Masih Resah Walaupun Guna Teknik Bernafas Yang Betul?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 17/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Jika anda berasa resah, apakah yang anda akan lakukan? Mandi? Bersenam? Tidur? Melakukan teknik pernafasan dalam? Menurut pakar terapi, teknik nafas dalam, walaupun berkesan, tidak membantu individu resah itu sendiri. Teruskan membaca untuk mengetahui selanjutnya. 

“Tarik nafas dalam-dalam.” Tak berkesan pun.

Air peluh membasahi dahi Ahmad. Dia sedang menunggu giliran untuk mengambil ujian memandu namun pengalamannya di masa lampau membuatkan jantungnya berdegup laju. Ahmad telah gagal beberapa kali sebelum ini berikutan tahap keresahannya yang tinggi ketika memandu di atas jalan raya. Ini merupakan cubaan kali ketiga buat dirinya namun perasaan tersebut masih ada.. Tatkala, pegawai ujian pemanduan tersebut menghampiri Ahmad, dia menjadi semakin tidak keruan. “Bertenang, tarik nafas dalam-dalam. Nanti okaylah.” ujar pegawai tersebut. 

Jika dilihat pada situasi Ahmad, ramai yang sering mengungkapkan perkara yang sama apabila ternampak seseorang yang resah. Kadangkala, ia merupakan refleks mulut namun nasihat tersebut tidak selalunya berguna. Keresahan individu yang seringkali menjadi stigma perlu diuruskan dengan baik. Senaman pernafasan dalam merupakan salah satu teknik yang berkesan namun ia bukanlah satu-satunya teknik yang berkesan buat setiap individu. Menurut pakar terapi Melissa Fisher Goldman, tindakan menyuruh mereka yang resah untuk menarik nafas dalam-dalam adalah seperti merendahkan tahap kesusahan yang dialami oleh mereka. Ingat keresahan boleh diatasi dengan hanya mengawal pernafasan? Mudah lah kalau begitu.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna cara tersebut tidak berkesan. Jika dibuat dengan teknik yang betul, keresahan tersebut boleh hilang buat sementara waktu. Namun, itulah yang menjadi permasalahan. Keresahan tersebut selalunya hilang buat sementara waktu sahaja. Menurut Goldman lagi, walaupun teknik pernafasan dalam berkesan, tindakan menahan keresahan tersebut boleh menyebabkan individu mengalami impuls yang berganda kelak. Pemprosesan perasaan individu yang sedang resah adalah amat penting bagi mengelakkan keresahan tersebut timbul di masa akan datang. 

Teknik yang betul

Teknik pernafasan dalaman perlu dilakukan dengan betul untuk memberikan kesan fisiologikal baik yang maksimum. Bagi mereka yang tidak terlatih, teknik tersebut kelihatan seperti jalan penyelesaian mudah yang dapat membantu mana-mana individu yang resah tanpa memikirkan kesannya. Bayangkan jika anda menyuruh mereka yang sedang menghadapi keresahan untuk bernafas dalam-dalam, dan ia tidak berkesan. Perkara ini boleh membuatkan perasaan resah itu menjadi lebih teruk. Individu tersebut akan menjadi lebih negatif berkenaan dengan simptom yang dialami oleh mereka. 

Hakikatnya, terdapat pelbagai jenis teknik pernafasan yang dapat membantu meredakan perasaan resah. Ada individu yang lebih suka untuk mengira durasi pernafasan seperti tarik nafas untuk tiga saat, tahan untuk satu saat dan hembus untuk 5 saat. Ada individu yang cenderung untuk mengamalkan pernafasan melalui hidung dan menghembus melalui mulut. Tanpa pengetahuan dan teknik yang betul, sukar buat individu untuk mengawal tahap keresahan individu lain. Ini akan memberikan ilusi bahawa teknik pernafasan yang cuba dipraktikkan itu tidak berkesan dalam mengawal keresahan walhal ia disebabkan oleh teknik yang salah atau tidak sesuai.

Anda turut berasa resah

Agak sukar bagi mereka yang resah untuk bertenang sekiranya individu yang cuba menenangkannya kelihatan resah. Jika anda seorang yang tahu akan teknik pernafasan bagi menghilangkan keresahan, sebelum menenangkan seseorang, anda sepatutnya boleh melakukannya terlebih dahulu. Tiada gunanya jika anda sendiri bergelut dengan keresahan ketika hendak melakukan teknik pernafasan tersebut. Ia akan membuatkan keresahan individu lain menjadi bertambah teruk. 

Selain daripada memberikan tumpuan kepada teknik pernafasan, melakukannya bersama dengan individu yang resah dapat membantu mereka kembali normal dalam masa yang singkat. Berikan sokongan emosi kepada mereka tanpa memberitahu apa yang mereka perlu buat ketika menghadapi keresahan. 

Konklusi

Jika anda tidak mempunyai pengetahuan berkenaan dengan teknik meredakan keresahan, tidak mengapa. Sokongan moral dan kata-kata positif juga boleh memberikan impak positif kepada tahap keresahan mereka. Jika teknik yang cuba dipraktikkan gagal untuk meredakan keresahan seseorang, jangan anda pula yang panik. Bertenang dan ingatlah, kadangkala, teknik ini kurang berkesan untuk sesetengah individu. Penyelesaiannya? Dengarkanlah keluhan mereka. Ia sedikit sebanyak boleh membantu.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Perubahan Mood Tak Semestinya Tanda Bipolar

    Ketahuilah bahawasanya perubahan mood tidak bermaksud seseorang itu bipolar. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 06/01/2020 . 4 minit bacaan

    Gangguan Kegelisahan

    Acap kali kedengaran kes gangguan kegelisahan melanda sesetengah individu dalam masyarakat. Ketahui lebih lanjut tentang penyakit ini. Lanjutkan sekarang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 12/12/2019 . 5 minit bacaan

    5 Tanda Anda & Pasangan SUDAH Bersedia Untuk Kahwin, No #4 Paling Penting!

    Di sini, kami ingin menyenaraikan 5 tanda, jika anda dan pasangan bersedia untuk hidup bersama (berkahwin). Baca artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 17/11/2019 . 3 minit bacaan

    Ini 4 Sebab Kenapa Anak Lelaki Lebih Perlu Sokongan Emosi Dari Ibu Ayah, Berbanding Anak Perempuan!

    Anak perempuan dirasakan lebih memerlukan sokongan emosi. Namun dikatakan ibu bapa perlu melebihkan anak lelaki, betul ke? Jom baca perkongsian artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak, Tips Keibubapaan 05/11/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kemurungan

    Anak Meninggal, Suami Kahwin Lain PUNCA Wanita Ini Alami Kemurungan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 11/02/2020 . 4 minit bacaan
    masalah kemurungan

    “Ada Sesuatu Yang Tak Kena Dengan Life Dia”. Anda Silap Jika Berfikir Seperti Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 16/01/2020 . 3 minit bacaan
    kesihatan mental

    Persepsi Mengenai Kesihatan Mental Berubah Selepas Sedekad

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/01/2020 . 4 minit bacaan
    keputihan

    Berikan Sokongan Emosi Buat Ibu Dengan Kehamilan Berisiko Tinggi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 06/01/2020 . 4 minit bacaan