Cabaran Si Mata Empat, Ini Cara Nak Elak Cermin Mata Berkabus Apabila Pakai Pelitup Muka!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Ramai orang memakai cermin mata, tidak kiralah untuk bergaya ataupun disebabkan keperluan- ini terpulang kepada diri masing-masing.

Walau apa pun alasannya, setiap individu akan memilih cermin mata yang selesa dan bersesuaian mengikut bentuk muka.

Tetapi, semuanya mulai berubah apabila pandemik Covid-19 terjadi!

Masalah yang dihadapi oleh pemakai kaca mata sekarang ialah isu lensa berkabus yang berkait rapat dengan pemakaian penutup muka.

Apakah jalan penyelesaian terbaik yang boleh dilakukan? Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut ya!

Bagaimana penutup muka membuatkan cermin mata berkabus?

kesan memakai cermin mata

Penjelasan sains yang ringkas di sebalik kejadian ini ialah, apabila udara hangat menyentuh permukaan yang sejuk, kondensasi akan terbentuk.

Sebagai contoh paling senang untuk difahami, kaca mata anda akan menjadi berkabus saat keluar dari tempat atau kereta yang sejuk, lebih-lebih lagi dengan kehadiran air conditioner.

Perkara yang sama berlaku dengan pemakaian penutup muka. Apabila nafas hangat anda keluar dari bahagian atas topeng, ia akan menyentuh lensa cermin mata dan menyebabkannya berkabus.

Apa yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku? Berikut adalah beberapa idea berguna yang boleh diamalkan!

Berita baiknya adalah masalah ini bukanlah perkara yang baharu, dan doktor serta golongan profesional telah menemui beberapa cara untuk mencegah kaca mata berkabus.

#1 Pastikan pelitup muka bersesuaian dengan anda

Banyak pelitup muka perubatan mempunyai jalur logam yang dapat dibengkok yang membolehkan pemakai membentuknya mengikut kesesuaian hidung dan pipi mereka.

Tambahan itu, harus dipastikan pelitup muka tersebut benar-benar sesuai dengan bentuk hidung anda.

Ini kerana penutup muka yang kemas akan mampu menutup tulang hidung dan mengelakkan wap udara hangat keluar ke arah kaca mata anda.

Selain itu, anda juga harus menyesuaikan saiz tali gelung telinga penutup muka.

Ini kerana apabila anda memakainya dengan betul dan selesa, anda akan mampu untuk bernafas melaluinya dan wap tidak akan bergerak ke bahagian atas atau sisi.

#2 Gunakan semburan atau wipe anti kabus di pasaran

Alatan ini dikatakan sangat berkesan untuk digunakan terhadap lensa cermin mata, walaupun harganya mungkin agak mahal.

Namun begitu, perlu anda ingat bahawa alatan anti kabus ini mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik pada lensa dengan lapisan tertentu, seperti anti silau, anti cap jari, atau anti kotor.

Semburan serta pengelap bersifat anti kabus ini sangat efektif dalam menyelesaikan dilema pengguna kaca mata yang memakai pelitup muka.

#3 Hanya gunakan sabun dan air

Taktik seterusnya sering digunakan oleh para doktor dan golongan profesional selama ini.

Yang anda perlukan untuk menyelesaikan masalah spek berkabus ini hanyalah dengan menggunakan air sabun dan kain yang lembut!

Untuk menggunakan teknik ini, anda hanya perlu mencuci lensa cermin mata dengan air sabun dan membuang lebihan cecair.

Anda boleh membiarkan lensa kering secara sendiri atau mengelapnya dengan kain lembut sebelum memakai cermin mata anda semula.

Mengapakah kaedah ini berfungsi? Ini kerana sabun akan meninggalkan lapisan nipis yang bertindak sebagai penghalang kabus.

Justeru, pastikan anda mencuba taktik ini ya!

Baca juga:

#4 Gunakan cermin mata anda untuk menutup bahagian atas pelitup muka

Dengan menarik penutup muka tinggi sedikit menghampiri mata, anda boleh menggunakan cermin mata untuk menutup bahagian atasnya dan membentuknya mengikut wajah.

Cara ini juga sering digunakan oleh pemakai cermin mata dan merupakan antara keadah yang paling mudah untuk diamalkan!

Selain itu, kaedah ini bagus untuk elakkan wap nafas yang hangat daripada terkeluar pada bahagian atas penutup muka.

#5 Lekatkan penutup muka menggunakan pita pelekat

penutup muka

Ini kaedah bagi mereka yang inginkan sesuatu yang lebih terjamin dan pelitup muka yang tidak senang untuk bergerak-gerak.

Anda boleh melekatkan penutup muka di sekitar tulang hidung dan pipi menggunakan pita pelekat sukan atau perubatan.

Pastikan anda menggunakan pelekat yang selamat untuk diletakkan pada kulit. Sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitif, uji terlebih dahulu pita pelekat tersebut untuk memastikan ia tidak akan menyebabkan kerengsaan.

Namun, sekiranya semua kaedah di atas tidak berkesan buat anda, cuba cari jalan penyelesaian yang lain seperti menghentikan pemakaian cermin mata dan menggunakan kanta lekap.

Rumusan

Memiliki penglihatan yang berkabus bagi para pemakai cermin mata boleh menjadi sangat menjengkelkan, apatah lagi untuk sentiasa mengelap lensa kaca bagi menghilangkannya setiap kali ia berlaku, memenatkan!

Justeru, semoga tip-tip di atas dapat membantu para pembaca yang bergelut dengan masalah ini dan tidak perlu lagi tersiksa dengan lensa kaca mata yang berkabus.

Pilihlah kaedah yang paling sesuai dan selesa untuk pemakaian jangka lama kerana pandemik ini tidak akan selesai dalam tempoh waktu yang terdekat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Jangan Tarik Pelitup Muka Anda Bawah Dagu, Bahaya! Jom Ikuti Cara Sebenar Pakai Face Mask!

Anda pakai penutup muka di bawah hidung? Ini cara memakai penutup hidung dan mulut yang salah! Jom ikuti cara sebenar untuk pakai pelitup muka.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Fatin Zahra
Coronavirus, COVID-19 27/07/2020 . 3 minit bacaan

Seronoknya Dapat Pakai Spek Baru, Tapi Kenapa Boleh Rasa Pening Bila Bertukar Cermin Mata Ini?

Bagi para pembaca yang memakai cermin mata, pernah tak anda berasa pening yang diakibatkan oleh kesan memakai cermin mata yang baharu?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 23/07/2020 . 3 minit bacaan

Anda Bebas Bergerak Masa PKPP Tapi WASPADA! Ini 7 Tempat BERISIKO Tinggi Sebar COVID-19

Tempoh PKPP ini, anda bebas bergerak ke sana ke sini. Namun ini 7 tempat berisiko COVID-19 boleh mendedahkan anda kepada penularan jangkitan wabak tersebut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Coronavirus, COVID-19 19/06/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Hamil Positif COVID-19 Balik Kampung, Apa Langkah Kena Buat Jika Mak Buyung Dijangkiti?

Kita sedar risiko jangkitan coronavirus kepada individu. Tetapi bagaimana pula jika seorang ibu hamil positif COVID-19, adakah kesannya lebih bahaya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Coronavirus, COVID-19 01/06/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

wanita hamil

Selamat Ke Untuk Wanita Mengandung Pakai Pelitup Muka? Ini Penjelasan Pakar!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
pelitup muka

Sakit Telinga Sebab Lama Sangat Pakai Pelitup Muka? Ini 5 Teknik Anda Boleh Cuba!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 17/08/2020 . 3 minit bacaan
penutup muka

Pakai Semula Pelitup Muka? Boleh, Kalau Tahu Cara Simpan Yang Betul! Ini Tipnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 05/08/2020 . 3 minit bacaan
penutup muka

Nak Jimat Duit, Pakai Pelitup Muka Fabrik- Berkesan Ke? Guna Jenis Ini Jika Tak Nak PKP Kembali

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan