6 Fakta Menarik Tentang Klitoris, Pasti TERKEJUT Baca No #4, Tak Sangka Memudaratkan…

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/07/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Ketika pasangan suami isteri melakukan hubungan seks, sudah pasti kepuasan nafsu seksual menjadi keutamaan, bukan? Kepuasan itu pula boleh diketahui melalui pengeluaran air mani melalui kemaluan masing-masing. Bagi seorang lelaki, rangsangan seperti geseran dan geselan pada zakar mampu untuk merangsang nafsu mereka. Namun begitu, apakah bentuk rangsangan yang diperlukan untuk merangsang nafsu seorang wanita? Jawapannya adalah rangsangan terhadap biji kelentit atau klitoris.

Apa itu biji kelentit?

Biji kelentit sering disebut sebagai kunci kenikmatan nafsu seksual wanita. Namun sayangnya ramai individu yang tidak tahu apa itu klitoris. Ia adalah organ seks yang terletak di dalam lubang faraj dan berfungsi khusus untuk rangsangan seksual dan membantu wanita mencapai klimaks atau orgasma.

Di manakah biji kelentit berada?

Secara umumnya, klitoris berada di dalam lubang faraj. Secara khususnya pula, ia terletak di antara dua bibir faraj.

biji kelentit

(sumber: Mayo Clinic)

Fakta unik dan menarik mengenai biji kelentit

Organ kenikmatan seksual pada wanita yang kurang mendapat perhatian ini sebenarnya memiliki pelbagai fakta yang perlu anda ketahui. Berikut merupakan beberapa fakta unik dan menarik mengenai biji kelentit:

#1. Ia boleh mengalami ereksi

Seperti zakar, ereksi pada biji kelentit juga akan membuatnya “membengkak” lebih besar, meskipun tidak terlalu ketara.

Biji kelentit adalah sangat sensitif. Ini disebabkan bahagian intim tersebut memiliki saraf yang lebih banyak daripada semua bahagian tubuh badan lain, bahkan lebih banyak berbanding dengan zakar. Terdapat sekitar 8,000 saraf pada biji kelentit. Walaupun tersembunyi daripada pandangan, organ ini juga sebenarnya boleh mengalami ereksi.

Biji kelentit juga terdiri daripada jaringan halus yang sensitif terhadap rangsangan dan dipenuhi oleh darah seperti zakar lelaki. Rangsangan yang diberikan pada biji kelentit dapat mempengaruhi 15,000 saraf lainnya yang terletak di bahagian pinggul wanita.

#2. Posisinya akan menentukan klimaks

Tahukah anda, Marie Bonaparte yang merupakan cicit kepada Napoleon Bonaparte pernah melakukan pembedahan perubatan untuk memindahkan biji kelentitnya agar lebih dekat dengan bibir faraj? Alasannya, agar memudahkan dirinya untuk mencapai klimaks. Marie Bonaparte adalah contoh sebilangan wanita yang tidak boleh mencapai klimaks melalui seks penetrasi faraj sahaja.

Pada zamannya, terdapat bukti perubatan bahawa semakin dekat biji kelentit dengan bibir faraj, seorang wanita itu akan lebih mudah untuk mencapai klimaks melalui seks penetrasi. Penemuan ini juga sudah dibuktikan oleh kajian zaman moden. Namun sayangnya, pembedahan Marie Bonaparte dikatakan tidak membuahkan sebarang hasil.

#3. Ukurannya lebih besar daripada yang kelihatan

Kebanyakan individu tidak mengetahui bahawa biji kelentit memiliki fungsi yang sama dengan zakar. Biji kelentit mungkin hanya kelihatan kecil dengan pandangan mata kasar, namun organ ini sebenarnya jauh lebih besar daripada yang anda sangkakan.

biji kelentit

(Sumber: oddee.com)

Biji kelentit memiliki struktur seperti zakar, dengan kulup dan batang, serta penyangga dengan dua “kaki” masing-masing sepanjang 7.5 cm, menyambungkan faraj dengan g-spot (sekumpulan saraf dalam vagina yang membantu orgasma), serta dengan seluruh organ seksual wanita. Bahagian yang tidak kelihatan ini tidak dapat diangkat atau dipindahkan. Hanya kepala biji kelentit dan kulupnya yang terletak di luar.

#4. Klimaks boleh menjadikannya sakit

Rangsangan biji kelentit membolehkan pencapaian orgasma yang diidamkan oleh ramai wanita. Tapi, apa yang mungkin anda tidak ketahui adalah, ukuran biji kelentit boleh mencapai had maksima “pembengkakan” sewaktu menghampiri klimaks. Hal ini seterusnya mungkin akan membuat wanita berasa sedikit tidak selesa, bahkan kadangkala terlalu sakit untuk meneruskan rangsangan. Jika anda mula berasa terlalu sensitif, kurangkan fokus rangsangan pada biji kelentit dan minta pasangan anda memberi perhatian pada bahagian tubuh badan yang lain.

#5. Ia memerlukan lembapan

Gesekan pada klitoris dengan jari atau alat permainan seks tanpa lembapan yang mencukupi boleh membuatkan wanita berasa tidak selesa. Anda boleh menggunakan pelincir faraj atau pastikan anda memulakan hubungan seks dengan ringan-ringan atau “foreplay”.

“Foreplay” sebelum seks adalah perlu dilakukan untuk membantu faraj menjadi lembap lalu mencapai orgasma yang memuaskan. Dengan cara menunjukkan hasrat seksual melalui keintiman fizikal dan emosi seperti mencium, menyentuh, memeluk dan membelai tubuh badan, wanita akan lebih terangsang untuk menjalani hubungan seksual. Menariknya, berjalan kaki juga boleh membantu biji kelentit menjadi lebih sihat dan ‘membengkak’ sebanyak 168%.

Satu orgasma biji kelentit dapat menghasilkan antara 3 – 16 kontraksi yang dapat berlangsung selama 10 – 30 saat. Sebanyak 95% wanita dapat mencapai orgasma dalam masa beberapa minit sahaja, hanya dengan merangsang dirinya pada biji kelentit.

#6. Ia tidak akan mati pucuk

Wanita sebenarnya tidak perlu risau akan menghadapi masalah mati pucuk seperti alat reproduktif lelaki kerana fungsi biji kelentit tidak akan berubah seiring dengan penuaan. Malahan itu, biji kelentit juga akan membesar dengan seiring pertambahan usia seorang wanita. Setelah menopaus, biji kelentit boleh menjadi 2.5 kali lebih besar berbanding ketika wanita tersebut masih dalam usia remaja.

Pun begitu, ramai individu yang keliru di antara biji kelentit dengan g-spot. Kebanyakan mereka beranggapan bahawa kedua-duanya adalah sama sahaja. Sebenarnya, terdapat perbezaan yang ketara di antara biji kelentit dengan g-spot.

Apa beza biji kelentit dengan g-spot?

Pernahkah anda terdengar atau terbaca mengenai perihal kepuasan seks wanita lalu terkeliru antara biji kelentit dengan g-spot? Jika ya, teruskan pembacaan untuk memahami apa sebenarnya beza biji kelentit dengan g-spot.

Apa sebenarnya biji kelentit?

Biji kelentit atau klitoris berada pada puncak vulva di atas uretra dan bukaan faraj. Ia adalah sangat sensitif terhadap sentuhan. Segala sentuhan terhadapnya boleh memberikan keseronokan dan kepuasan yang sangat hebat kepada seorang wanita jika dirangsang. Orgasma klitoris adalah perkara yang benar walaupun bersama atau tanpa penetrasi faraj.

Apa sebenarnya g-spot?

Menurut seorang saintis iaitu Beverly Whipple, beliau percaya bahawa g-spot tidak harus diajarkan sebagai satu entiti anatomi. Beliau mencadangkan bahawa g-spot adalah sesuatu yang boleh dirasai melalui dinding hadapan faraj, tetapi tidak semestinya berada di dinding faraj. Secara mudahnya, g-spot bukanlah perkara yang fizikal tetapi lebih rumit daripada itu.

Kajian telah membuktikan bahawa keseronokan tersebut yang dirasai semasa rangsangan kawasan yang dikatakan g-spot sebenarnya melibatkan dinding hadapan faraj, kelenjar Skene (prostat wanita) dan kawasan biji kelentit

Konklusi

Biji kelentit adalah sejenis organ di dalam lubang faraj wanita yang mengawal fungsi seks atau titik klimaks wanita. Ia mempunyai fungsi yang lebih kurang sama seperti zakar lelaki dan memerlukan rangsangan yang berterusan seperti sentuhan untuk merangsangnya dan mencapai orgasma. Aktiviti rangsangan seperti melancap juga sebenarnya mampu untuk merangsang biji kelentit namun tidak dibenarkan oleh agama Islam.

Apa yang anda boleh lakukan untuk merangsang biji kelentit lalu mencapai orgasma adalah melalui hubungan seks yang sihat bersama pasangan anda. Berbincanglah bersama pasangan mengenai cara atau jalan lain yang boleh membuat biji kelentit anda terangsang jika anda tidak selesa dengan hubungan penetrasi zakar-faraj. Jika anda memerlukan maklumat atau rawatan yang lebih lanjut, jangan segan silu untuk berjumpa doktor pakar sakit puan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tahan Nafsu Jika Terjangkiti Herpes, Boleh Ke Bersama Dengan Pasangan? Ini Jawapan Pakar!

    Anda mungkin belum tahu apa itu herpes dan boleh atau tidak buat seks dengan pasangan jika terkena penyakit ini? Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 11/09/2020 . 3 minit bacaan

    Benarkah Jangkitan Klamidia Boleh Jadi Punca Kepada MATI PUCUK? Ini Jawapannya

    Mati pucuk atau disfungsi erektil boleh terjadi jika seseorang individu itu menghidapi penyakit klamidia? Ini jawapan untuk persoalan tersebut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 10/09/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Sangka Testis Lelaki Tidak Punya Bakteria, Kajian Kata Ia Boleh Jejaskan Kesuburan!

    Ada kajian terbaharu yang kata testis lelaki ada bakteria yang akan jejaskan kesuburan! Benarkah? Jom klik artikel ini untuk baca lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 09/09/2020 . 3 minit bacaan

    Sedang Hangat Beraksi, Tiba-tiba Sakit Kepala Berdenyut? Ini Sebab Mengapa Ia Berlaku!

    Ada sesetengah individu yang mengalami sakit kepala berdenyut akibat aktiviti seks. Apakah sebab ia berlaku agaknya? Jom ikuti artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Masalah Neurologikal 03/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jangkitan bakteria

    Faraj Berbau Hanyir Selepas Berhubungan Intim? AWAS! Ini Tanda Jangkitan Bakteria

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
    4 Kitaran Tindak Balas Seksual Yang Kita Semua Mungkin Tidak Tahu Jika Belum Baca Ini!

    4 Kitaran Tindak Balas Seksual Yang Kita Semua Mungkin Tidak Tahu Jika Belum Baca Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
    ubat untuk masalah kesuburan

    Wanita Yang Nak Hamil, Sebelum Ambil Ubat Kesuburan, Ketahui Kesan Sampingan Jangka Panjang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
    kerap buang air kecil

    Sudah Berapa Kali Anda Buang Air Kecil Hari Ini? Kalau Terlebih Ini Mungkin Tanda Penyakit!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan