tentang masalah ini.

Jadi peratusan untuk kehilangan penglihatan kerana glaukoma adalah rendah, jika anda mendapatkan rawatan susulan dengan doktor serta mengambil ubatan yang betul. Dengan kemajuan teknologi pada masa kini dan penjagaan yang betul, anda akan dapat memastikan kesihatan penglihatan anda berada pada tahap yang baik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Orang Lelaki Lebih Ramai Yang Buta Warna Berbanding Kaum Wanita, Apa Sebabnya?

    Masalah rabun warna (buta warna) adalah masalah lazim yang sering dialami oleh populasi lelaki. Ketahui mengapa lelaki lebih berisiko.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Risau! Pembedahan Katarak Adalah Sangat Selamat Untuk Dijalani

    Ramai daripada kita yang memiliki katarak dan bimbang untuk melakukan pembedahan bagi membuangnya. Tahukah anda, ia adalah satu prosedur yang selamat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 07/01/2020 . 4 minit bacaan

    Sekurang-kurangnya 2.2 Billion Alami Masalah Penglihatan – Laporan WHO

    Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengeluarkan laporan pertama mereka berkaitan masalah penglihatan global. Baca lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 11/10/2019 . 2 minit bacaan

    Ini Bukti Bagaimana Makanan Tak Sihat & Memilih Makanan Sebabkan Buta Penglihatan!

    Adakah anda tahu pemakanan boleh menyebabkan buta? individu picky eater dan hanya makan makanan ringan adalah berisiko tinggi. Teruskan membaca artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    ciri-ciri kebutaan pada bayi

    Ibu Ayah, Kalau Bayi Gemar Gosok Mata, Perhatikan Tanda Ini, Takut Nanti Jadi Buta!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyebab kebutaan secara tiba-tiba

    Mata Tiba-tiba Tak Boleh Nampak? Jangan Panik! Ambil Tahu Punca Keadaan Ini Berlaku

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
    minum teh penyakit mata glaukoma

    1 Cawan Teh Panas Setiap Hari Mampu Kurangkan Risiko Penyakit Mata Glaukoma, Betul Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 06/10/2020 . 3 minit bacaan
    gangguan penglihatan

    Jaga-jaga Si Rabun, Masalah Mata Boleh Buat Anda Berisiko Jadi Nyanyuk Di Usia Tua Nanti!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/08/2020 . 3 minit bacaan