Sudah Lama Tak Bersama? Ini 11 PUNCA UTAMA Buat Anda Hilang Minat Untuk Bersetubuh

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Siapa kata hubungan seks tidak penting dalam perkahwinan?

Hubungan seks bukan hanya bertindak sebagai pemuas batin antara pasangan suami isteri, tetapi ia juga menjadi sebab utama wujudnya hubungan suami isteri romantik. 

Ikatan perkahwinan tanpa hubungan seks

Tahukah anda, hubungan seks boleh dianggap sebagai perbezaan utama yang membezakan antara hubungan suami isteri dan hubungan lain seperti persahabatan?

Ramai yang menganggap bahawa hubungan seks hanyalah sekadar penyeri kepada kehidupan suami isteri, bukan sebagai antara tunggak utama kemesraan dan suami isteri romantik.

Adakala, hilangnya minat salah seorang pasangan atau keduanya untuk melakukan hubungan seksual disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak disedari mereka sebelum ini. 

Sebab-sebab utama kenapa kurangnya aktiviti seks dalam perkahwinan

Sebenarnya, terdapat beberapa sebab yang jelas mengapa sesebuah perkahwinan itu semakin sendu dengan hubungan seks.

Antara sebab-sebab utama yang menyebabkan hubungan seks semakin berkurangan adalah seperti berikut:

#1. Isu berkaitan kesihatan

Hubungan seks yang menggalakkan perhubungan suami isteri romantik boleh terjejas disebabkan oleh masalah kesihatan.

Ia bukan hanya melibatkan gangguan kesihatan fizikal, malah secara mental.

Apabila kesihatan seseorang itu terganggu, ia juga boleh menjejaskan libido atau keinginan seks individu.

Selain itu, ia juga boleh mengganggu peningkatan nafsu syahwat pada seseorang individu tersebut.

#2. Keinginan hubungan seks yang berbeza

Tidak semua individu mempunyai keinginan dan kuantiti hubungan seks yang sama dengan individu lain.

Pasangan suami isteri mungkin perlu menunggu sehingga mood kedua-duanya hadir untuk meneruskan aktiviti seks sesama mereka. 

#3. Kelahiran anak jejaskan hubungan seks

suami isteri romantik

Kelahiran anak bukanlah menyebabkan nafsu untuk melakukan seks itu menurun.

Namun, kelahiran anak baharu biasanya menyebabkan si ibu lebih menumpukan kepada penjagaan harian bayi berbanding memberikan tumpuan untuk melakukan hubungan seksual.

Penjagaan bayi turut menyebabkan keletihan selain perubahan hormon pada si ibu.

Selain itu, biasanya kaum wanita yang telah melahirkan anak dinasihatkan untuk tidak melakukan hubungan intim antara 6 hingga 8 minggu selepas bersalin.

#4. Stres

Stres atau tekanan yang dialami tidak hanya boleh memberi kesan kepada emosi, tetapi ia juga menjejaskan keinginan seks seseorang.

Hormon kortisol yang menyebabkan stres boleh mengurangkan keinginan seks individu.

Seks boleh menyebabkan seseorang itu berasa keletihan yang melampau dan tidak mempunyai tenaga untuk melakukan seks.

#5. Masalah komunikasi antara pasangan

Isu komunikasi biasanya wujud hasil daripada konflik yang berlaku antara pasangan sehingga boleh menyukarkan kewujudan suasana suami isteri romantik.

Ada masanya anda mungkin tidak mahu bercakap langsung dengan pasangan anda, apatah lagi untuk melakukan hubungan intim bersamanya.

#6. Mati pucuk

Ada juga isu di mana pasangan tidak mampu untuk menaikkan dan mengekalkan ereksi sehingga menyebabkan aktiviti seks itu menjadi agak sukar untuk dilakukan.

Mati pucuk dalam kalangan kaum lelaki adalah sesuatu yang normal dan biasa berlaku.

Namun, mati pucuk boleh menyebabkan seseorang lelaki itu hilang keyakinan diri bahkan harga diri di hadapan pasangannya seolah-olah kejantanannya telah hilang. 

#7. Dorongan untuk melakukan hubungan seks yang rendah

Ia boleh berlaku kepada kedua-dua lelaki dan juga wanita. Ia dikenali sebagai gangguan keinginan hipo-seksual (hypo-sexual desire disorder).

Bagi wanita, terdapat beberapa punca mengapa mereka boleh mengalami gangguan ini.

Ini termasuklah kitaran haid, penggunaan kontraseptif hormon, kelahiran anak, penyusuan anak, dan juga menopaus.

#8. Kesan sampingan ubat-ubatan jejaskan hubungan seks

suami isteri romantik

Kebanyakan ubat-ubatan yang diambil mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri.

Ada sesetengah ubat-ubatan yang boleh menyebabkan keinginan untuk melakukan seks itu terjejas seperti dekongestan, beberapa jenis antihistamin, antidepresan, dan ubat rawatan tekanan darah tinggi. 

#9. Masalah berkaitan kesihatan mental

Keinginan seks yang terjejas bukan hanya disebabkan oleh gangguan fizikal semata-mata, malah ia boleh berlaku hasil daripada masalah berkaitan kesihatan mental.

Sebagai contoh, jika seseorang itu mengalami kemurungan, ia pasti boleh menghilangkan kehendak untuk melakukan seks.

Kemurungan boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan banyak tenaga, mengalami penarikan sosial dan emosi yang terganggu. 

#10. Pernah didera

Sesetengah individu mungkin pernah mempunyai sejarah hidup didera secara seksual.

Penderaan seksual boleh menyebabkan trauma yang terus menghantui hidup seseorang itu sehingga mereka dewasa.

Mereka yang pernah didera secara seksual ini mempunyai reaksi emosi seperti malu, takut dan stres sehingga boleh menjejaskan kehidupan seks mereka.

#11. Isu lain berkaitan kehidupan

hubungan seks

Selain itu, terdapat juga beberapa isu lain berkaitan kehidupan seseorang yang boleh menjejaskan keinginan untuk melakukan seks.

Ini termasuklah rasa bosan, keletihan, melalui fasa kesedihan, kehilangan pekerjaan, masalah kewangan, penuaan dan juga berasa malu dengan penampilan diri sendiri. 

Kesimpulan

Sebagai suami isteri, anda mungkin tidak sedar apakah penyebab yang menjadikan anda atau pasangan hilang minat untuk melakukan hubungan seks.

Cari penyelesaian bersama sekiranya anda dan pasangan telah dapat mengenal pasti masalah yang mendasari hubungan seksual kalian berdua. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Keinginan Nafsu Seksual Turun Naik Masa Hamil? 5 Perkara Inilah PUNCANYA

Kenapa keinginan seks atau libido wanita hamil ada naik turunnya semasa tempoh kehamilan? 5 perkara ini mungkin punca utamanya yang tidak anda ketahui.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 16/10/2020 . 3 minit bacaan

Seks Semasa Haid Bukan Sahaja Kotor Tapi Juga Bahaya! Kalian Mungkin Terkena Penyakit Ini!

Rasanya ramai yang tahu kita tidak digalakkan buat seks semasa haid tanpa tahu sebabnya bukan? Jom sama-sama ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 12/10/2020 . 3 minit bacaan

Terangsang Apabila Pasangan Angkat Ketiak? Anda Mungkin Termasuk Dalam Golongan Ini!

Semua orang lahir dengan fantasi seks yang tersendiri. Bagaimana dengan ketiak manusia? Adakah ia normal atau tidak? Jom klik untuk tahu lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 08/10/2020 . 3 minit bacaan

Seks Memang Seronok Namun Ada Kajian Kata Ia Boleh Cetuskan Serangan Asma! Benarkah?

Seks adalah satu aktiviti yang sangat seronok. Namun ada kajian yang kata ia boleh jadi punca penyakit asma! Benarkah? Jom klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Pusat Kesihatan, Asma 08/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

alat permainan seks

Jangan Cuma Tahu Guna, Ketahui Dulu Manfaat & Mudarat ‘Sex Toy’ Dalam Bersenggama!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
penyakit gonorea

Nampak Macam Sama, Tapi Jangkitan Gonorea & Klamidia Ini Sangat Berlainan! Ini Bezanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
penyakit radang pelvik

Malu Nak Jumpa Doktor, Penyakit Radang Pelvik Boleh Sembuh Sendiri Tanpa Rawatan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
masalah kesuburan wanita

Tak Tahu Sudah Lepas Waktu Subur Atau Belum? Kenal Pasti 5 Tanda Ovulasi TIDAK Berlaku

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan