backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

AWAS Jika Anda Kerap Kencing & Air Kencing Bau KUAT, Ia Mungkin Tanda Bahaya Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/02/2024

    AWAS Jika Anda Kerap Kencing & Air Kencing Bau KUAT, Ia Mungkin Tanda Bahaya Ini!

    Normal jika air kencing berbau. Akan tetapi, jika kencing selalu berbau busuk, ini yang perlu anda ambil peduli!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan urologi, anda boleh klik di sini.

    Punca lazim yang menyebabkan air kencing berbau

    Air kencing biasanya berwarna jernih atau kuning pucat, dengan sedikit bau.

    Antara perkara yang membuatkan kencing berbau kuat adalah apabila anda makan sesuatu jenis makanan atau minuman tertentu seperti kopi atau petai, dehidrasi, makan sesetengah jenis ubat, dan mengambil suplemen vitamin B6.

    Walau bagaimanapun, anda boleh mengembalikan semula bau air kencing normal dengan cara minum banyak air kosong.

    Bagi mengelakkan kencing berbau, anda perlu mengurangkan minuman kopi atau alkohol, tidak makan makanan yang berbau seperti bawang putih, asparagus, jering, dan petai kerana ia mengandungi kimia kuat yang akan melalui air kencing serta jangan mengambil lebih daripada 10mg vitamin B6 sehari.

    Jumpa doktor jika air kencing berbau kuat

    Jika anda mengalami tanda-tanda di bawah, segeralah berjumpa doktor kerana masalah kencing berbau anda mungkin bukan disebabkan oleh punca lazim yang dinyatakan sebelum ini.

  • Jika anda kencing lebih kerap, atau tiba-tiba rasa hendak terkencing
  • Anda rasa sakit atau rasa melecur semasa terkencing
  • Terdapat darah pada air kencing anda
  • Anda rasa sakit pada bahagian bawah perut
  • Rasa letih dan tidak sihat
  • Rasa keliru atau terganggu
  • Tanda-tanda tersebut adalah sebahagian daripada simptom kencing kotor atau UTI.

    ciri ciri air kencing normal
    Warna air kencing.

    Adakah saya ada penyakit lain?

    Jangan mendiagnosis diri sendiri. Anda perlu berjumpa doktor jika mengalami simptom lain yang menyebabkan air kencing berbau telur busuk.

    Sebaik-baiknya, berjumpalah dengan doktor bagi mengetahui apakah penyebab sebenar penyakit anda.

    Simptom & kemungkinan penyakit

    air kencing berbau
    Punca bau air kencing kuat.
    • Berasa sangat dahaga dan penat, kencing lebih kerap daripada biasa dan kencing bau manis: Anda berkemungkinan itu merupakan penyakit Diabetes Jenis 2
    • Sakit bahagian bawah belakang, sakit semasa kencing, kencing berdarah: Anda berkemungkinan ia berkaitan penyakit batu karang
    • Kulit dan mata kuning (jaundis), sakit perut, mual, muntah: Anda berkemungkinan menghidap penyakit kegagalan hati

    Punca kencing berbau

    • Kopi atau petai
    • Dehidrasi
    • Ubat-ubatan
    • Suplemen vitamin B6

    Apapun, berjumpalah doktor untuk kepastian dan mendapatkan rawatan segera sebelum keadaan kesihatan anda menjadi semakin teruk.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan