Adakah Sukar Untuk Berasa Empati?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Walaupun berasa empati terhadap individu lain tidak melibatkan sebarang penggunaan wang atau melibatkan perasaan emosional yang terlalu banyak, ramai individu akan tetap menghindari daripada bersifat empati kerana mereka berfikir bahawa empati memerlukan usaha mental yang terlalu banyak, dan ini berdasarkan penyelidikan baharu yang diterbitkan oleh American Psychological Association.

Empati adalah keupayaan untuk memahami perasaan orang lain, sering dilihat sebagai kebajikan yang menggalakkan tingkah laku yang membantu. Tetapi, kebanyakan individu seringkali tidak mahu berasa empati.

Menurut penyelidik utama, C. Daryl Cameron, terdapat anggapan yang sama bahawa individu menyekat perasaan empati kerana mereka mungkin akan tertekan atau melibatkan penggunaan wang mereka, seperti membuat sumbangan untuk tujuan amal. Tetapi beliau mendapati bahawa kebanyakan individu sebenarnya tidak mahu membuat usaha mental untuk berasa empati terhadap orang lain, walaupun ia melibatkan perasaan emosi-emosi positif.

Kaedah ujian kecenderungan empati

Kajian yang diterbitkan secara atas talian dalam Journal of Experimental Psychology: General, telah melibatkan sebanyak 11 eksperimen dengan lebih daripada 1,200 peserta. Cameron mengetuai pasukan penyelidik di Penn State University, di mana beliau adalah seorang pensyarah dalam bidang psikologi selain penyelidik dari University of Toronto.

Para penyelidik mereka bentuk “Empathy Selection Task” untuk menguji sama ada kos kognitif atau usaha mental, boleh menyekat perasaan empati. Lebih daripada satu siri uji kaji, para penyelidik menggunakan dua dek kad-kad yang masing-masing menampilkan gambar kanak-kanak pelarian yang suram dan menyedihkan. Untuk satu dek, para peserta diberitahu hanya untuk menggambarkan ciri-ciri fizikal individu yang tertera pada kad. Untuk dek yang lain, mereka diberitahu untuk cuba merasa empati terhadap individu yang tertera dalam gambar dan berfikir tentang perasaan individu tersebut. Peserta diberitahu untuk memilih secara bebas daripada kedua-dua dek dalam setiap percubaan.

Dalam beberapa eksperimen tambahan, para penyelidik menggunakan dek yang menampilkan imej individu yang sedih atau tersenyum. Apabila diberi pilihan memilih antara dek, peserta secara konsisten memilih dek yang tidak memerlukan perasaan empati, walaupun untuk gambar individu yang kelihatan gembira.

Menurut Cameron, mereka melihat keutamaan yang kuat untuk mengelakkan sikap empati walaupun ada individu lain yang menyatakan kegembiraan.

Sepanjang keseluruhan eksperimen, secara puratanya para peserta memilih dek empati 35% pada masa itu, yang menunjukkan keutamaan yang kuat untuk dek yang tidak memerlukan empati.

Tidak ada juga kos kewangan yang diperlukan untuk merasa empati dalam kajian ini kerana tidak ada sesiapa yang diminta untuk mendermakan masa atau wang untuk menyokong kanak-kanak pelarian atau individu lain yang dipaparkan dalam gambar yang diberikan.

Dalam soalan kaji selidik selepas setiap kali eksperimen, kebanyakan peserta melaporkan bahawa empati dirasakan lebih mencabar secara kognitif, mengatakan bahawa ia memerlukan lebih banyak usaha dan mereka merasa kurang bagus dalam merasa empati berbanding daripada yang mereka lakukan dalam menggambarkan ciri-ciri fizikal individu lain. Para peserta yang melaporkan perasaan empati tersebut memerlukan usaha mental atau membuat mereka berasa tidak selamat, jengkel atau tertekan, lebih cenderung untuk mengelakkan dek empati semasa eksperimen.

Adakah berasa empati boleh dipupuk dalam diri manusia?

Bolehkah individu digalakkan untuk merasa empati jika mereka fikir bahawa mereka bagus dalam merasa empati? Dalam dua eksperimen, separuh peserta diberitahu bahawa mereka lebih baik daripada 95% orang lain di dek empati dan 50% peserta lebih baik untuk dek ciri ciri fizikal, manakala kumpulan lain diberitahu sebaliknya. Peserta yang diberitahu bahawa mereka adalah baik untuk berasa empati, lebih cenderung untuk memilih kad dari dek empati dan melaporkan bahawa empati memerlukan kurang usaha mental.

Menurut Cameron lagi, kos kognitif empati boleh menyebabkan kebanyakan individu mengelakkannya, tetapi ianya tidak mustahil untuk meningkatkan perasaan empati dengan menggalakkan orang ramai dengan cara memberitahu mereka bahawa mereka dapat melakukannya dengan baik.

Menurut beliau lagi, sekiranya kita dapat mengalihkan motivasi individu ke arah penglibatan diri dengan sikap empati, itu boleh menjadi satu berita baik untuk masyarakat secara keseluruhan. Ini boleh menggalakkan orang ramai untuk mendekati kumpulan-kumpulan yang memerlukan bantuan dan sokongan, seperti imigran, pelarian dan mangsa bencana alam.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Adakah Normal Jika Anda Kerap Bercakap Dengan Diri Sendiri?

    Ada yang mempersoalkan, bercakap dengan diri sendiri dianggap sesuatu yang tidak normal. Malah ada yang menganggap ia sebagai satu keadaan halusinasi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 05/11/2019 . 2 minit bacaan

    Individu Narsisis Lebih Rintang Kemurungan – Kajian

    Menurut penilaian 3 kajian berbeza berkaitan dengan ciri-ciri personaliti, narsisis jenis grandiose didapati memiliki kekuatan mental yang lebih teguh.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 01/11/2019 . 2 minit bacaan

    Dalam Keadaan Kekurangan, Diskriminasi Berlaku Lebih Cepat – Kajian

    Menurut kajian yang oleh Cornell University, diskriminasi dan tingkah laku bias lebih mudah berlaku apabila berada dalam keadaan kekurangan atau kegawatan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Berita, Berita Antarabangsa 01/11/2019 . 2 minit bacaan

    Kemurungan Remaja Bukan Isu Terpencil. Let’s Take Care Of Each Other!

    Mutakhir ini, kedengaran banyak berita berkenaan remaja-remaja yang bergelut dengan masalah dalaman yang dialami seperti kemurungan remaja

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 28/08/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pakar psikiatri

    Lupakan Mentalist Joker, Ini BAHAYA Jika Anda Guna Khidmat Konsultasi Berbayar Online Tak Diiktiraf

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 06/08/2020 . 3 minit bacaan
    klimaks seks

    Ini Sebab Klimaks Penting Semasa Hubungan Intim, Ada Kaitan Dengan Otak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/05/2020 . 3 minit bacaan
    kawan

    Nak Tambah Kawan? Ikuti 10 Trick Psikologi Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 14/01/2020 . 4 minit bacaan
    tekanan seksual

    Ehem! Ini 7 Tanda Anda Tertarik Secara Seksual Dengan Seseorang, Tak Payah Sorok Memang Nampak!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/11/2019 . 4 minit bacaan