Jangan Terkejut, Wanita Sebenarnya Ada 11 Jenis Klimaks! No.#5 Itu Paling TERANGKAT!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 16/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Dalam hubungan seks, apa yang kita mahukan pastinya kelegaan dan kepuasan seksual bukan? Cara untuk mendapatkannya adalah mudah sahaja iaitu klimaks.

Tanpanya, tidak bermaknalah projek di ranjang kalian.

Mungkin bagi lelaki, mencapai puncak syahwat bukanlah suatu perkara yang begitu sukar.

Ini kerana hanya terdapat satu jalan untuk lelaki mencapai orgasma iaitu dengan usaha mengeluarkan air mani dari alat kemaluan.

Namun, ini sangat berbeza bagi wanita. Sebagaimana yang kita tahu, wanita memang agak sukar mencapai puncak syahwat.

Ia mungkin didorong oleh faktor mereka mempunyai pelbagai jenis orgasma.

Apa? Wanita mempunyai banyak jenis orgasma?

Ya, jom kita sama-sama ikuti artikel ini untuk mengetahui jenis klimaks wanita dengan lebih mendalam lagi!

Wow! Ini 11 jenis klimaks wanita

orgasma palsu

#1. Orgasma klitoris

Klitoris adalah bahagian yang paling sensitif pada tubuh badan wanita. Ia mempunyai jutaan saraf, sama seperti zakar.

Disebabkan itu, segala jenis rangsangan terhadapnya pasti akan membuat seorang wanita itu menjadi tidak keruan.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Sex and Marital Therapy, ada jenis sentuhan pada klitoris yang boleh buat wanita klimaks.

Caranya adalah dengan membuat pergerakan atas ke bawah, depan ke belakang serta membulat.

Tidak percaya? Mintalah encik suami anda merangsang klitoris anda menggunakan jari dengan teknik yang diperkatakan tersebut.

Nescaya tubuh badan anda akan terangkat seperti berada di awang-awangan.

#2. Klimaks G-spot

Tahukah anda di mana G-spot ini berada? Menurut pakar, kawasan ini berada pada hadapan dinding faraj.

Ia tidak dapat dilihat dengan mata namun boleh dirasa dengan jari. Jika disentuh, nafsu wanita akan terangsang.

Ini kerana kawasan ini akan bertindak balas terhadap rangsangan dengan menjadi kembang akibat pengaliran darah.

Rangsangan menggunakan jari ataualat seks seperti dildo atau vibrator sudah pasti mendatangkan orgasma.

perkara-mengenai-faraj-anda

#3. Klimaks U-spot

Tidak pernah tahu tentang U-spot? Ia adalah kawasan uretra atau lebih dikenali sebagai lubang kencing.

Jangan terkejut kerana ada wanita yang akan ‘horny’ jika kawasan ini dirangsang oleh pasangan.

Sama seperti G-spot, kawasan ini juga akan bertindak balas terhadap rangsangan dengan menjadi kembang akibat pengaliran darah.

Jika kena caranya, ada wanita yang boleh mencapai orgasma dengan merangsang bahagian ini.

#4. Orgasma puting

Selain faraj, payudara adalah bahagian tubuh badan wanita yang merupakan zon erotik paling sensitif.

Jika faraj ada klitoris, payudara ada puting. Jika dirangsang dengan hebat pada kawasan ini, masakan wanita boleh berdiam diri?

Sebagai encik suami, jangan hanya sekadar tahu memegang buah dada isteri tanpa sebarang skil ya?

Anda perlu tahu bahawa cara yang betul untuk melakukannya adalah merangsang bahagian putingnya.

Tip berguna untuk suami: Jangan hanya gunakan jari dan tangan sahaja. Pastikan juga mulut dan lidah kalian tidak duduk diam semasa menikmati payudara isteri.

#5. KlimaksĀ squirting

Namanya sahaja dapat menggambarkan maknanya bukan? Klimaks jenis ini memang wujud dan merupakan salah satu dari jenis klimaks wanita.

Persoalannya, apakah cecair yang terpancut keluar itu?

Ada pakar percaya, cecair yang memancut keluar dari faraj itu adalah air mani dan ada juga yang percaya bahawa ia adalah air kencing.

Artikel berkaitan:

5 Khasiat Air Mani Yang TAK RAMAI TAHU, Ia Boleh Juga Rawat Depresi Isteri!

Namun, kajian lanjutan masih perlu dilakukan untuk tahu jawapannya.

Lebih kurang sama seperti lelaki, ada wanita yang akan memancutkan cecair dari alat kemaluan untuk menandakan sudah mencapai puncak syahwat.

Namun, ia adalah sesuatu yang agak jarang berlaku dan dikatakan hanya sekitar 10% wanita sahaja yang boleh mencapai klimaks jenis ini.

#6. Orgasma lubang dubur

Sebelum itu, pembaca diingatkan bahawa seks penetrasi zakar ke dalam lubang dubur adalah dilarang sama sekali dalam agama Islam.

Jadi, jangan cuba lakukannya okay!

Buat yang bukan muslim, mungkin kalian boleh mencubanya.

Ini kerana ada wanita yang boleh mencapai klimaks jika lubang dubur mereka diterokai oleh zakar, jari, lidah atau peralatan seks.

Namun, ketahuilah bahawa ia adalah kawasan yang agak kotor. Jadi, sila cuci ia dengan baik sebelum meminta pasangan menerokainya.

Selain itu, jangan pula anda kentut ketika sedang asyik bersama pasangan.

orgasma

#7. Orgasma oral

Selain faraj, payudara dan punggung, terdapat satu lagi zon erotik wanita yang utama iaitu mulut. Disebabkan itulah wujudnya sesuatu yang dikenali sebagaiĀ french kiss!

Buat anda yang belum tahu, perbuatan mencium bibir sambil bermain lidah ini sememangnya boleh merangsang nafsu seksual tidak kira lelaki atau wanita.

Bahkan, ada wanita yang boleh mencapai klimaks melaluinya.

Namun, ia mungkin proses yang memakan masa yang agak lama.

Oleh itu, sila berbincang dengan pasangan anda untuk mencari alternatif yang lain agar kalian berdua boleh mencapai puncak syahwat bersama-sama.

Konklusinya, terdapat banyak jenis klimaks wanita.

Jika digabungkan kesemuanya dalam satu hubungan seks yang hangat dan sensasi, sudah tentulah projek di ranjang kalian akan menjadi lebih dahsyat.

Jadi, apa lagi kalian tunggu? Boleh cuba ajak pasangan untuk bersama malam ini dengan tip berikut!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Wanita Lebih Ramai Yang Gemuk Berbanding Lelaki, Benar Ke? Ini Dapatan Kajian!

Ramai yang percaya bahawa wanita gemuk adalah lebih ramai berbanding lelaki! Benarkah? Jom klik artikel ini untuk tahu jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 03/11/2020 . 3 minit bacaan

Ada Masalah Untuk Hamil Secara Natural? Boleh Cuba Kaedah Pembekuan Telur

Setiap wanita pasti mahu dapat anak tapi bagaimana jika belum ada pasangan atau mempunyai masalah kesuburan? Prosedur pembekuan sel telur mungkin jawapannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 03/11/2020 . 3 minit bacaan

Tiub Fallopio Tersumbat? Usah Risau, Ini Cara Semula Jadi Yang Boleh Dilakukan Hanya Di Rumah

Dalam sistem pembiakan seseorang wanita, tiub fallopio adalah tempat berlakunya persenyawaan di mana sperma akan cuba memasuki sel telur.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 14/10/2020 . 3 minit bacaan

Nak Hamil Kena Tahu Bila Waktu Subur, Tapi Tahu Tak Tanda Subur Setiap Wanita Berbeza?

Tanda-tanda ovulasi wanita mungkin berbeza bagi setiap individu, ada juga yang tidak mengalami sebarang gejala ketika ia berlaku.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kehamilan, Rancang Kehamilan 12/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kesan melancap rambut gugur

Kuat Beronani Punca Rambut Semakin Banyak Gugur, Fakta @ Auta?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan
mitos haid wanita

Jangan Mandi Semasa Datang Bulan Sebab Boleh Mandul, Usah Tertipu Dengan Mitos Haid Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 23/11/2020 . 3 minit bacaan
sakit senggugut wanita

Bersenam Boleh Kurangkan Sakit Senggugut- Fakta @ Auta? Ini Jawapan Kajian!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 20/11/2020 . 3 minit bacaan
vulva bengkak wanita

Ladies, Pernah Tak Alami Bibir Faraj Membengkak? 5 Kondisi Ini Boleh Jadi Penyebabnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 20/11/2020 . 3 minit bacaan