Ibu Hamil Yang Dijangkiti HPV, Baca Ini Untuk Tahu Apa Kesannya Terhadap Kandungan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 16/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Semasa sedang hamil, pelbagai perkara yang akan bermain dan berlegar di dalam fikiran si ibu terutamanya dari aspek risiko mengandung.

Ketika ini, macam-macam boleh terjadi dan bagaimana pula jika contohnya ibu dijangkiti penyakit jangkitan kelamin (STD) seperti HPV?

Ini sudah pasti akan menyebabkan wanita hamil mengalami kegelisahan dan kebimbangan, jadi mari sama-sama kita ikuti artikel ini!

Apa itu HPV?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita mengetahui definisi sebenar mengenai penyakit ini terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, HPV atau Human papilloma virus adalah sejenis virus yang berbeza dengan HIV (AIDS) dan HSV (herpes) dan mungkin akan menyebabkan kanser.

Virus ini boleh tersebar dari satu individu kepada individu lain menerusi penetrasi zakar ke dalam faraj atau sebarang aktiviti seks yang lain seperti seks anal dan seks oral.

Lebih membimbangkan, penyakit ini mungkin tidak akan menunjukkan sebarang petanda lantas menjadikannya sangat sukar untuk dikesan.

Ia adalah antara STD yang paling kerap berlaku, jadi cara untuk mencegahnya yang paling utama adalah dengan mengambil vaksin di awal usia.

ketuat kelamin

Apa simptom HPV?

Mungkin tidak banyak yang kami boleh perkatakan mengenai simptom penyakit ini kerana ia mungkin tidak menunjukkan banyak petanda.

Pun begitu, ada perkara yang kalian boleh cuba perhatikan iaitu pertumbuhan ketuat pada merata tempat di tubuh badan anda.

Antara bahagian yang mungkin akan timbul ketuat ini adalah alat kemaluan, lubang dubur, tangan, siku, kaki, tumit dan kadangkala muka.

Ia mungkin akan berbeza simptomnya bergantung kepada individu yang dijangkiti HPV.

Siapa yang berisiko terkena penyakit ini?

Seperti mana yang kita semua mungkin sudah tahu, kesemua penyakit jangkitan kelamin boleh terjadi kepada individu yang tidak mengamalkan seks secara sihat dan selamat.

Sebagai contoh, mereka yang berisiko tinggi adalah golongan yang suka mengamalkan seks bebas.

Pun begitu, wujud juga golongan yang berisiko tinggi dan ia berkaitan dengan beberapa faktor risiko.

Berikut merupakan faktor risiko terkena penyakit HPV:

  • Berjantina lelaki
  • Sering melakukan seks oral dengan pasangan
  • Sering berciuman atau berkucupan dengan pasangan
  • Cenderung berganti pasangan
  • Menghisap rokok
  • Meminum alkohol

Dalam pada itu, ada juga kepercayaan yang mengatakan ibu hamil juga berisiko tinggi terkena HPV! Benarkah?

seks semasa hamil

Ibu hamil pun boleh terkena penyakit ini?

Semasa sedang hamil, terdapat banyak risiko mengandung yang ditakuti oleh si ibu seperti keguguran janin, kecacatan janin dan lain-lain.

Pun begitu, tidak ramai yang menyangka atau menduga bahawa dijangkiti HPV juga adalah antara risiko mengandung yang boleh berlaku.

Ini kerana mungkin ramai yang menganggap bahawa ia banyak berlaku kepada golongan lelaki sahaja seperti mana tercatat dalam faktor risiko.

Tidak! Wanita hamil juga boleh dijangkiti penyakit ini lantas menimbulkan persoalan selanjutnya iaitu apakah risiko mengandung dengan HPV?

Apa risiko mengandung dengan HPV?

Bagi penderita HPV dalam kalangan wanita hamil, mereka pasti akan berasa sangat risau dan takut bahawa virus itu akan menyerang kandungan.

Untuk pengetahuan anda, virus ini mungkin tidak akan menjejaskan janin anda atau menyebarkannya dari si ibu kepada bayi.

Pun begitu, adalah wajar untuk kalian memaklumkan kepada doktor mengenai keadaan kesihatan anda agar tiada sebarang komplikasi kelak.

Meskipun tiada rekod yang mengatakan HPV akan menyebabkan keguguran, kecacatan atau komplikasi kehamilan yang lain, tapi ada kemungkinan komplikasi lain akan berlaku.

Antara kemungkinan yang diperkatakan itu adalah risiko si ibu terkena kanser serviks. Kenapa?

Ini kerana HPV akan mengakibatkan perubahan tisu serviks yang menjadi pencetus kanser ini!

Lantaran itu, akan wujud risiko mengandung di mana berlakunya kelahiran bayi pramatang akibat perubahan tisu pada serviks ini.

sakit perut ketika hamil

Bagaimana dengan risiko pada saat kelahiran bayi?

Baiklah, mungkin kita semua sudah difahamkan bahawa risiko berlaku sebarang komplikasi kehamilan adalah rendah jika si ibu menghidap HPV.

Bagaimana pula ketika tiba saat kelahiran nanti?

Untuk pengetahuan anda, risiko penyebaran virus ini dari si ibu kepada bayi adalah sangat rendah sehingga boleh dikatakan hampir mustahil untuk berlaku.

Dan jika virus ini tersebar sekali pun, ibu bapa tidak perlu risau kerana antibodi tubuh badan bayi mampu membunuhnya secara semula jadi.

Dalam erti kata yang lebih mudah, virus ini mungkin tidak akan menjejaskan janin di dalam kandungan ibu yang menderita penyakit ini.Pun begitu, adalah tidak wajar untuk kalian bersikap sambil lewa dan tidak mengamalkan kehidupan seksual yang sihat dan selamat.

Ini kerana masih wujud pelbagai penyakit jangkitan kelamin selain HPV yang boleh berlaku kepada ibu hamil dan menjejaskan kandungan.

Oleh itu, sila sentiasa berwaspada dan gunakan perlindungan ketika melakukan sebarang aktiviti seksual sebagai langkah berjaga-jaga ya!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ladies, Pernah Tak Alami Bibir Faraj Membengkak? 5 Kondisi Ini Boleh Jadi Penyebabnya

Faraj merupakan bahagian tubuh utama wanita yang mempunyai fungsi unik tersendiri. Namun, kondisi vulva bengkak boleh berlaku pada sesetengah individu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 20/11/2020 . 3 minit bacaan

Selalu Mengalami Keputihan Berwarna Coklat Sebelum Haid, Ini Petanda Kanser Serviks?

Pernah mengalami keputihan berwarna coklat apabila apabila hampir dengan hari haid? Jika ya, anda mungkin tertanya-tanya sama ada ia normal atau sebaliknya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 13/11/2020 . 3 minit bacaan

Simptom Gonorrhea Mungkin Tidak Sama Bagi Lelaki & Perempuan! Ini Perbezaannya

Tahukah anda bahawa simptom gonorrhea bagi lelaki dan wanita adalah berbeza? Jom klik artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 13/11/2020 . 3 minit bacaan

Masih Belum Hamil? Jangan Risau, Ada Kajian Kata Risiko Kanser Ovari Rendah Jika Hamil Lewat

Anda rasa bila waktu yang paling sesuai untuk menimang cahaya mata? Wanita mempunyai keupayaan untuk mengandung di antara usia 12 dan 51 tahun...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kehamilan, Rancang Kehamilan 13/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

apa itu STD

Selain HIV & HPV, Ada Lagi Jangkitan Kelamin Yang Tidak Boleh Sembuh! Apakah Ia?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan
kerap kencing

Sering Buang Air Kecil Bukan Hanya Sebab Pundi Kencing Aktif, Ada 6 Lagi Punca Lain!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan
jangkitan kulat

Ibu Hamil, Jangan Ambil Mudah Jika Ada Jangkitan Kulat Pada Faraj! BAHAYA Kepada Bayi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan
alahan sperma hamil

Wanita Alergik Sperma Lelaki, Boleh Hamil? Ia Bergantung Kepada Aspek Ini…

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 23/11/2020 . 3 minit bacaan