backup og meta

7 Cara Atasi Masalah Sel Darah Putih Terlalu Tinggi Dalam Badan, No. 2 Kena Buat!

Sel darah putih berperanan sebagai pertahanan utama badan ketika anda dijangkiti penyakit. Namun, sel darah putih yang terlalu tinggi boleh menyebabkan beberapa masalah lain kepada tubuh. Jadi, apakah cara merawat sel darah putih tinggi? Lihat selanjutnya di bawah ini.

7 Cara Atasi Masalah Sel Darah Putih Terlalu Tinggi Dalam Badan, No. 2 Kena Buat!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Gangguan Darah, anda boleh klik di sini.

Fungsi sel darah putih

Sel darah putih atau leukosit memainkan peranan penting dalam sistem imun badan kita.

Ia bertugas sebagai barisan hadapan dalam memerangi jangkitan, bakteria, dan virus dalam badan.

Sel darah putih terdiri daripada beberapa jenis yang berbeza termasuklah limfosit, monosit, neutrofil, eosinofil, dan basofil.

Setiap jenis ini mempunyai peranan tertentu dalam sistem imun.

Ketika tubuh kita diancam oleh agen asing seperti virus atau bakteria, sel darah putih bertindak balas dengan cepat untuk mengenal pasti dan memusnahkan ancaman tersebut.

Ia juga membantu dalam proses penyembuhan dan pemulihan daripada jangkitan.

Keseimbangan jumlah sel darah putih adalah penting untuk menjaga sistem imun yang berfungsi dengan baik.

Cara merawat sel darah putih tinggi

cara merawat sel darah putih tinggi
Buah beri antara makanan yang boleh menangani masalah sel darah putih terlalu tinggi

Apakah cara merawat sel darah putih tinggi? Ada yang kata, terdapat buah-buahan untuk menurunkan sel darah putih.

Ada juga yang berkongsi tentang daun untuk menurunkan sel darah putih.

Persoalannya, adakah terdapat makanan untuk menurunkan sel darah putih?

Lihat cara merawat sel darah putih tinggi yang sebenar di bawah ini:

#1. Ambil makanan kaya antioksidan

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksidan boleh membantu.

Antara buah-buahan untuk menurunkan sel darah putih adalah seperti buah beri dan epal.

Bayam juga antara daun untuk menurunkan sel darah putih kerana ia kaya dengan nutrien yang mendukung sistem imun yang sihat.

#2. Kurangkan lemak tidak sihat

Mengurangkan lemak tepu dan lemak trans yang terdapat dalam makanan berproses dan digoreng boleh mengurangkan risiko keradangan dalam badan.

#3. Ambil omega-3 sebagai cara merawat sel darah putih tinggi

Asid lemak omega-3 yang terdapat dalam ikan seperti salmon dan flaxseed diketahui mengurangkan keradangan dan boleh membantu mengawal jumlah sel darah putih.

#4. Pengurusan stres

Stres yang berpanjangan boleh menyebabkan gangguan pada sistem imun.

Amalan seperti yoga, meditasi, dan latihan pernafasan boleh membantu mengurangkan stres.

#5. Senaman secara berkala

Aktiviti fizikal yang teratur membantu meningkatkan kesihatan keseluruhan dan boleh menyokong sistem imun yang seimbang.

cara merawat sel darah putih tinggi
Senaman yang boleh dilakukan di rumah

#6. Elak merokok dan pengambilan alkohol

Merokok dan alkohol boleh mempengaruhi sistem imun.

Mengurangkan atau menghentikan tabiat ini boleh membantu dalam mengurangkan sel darah putih yang tinggi.

#7. Tidur yang cukup dan berkualiti

Tidur yang cukup penting untuk sistem imun yang sihat.

Pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup setiap malam untuk membantu badan anda pulih dan menjaga sistem imun anda.

Kesan buruk jika peningkatan sel darah putih tidak dirawat

cara merawat sel darah putih tinggi
Masalah pernafasan antara kesan sel darah putih tinggi

Peningkatan bilangan sel darah putih yang tidak ditangani boleh membawa kepada beberapa kesan buruk terhadap kesihatan.

Antara kesan-kesan tersebut termasuklah:

  • Keradangan berterusan
  • Risiko jangkitan lain
  • Gangguan pada fungsi normal organ
  • Kesakitan dan kekakuan pada sendi dan otot
  • Masalah peredaran darah
  • Masalah pernafasan
  • Keletihan kronik

Perlu diingat bahawa peningkatan sel darah putih adalah satu simptom dan bukanlah sejenis penyakit.

Oleh itu, mendapatkan diagnosis yang tepat dan rawatan yang sesuai adalah kritikal untuk mengelakkan komplikasi kesihatan yang serius.

Kesimpulan

Peningkatan sel darah putih boleh menjadi tanda adanya masalah kesihatan yang lebih serius.

Melalui perubahan gaya hidup, pemakanan yang seimbang, dan pengurusan stres, ia boleh membantu mengawal bilangan sel darah putih dan memelihara sistem imun yang sihat.

Peringatan!

Jangan abaikan simptom-simptom dan pastikan anda mendapatkan nasihat perubatan profesional sekiranya anda mengalami sebarang kebimbangan mengenai kesihatan anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

What Are White Blood Cells?. https://www.nationwidechildrens.org/conditions/health-library/what-are-white-blood-cells. Diakses pada Januari 11, 2024. 

Lowering High White Blood Cell Counts. https://www.lls.org/leukemia/chronic-myeloid-leukemia/treatment/lowering-high-white-blood-cell-counts. Diakses pada Januari 11, 2024.

High White Blood Cell Count. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17704-high-white-blood-cell-count. Diakses pada Januari 11, 2024.

White Blood Count & Diet. https://www.oncologynutrition.org/erfc/eating-well-when-unwell/white-blood-count-diet. Diakses pada Januari 11, 2024.

High white blood cell count. https://www.mayoclinic.org/symptoms/high-white-blood-cell-count/basics/causes/sym-20050611. Diakses pada Januari 11, 2024.

Versi Terbaru

22/09/2026

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Masalah Darah Beku Secara Tiba-tiba Boleh Membawa Maut! Ini 7 Puncanya

Ini 2 Jenis Talasemia Yang Patut Anda Ketahui, Ada Perbezaan Ke Tak?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 15 jam lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?