ALAMAK, Ada Kemalangan Berlaku Di Depan Mata? Ini 7 Perkara Anda Perlu Buat!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/02/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Sedang anda memandu kenderaan untuk pulang ke rumah, secara tiba-tiba ada kemalangan jalan raya berlaku di hadapan anda. Apa yang perlu anda buat?

Pantang ada accident berlaku di tengah highway, mesti akan berlaku traffic jammed yang sangat menduga iman dan hati bukan? Apa yang peliknya, kalau kemalangan itu berlaku di jalan yang menghala ke selatan, jalan yang menghala ke utara pun turut sama sesak sebab semua orang mahu tengok lokasi kejadian.

Begitu prihatin rakyat Malaysia bukan? Mungkin bukan prihatin untuk menolong sebaliknya mahu menangkap gambar di tempat kejadian. Tidak salah untuk berada di situ, tetapi biarlah keberadaan kita di situ adalah untuk membantu. Namun, apa sebenarnya kita perlu buat kalau nampak kemalangan jalan raya? 

Apa yang anda perlu buat jika terlihat kemalangan jalan raya?

kemalangan jalan raya

Jangan memerlahankan kenderaan semata-mata ingin melihat dan menangkap gambar sahaja. Sekiranya anda berniat untuk membantu, berikut adalah cara yang betul untuk dilakukan:

#1. Penunggang motosikal perlu berhenti terlebih dahulu

Sebagai penunggang motosikal, anda adalah orang pertama yang perlu dan boleh berhenti untuk hulurkan bantuan. Ini kerana saiz kenderaan yang kecil memudahkan anda untuk berhenti segera.

Cuma, letakkan motosikal anda secara menegak – lampu belakang dihalakan ke belakang, bukan melintang. Kemudian, nyalakan lampu hazard pada jarak lebih kurang 10 meter untuk tidak menyusahkan pengguna lain.

#2. Pemandu kereta boleh berhenti mengikut situasi

Sebagai pemandu kereta, anda tidak disarankan untuk berhenti di jalan raya yang sesak kerana ia akan menerukkan keadaan yang memang sudah kecoh akibat kemalangan jalan raya yang berlaku.

Namun, jika kawasan tersebut lengang dan anda adalah saksi utama kejadian tersebut, anda patut berhenti untuk membantu. Cuma, letakkan kenderaan di tempat yang selamat dan pasang reflektor segitiga.

jalan raya

#3. Ingat dan catat informasi kemalangan

Ini adalah perkara yang anda perlu utamakan sekiranya ingin membantu apa-apa kes kemalangan jalan raya kerana ia bakal menjadi bukti siasatan kelak. Ingat atau catat perkara berikut:

  • Nombor plat kenderaan yang terlibat
  • Karakteristik kenderaan yang terlibat
  • Lokasi kejadian berlaku
  • Punca kejadian berlaku
  • Butir peribadi mangsa dan suspek kejadian

#4. Periksa individu yang terlibat dalam kemalangan

Sesiapa sahaja yang terlibat dalam kemalangan, pasti akan panik, terkejut, menjerit, menangis atau meracau akibat kecederaan yang dialami. Jadi, periksa dan tenangkan mangsa atau suspek dengan mengatakan bantuan sedang dalam perjalanan!

#5. Hubungi talian kecemasan 999

Kadang-kadang kita mesti terkeliru nombor talian kecemasan terutamanya ketika sedang panik, bukan? Jadi, dail sahaja 999 – nombor talian kecemasan paling umum.

Jelaskan lokasi kemalangan kepada operator dengan terperinci agar mereka mudah dan cepat sampai ke lokasi kejadian.  Selain itu, terangkan kepada operator keadaan individu yang terlibat.

jalan raya

#6. Hulurkan bantuan yang termampu pada mangsa

Melainkan anda seorang pakar, jangan cuba menghulurkan bantuan yang bakal memudaratkan mangsa. Sebaiknya, tanya dahulu anggota mana yang dirasakan sakit.

Minta mereka menggerakkan tubuh badan mereka dan cuba bangkit dengan perlahan. Jika boleh bangun dan berjalan, beralih ke tempat yang lebih selamat dan tunggu bantuan tiba.

Jika kelihatan teruk dan mangsa tidak boleh bergerak atau tidak sedar, jangan sentuh apa-apa kerana ia mungkin akan mengeruhkan keadaan. Cuma, ada bantuan asas yang boleh dibuat:

  • Longgarkan helmet, baju atau seluar mangsa, jika boleh
  • Tanggalkan kasut dan sarung kaki atau sarung tangan mereka, jika boleh
  • Berikan air untuk memastikan mangsa tidak kehausan
  • Teduhkan mangsa dengan payung atau apa-apa sahaja objek yang boleh halang sinaran cahaya matahari
  • Kipaskan mangsa dengan surat khabar atau apa-apa sahaja objek yang boleh lancarkan oksigen kepada mangsa
  • Tutupkan mangsa dengan kain, kertas atau plastik sekiranya telah meninggal dunia

Namun, ini semua bukan perkara yang wajib dilakukan. Jika anda berasa ragu-ragu dengan keadaan mangsa, jangan sentuh mereka dan tunggu sehingga bantuan tiba!

#7. Laporkan kepada pihak berkuasa berkaitan kemalangan

Akhir sekali, laporkan kejadian kemalangan ini kepada pihak berkuasa. Selepas mangsa dan suspek dibawa ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan perubatan yang diperlukan, anda boleh pergi ke balai polis untuk membuat laporan polis.

Maklumkan segala informasi kejadian yang anda tahu kepada mereka. Mungkin ia agak melecehkan, namun ketahuilah bahawa perbuatan anda ini akan banyak membantu kelak. Anda pasti mahu menjadi rakyat Malaysia yang betul-betul prihatin bukan?

Konklusi

Kesimpulannya, kemalangan jalan raya boleh berlaku di mana-mana tempat, pada bila-bila masa dan tanpa diduga. Maka tepatlah kata pepatah Melayu bahawa malang itu tidak berbau. Namun, janganlah anda sebagai pengguna jalan raya lain hanya membiarkannya sahaja!

Hakikatnya, banyak perkara yang perlu anda lakukan untuk membantu individu yang terlibat dalam kemalangan jalan raya, bukan sekadar melihat dan menangkap gamabr lokasi kejadian sahaja. Jika boleh, berhenti dan hulurkan bantuan tanpa menyusahkan pengguna jalan raya yang lain ya?

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Hati-hati Melancong Dengan Kereta Ketika Musim Banjir!

    Jika anda sedang dalam perjalanan melancong dengan kereta dan kawasan tersebut banjir, apa yang anda perlu lakukan? Klik artikel untuk tahu selanjutnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Berita, Berita Tempatan 24/10/2019 . 3 minit bacaan

    Rider Jalan Raya, Ini 6 Tip Menunggang Semasa Hari Hujan!

    Buat rider di luar sana, ada perkara yang anda perlu tahu jika anda perlu menunggang motosikal semasa hari hujan. Klik artikel untuk tahu lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 14/10/2019 . 4 minit bacaan

    Buat Penunggang Motosikal, Ketahui Bahaya Jerebu Kepada Anda!

    “Eh, kenapa pakai topeng muka hari ini, kamu tidak sihat?”. Tanya Wazir kepada Nazrah apabila tiba sahaja di pejabatnya yang terletak di pusat bandar raya yang paling sibuk di Malaysia, Kuala Lumpur. Ini merupakan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 19/09/2019 . 2 minit bacaan

    8 Tip PENTING Bawa Anak Kecil Untuk Perjalanan Jauh, Tak Pening Kepala Parents Melayan

    Anda bercadang bawa anak naik kereta untuk perjalanan yang jauh? Jangan risau, anda boleh amalkannya selagi anda ikuti tip dalam artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 07/03/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    PDRM Benarkan Perjalanan Rentas Negeri Mulai 1 Mei, Hanya Dari Kampung Ke Bandar! Mohon Di Aplikasi ‘Gerak Malaysia’ 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 27/04/2020 . 2 minit bacaan
    mabuk

    STOP Memandu Ketika Mabuk! Ini Risiko Untuk Anda & Orang Lain

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 04/02/2020 . 3 minit bacaan
    basikal lajak

    Basikal Lajak Berisiko Buat Remaja Terlajak Dan Maut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 01/11/2019 . 2 minit bacaan
    banjir kilat

    Alamak! Terperangkap Dalam Kereta Ketika Banjir Kilat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 24/10/2019 . 2 minit bacaan